Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Sinar Harian, “DAP tidak pinggir Melayu” 15 September 2009

Posted on Tuesday, 15-09-2009Wednesday, 16-09-2009 by -ec-

dap tidak pinggir melayu

DAP tidak pinggir Melayu

SHAH ALAM – Kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bahawa DAP memperalat Melayu bagi meraih undi untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang, mengundang reaksi kurang senang dalam kalangan ahli parti berkenaan yang berbangsa Melayu.

Kenyataan itu timbul apabila Shahrizat yang juga Ketua Wanita UMNO mendakwa DAP banyak memenangi kawasan yang mempunyai majoriti Melayu seperti di Parlimen Serdang, Parlimen Puchong dan juga Parlimen Klang, yang mana ramai pengundinya lebih 40 peratus Melayu.

4674963
Azli Idris, Ahli Majlis Kuala Selangor (DAP)

Ahli Jawatankuasa DAP Kuala Selangor, Azli Idris berkata, kenyataan Shahrizat dalam Sinar Harian S2 edisi kelmarin itu juga disifatkannya berbau perkauman dan bertentangan dengan konsep 1Malaysia yang disaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Menurutnya, adalah sesuatu yang neutral dan tiada apa yang janggal apabila Melayu yang mengundi DAP semasa pilihan raya lalu menjadi ahli DAP kerana golongan itu menunjukkan sokongan terhadap parti itu sebelum ini.

“Sepatutnya, beliau (Shahrizat) memahami jiwa dan prinsip 1Malaysia yang diwar-warkan, iaitu memupuk kerjasama dalam satu parti UMNO perlu menukar dasarnya yang hanya memperjuangkan nasib Melayu sahaja.

“Semua kaum perlu bergabung demi mencapai kecemerlangan ekonomi dan pembangunan, bukan tertumpu kepada satu kaum sahaja, yang akhirnya berlaku perpecahan sesama kaum sendiri sehingga Melayu mengundi parti yang didakwa bukan parti untuk Melayu,” katanya.

Menurut Azli, sekarang ini Melayu sudah sedar bahawa kepimpinan DAP bukan sahaja menjamin hak-hak Melayu dan Islam, malah menggalakkan lagi perkembangan syiar Islam di negeri ini.

Katanya, walaupun tidak sampai dua tahun pentadbiran Pakatan Rakyat (PR), rakyat khususnya Melayu menerima sumbangan kebajikan kepada orang miskin, memberi pengiktirafan tinggi kepada pelajar cemerlang termasuk penghafal al–Quran dan Huffaz, serta peruntukan jutaan ringgit setiap tahun kepada sekolah-sekolah agama rakyat.

“Sekarang ini kerajaan PR membuat dasar terbuka dalam bekerjasama dengan kaum lain dan rakyat menyokong dasar yang dibuat PR sehingga memperoleh kemenangan besar semasa Pilihan raya Umum Ke-12 yang lalu.

“Saya menyertai DAP kerana perjuangan DAP relevan serta tidak anti Melayu dan Islam.

“Selain itu, mereka memberi peluang bangsa Melayu menjadi Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan di negeri ini, dan ia sebagai bukti bahawa DAP juga memperjuangkan hak orang Melayu dan memberi mereka tempat dalam parti,” katanya.

Kata Azli, DAP tidak mengamalkan politik wang bagi merebut jawatan dan menyebabkan dia sanggup menunggu selama 12 tahun untuk sampai ke tahap ini dalam DAP.

1 thought on “Sinar Harian, “DAP tidak pinggir Melayu” 15 September 2009”

  1. 4RAKYAT says:
    Tuesday, 15-09-2009 at 23: 07.37

    selamat datang saudara Azli Idris 🙂

    tolonglah explain kat pakcik2 dan makcik2 kat kampung bahawa dap ni bukan anti-melayu ke atau anti-islam ke atau anti- mana2 kebaikan.

    dap hanya anti-rasuah.
    dap hanya anti-perkauman.
    dap hanya anti-keburukan dan lain2….

    dap juga anti parti politik yang bernama united malays national organisation yang telah 50 tahun memecah-belahkan rakyat malaysia supaya boleh ‘divide and rule’.

    ok…mungkin ada segelintir yang chinese-chauvinist, tapi lim kit siang ada, karpal singh ada, saudara azli ada, semua boleh control segelintir orang dap ni. tapi 99.9% orang dap adalah orang jujur dan baik hati 🙂 ahem… 🙂

    selamat datang. tulislah lebih artikel dalam bahasa melayu…

    4RAKYAT

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme