Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Ucapan Menjunjung Kasih YDP Agung di Dewan Rakyat Pada 21 Januari 2026

Posted on Wednesday, 21-01-2026 by Editorial Team

Terima kasih kepada Speaker untuk membenarkan saya menyertai perbahasan menjunjung kasih titah Diraja Seri Paduka Baginda yang diPertuan Agong.
Saya ingin membentangkan 4 perkara dalam ucapan saya hari ini.

1) Pembaharuan di DBKL.

Saya ingin ucapkan tahniah kepada YB Segambut yang dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mengawalselia DBLK, Jabatan Wilayah Persekutuan dan agensi lain.

Saya ingin menyampaikan penghargaan ke atas usaha YB Segambut yang melantik 5 orang Ahli Parlimen KL untuk mengetuai 5 jawatankuasa untuk memantau penggunaan bajet dan pelaksanaan projek di bawah DBKL.

Selain itu, YB Menteri juga berikhtiar untuk mengkaji RUU persendirian untuk meminda Akta Ibu Kota yang dibentangkan oleh 7 orang Ahli Parlimen Pakatan Harapan di Kuala Lumpur.

Di sini, saya menyeru YB Menteri dan barisan pimpinan Jabatan Wilayah Persekutuan untuk mengkaji salah satu syor Jawatankuasa kira-kira Wang Negara (PAC)

Dalam para ke-14 dalam Laporan dan Syor PAC berkenaan pemberimilikan tanah di Kuala Lumpur, PAC menyeru kerajaan untuk mengadakan perancangan pembangunan yang lebih holistik dan seimbang di Kuala Lumpur.

PAC telah menyeru Kerajaan untuk mewujudkan Jawatankuasa Tetap untuk memantau hal ehwal tanah termasuk pemberimilikan dan pembangunan tanah Kuala Lumpur, yang turut melibatkan Ahli-ahli Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

PAC menyeru Kerajaan haruslah mengembalikan kepengerusian Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kepada Menteri yang bertanggungjawab mentadbir Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur demi meningkatkan akauntabiliti demokrasi dengan komposisi Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seperti berikut:

a.Menteri Wilayah Persekutuan – Pengerusi
b. Ketua Setiausaha Negara – Timbalan Pengerusi
c. Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan; (sedia ada)
d. Peguam Negara atau wakil; (sedia ada)
e. Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) atau wakil;
f. Ketua Pengarah Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian; (sedia ada)
g. Timbalan Ketua Setiausaha Kanan,Jabatan Perdana Menteri; (sedia ada)
h. Datuk Bandar Kuala Lumpur. (sedia ada)

Saya difahamkan banyak keping tanah kerajaan telahpun diberimilik sejak Kerajaan Madani menjadi kerajaan, kesemua pemberimilikan tanah ini langsung tidak diketahui oleh Ahli Parlimen di kawasan parlimen masing-masing, termasuk projek cadangan Bandar Madani di kawasan Parlimen Seputeh.

Saya menyeru YB Menteri menambil langkah untuk melaksanakan syor PAC untuk menjalankan pembaharuan struktur land exco di Kerajaan Persekutuan ini.

2) Penahanan wartawan FMT di bawah Akta Hasutan

Datuk yang diPertua, saya merasa kesal atas penangkapan dan penahanan wartawan daripada Free Malaysia Today) Rex Tan ditangkap dan ditahan pada 12.45am pada 17 Januari 2026, iaitu Hari Sabtu di IPD Dang Wangi di Kuala Lumpur.

Mengikut kenyataan media PDRM, penangkapan dan penahanan wartawan Rex Tan dilakukan di bawah seksyen 4(1) Akta Hasutan, seksyen 505 ( C ) Kanun Keseksaan dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia terhadap soalan yang ditanya oleh beliau kepada penceramah British George Galloway dalam kuliah awam yang bertajuk “Gaza exposes the complicity of international actors” pada 12 Januari 2026. Soalan beliau dibentuk dengan menarik perbandingan dengan konteks sejarah yang dicadangkan oleh penulis Han Suyin.

Datuk yang diPertua, negara kita mengamalkan sistem demokrasi yang memberi ruang kepada rakyat untuk mengeluarkan pandangan dan kritikan secara bebas. Soalan saya tentang penangkapan dan penahanan Rex Tan adalah seperti berikut:-

i) Kenapakah Rex Tan disiasat di bawah Akta Hasutan atas soalannya di forum tersebut? Bukankah ramai di antara wakil rakyat Pakatan Harapan telah lama menyokong pemansuhan Akta Hasutan?

ii) Kenapakah Rex Tan disiasat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia sedangkan beliau tidak menggunakan platform talian untuk menyampaikan pandangan beliau, tetapi beliau membangkitkan soalannya di satu forum publik. Penggunaan akta ini dalam konteks tersebut adalah tidak patut.
Apabila soalan daripada seseorang wartawan dan anggota masyarakat dianggap sebagai tindakan jenayah, ia akan menghalang perbincangan terbuka dan pemikiran kritis di masyarakat kita, sedangkan wartawan dan anggota intelek sepatutnya mempunyai fikiran yang bebas dan kritikal terhadap apa-apa pandangan dan isu di masyarakat kita.

Saya tidak faham kenapakah pihak polis menangkap dan reman wartawan ini selepas beliau memohon maaf atas kenyataannya di FMT? Pemohonan maaf beliau membuktikan masyarakat kita sebenarnya mampu mengawal selia wacana melalui perbincangan yang matang tanpa memerlukan campur tangan punitif atau hukuman jenayah. Apabila isu ini telah diselesaikan secara sivil, penggunaan Akta Hasutan untuk menangkap beliau bukan sahaja keterlaluan, malah ia membantutkan perdebatan sihat dan menjadi disservice kepada naratif nasional yang cuba dipertahankan oleh kerajaan.

Sehubungan dengan itu, kenapakah penangkapan terhadap wartawan itu dilakukan pada waktu larut malam, pada 12.45 pagi dan bukannya pada siang hari? Bukankah ini adalah keterlaluan?

Penangkapan wartawan ini telah dikritik oleh banyak pihak, termasuk Ahli Parlimen YB Bukit Gelugor, YB Bagan, YB Jelutong dan Premesh Chandran, Pengerusi Majlis Media Malaysia, dan juga kritikan daripada saya sekarang.
Soalan yang saya ingin tanya kepada kerajaan ialah, apakah sekarang wartawan tidak boleh mengeluarkan pandangan dan soalan secara bebas kepada penceramah forum ataupun pemimpin politik sekarang? Apakah pengamal media akan berhadapan dengan risiko ditangkap atau ditahan polis sekiranya soalan mereka dianggap sensitif di kaca mata polis ataupun pemerintah?

Selalunya, tindakan daripada PDRM dilihat sebagai arahan daripada kerajaan di kaca mata masyarakat umum, saya ingin tanya, apakah penangkapan dan penahanan Rex Tan adalah diarah oleh Kementerian Dalam Negeri ataupun oleh pihak PDRM ataupun pihak Jabatan Peguam Negara? Saya ingin mencadangkan pihak SUHAKAM mengadakan program kesedaran hak asasi manusia kepada penjawat awam di agensi-agensi tersebut.

Saya menyeru penjawat awam, khususnya anggota agensi penguatkuasaan seperti PDRM memberi penghormatan yang sewajar kepada wartawan dan pengamal media kita. Kita haruslah memberi ruang kepada mereka untuk menanya soalan dan kebebasan bersuara walaupun kadang-kadang soalan mereka tidak sedap didengari. Saya berharap penangkapan dan reman wartawan Rex Tan tidak akan berlaku lagi supaya negara kita tidak dipandang sebagai rejim authoritarian di kacamata masyarakat antarabangsa.

3. Cara kerajaan menangani tohmahan dan berita palsu
Datuk yang diPertua, pada minggu lepas, saya dilemparkan tuduhan palsu dalam satu imej dengan artikel yang bertajuk “Sijil Halal Untuk Babi Adalah Wajar – Teresa Kok”. Imej ini kemudian bertular di banyak media sosial, dan saya membuat 19 laporan kepada MCMC, dan juga laporan polis berkenaan isu ini.

Soalan saya kepada MCMC ialah, apa yang telah dilakukan oleh pihak polis dan MCMC terhadap laporan saya? Saya difahamkan sesetengah pemilik Facebook telah memadamkan posting tersebut tetapi ada beberapa pemilik akaun media sosial menaikkan posting baru.

Artikel yang menghasut kebencian kaum Muslim terhadap saya dan berbau perkauman dan agama ini akan merosakkan keharmonian masyarakat.
Apakah MCMC akan mengambil tindakan terhadap pemilik akaun media sosial yang telah menurunkan artikel palsu tersebut? Apakah hasil siasatan daripada MCMC dan polis dalam isu ini?

4. SPRM harus diperkasakan dengan penambahan pegawai penyiasat

Dalam titah Diraja YDP Agong, Seri Paduka Baginda YDP Agong menyeru pihak SPRM untuk menjalankan siasatan dengan cepat, tegas dan sempurna tanpa mengira pangkat atau kedudukan. YDP Agong juga menyeru kerajaan untuk menyediakan hakim yang berpengalaman dan lauan khas di mahkamah supaya perbicaraan kes rasuah dapat diselesaikan dengan segera.

Saya memuji respons pantas daripada Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan berkenaan penubuhan mahkamah tinggi khas untuk kes rasuah.
Pada pandangan saya, sekiranya kita ingin lihat lebih penyiasatan dijalankan terhadap laporan rasuah daripada orang ramai, kerajaan mesti memperkasakan SPRM dengan menggaji lebih pegawai dalam bahagian siasatan dan pendakwaan.

Saya terima aduan daripada publik bahawa SPRM mengambil masa yang sangat panjang untuk menyelesaikan sesetengah kes yang mudah dan “straight forward”. Ada orang mengadu SPRM tidak mengambil tindakan mahkamah selepas aduan mereka dalam kes yang simple selepas aduan dibuat lebih satu tahun.

Pada pandangan saya, sebab kadar penyiasatan dan pendakwaan SPRM dalam sesetengah kes lebih lambat berbanding dengan polis adalah kerana bilangan pegawai di bawah SPRM adalah jauh lebih kurang berbanding dengan PDRM.

Mengikut maklumat yang saya terima, SPRM hanya mempunyai anggota seramai 3,000 manakala PDRM mempunyai 137,574 orang pegawai polis. Jadi, sekiranya kita ingin meningkatkan keberkesanan SPRM untuk mengambil tindakan dalam kes kes rasuah, adalah penting bagi kerajaan meningkatkan bilangan penjawat di SPRM.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Ucapan YB Teresa Kok Dalam Konvensyen Pakatan Harapan | 17 Mei 2026
  • 郭素沁指浮罗交怡旅游业表现落后于普吉岛与峇厘岛,促吉打州政府停止“自我陶醉式数据解读”
  • JAUH KETINGGALAN DI BELAKANG PHUKET DAN BALI: KERAJAAN PAS KEDAH JANGAN SYOK SENDIRI DENGAN STATISTIK ‘SUAM-SUAM KUKU’
  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme