Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Ucapan Kamar Khas YB Teresa Kok (Seputeh) Kes Rogol Yang Tidak Ditangani Adil dan Profesional Oleh Pegawai Polis di Petaling Jaya

Posted on Thursday, 04-12-2025 by Editorial Team

Ucapan Kamar Khas YB Teresa Kok (Seputeh) Pada 4 Disember 2025

Kapada: Kementerian Dalam Negeri

Tajuk: Kes Rogol Yang Tidak Ditangani Adil dan Profesional Oleh Pegawai Polis di Petaling Jaya
======================

Datuk Yang Dipertua,

Saya ingin bentangkan satu isu yang amat serius dan membimbangkan berhubung dengan pengalaman seorang mangsa rogol yang mendedahkan kelemahan ketara dalam cara kes kes keganasan seksual dikendalikan oleh pihak berkuasa.

Menurut laporan polis beliau KELANA JAYA/005273/25, mangsa telah dirogol dengan ganas pada 9 Jun 2025 oleh seorang lelaki yang dikenalinya, melibatkan ancaman pisau, ikatan fizikal serta pemaksaan meminum minuman yang dipercayai dicampur bahan terlarang. Dalam keadaan trauma, beliau membuat laporan polis seawal jam 3 pagi keesokan harinya.

Namun, Datuk Yang Dipertua, beliau mendakwa disambut oleh seorang pegawai polis yang bukan sahaja tidak bersimpati malah meragui kesahihan laporannya.

Lebih membimbangkan, mangsa diarahkan untuk pulang dan mandi sebelum bertemu pegawai penyiasat pada tengah hari.

Tindakan ini menyebabkan kehilangan bukti forensik penting dan jelas bertentangan dengan amalan penyiasatan yang sewajarnya.

Siasatan seterusnya turut menambah trauma mangsa. Kesnya dipindahkan daripada pegawai penyiasat wanita kepada pegawai penyiasat lelaki tanpa sebarang makluman awal.

Semasa lawatan ke tempat kejadian, beliau diperlakukan secara kasar dan tidak sensitif. Mangsa juga menyatakan bahawa walaupun beliau dipaksa minum bahan yang dipercayai mengandungi dadah, permintaan untuk ujian air kencing ditolak, malah pegawai polis menyatakan mangsa rogol tersebut boleh
didakwa atas kesalahan dadah.

Selepas siasatan diadakan, Puan Loh mendakwa tidak lagi dimaklumkan tentang perkembangan kesnya walaupun beliau berkali-kali bertanya pegawai penyiasat.

Dalam tempoh menunggu, suspek beberapa kali didakwa merayau-rayau di kawasan kediamannya, sehingga mangsa membuat dua laporan polis tambahan atas kebimbangan.

Apa yang memeritkan mangsa rogol adalah, pertuduhan asal rogol kemudiannya ditukar kepada kesalahan lebih ringan, iaitu “menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan”, tanpa pengetahuan atau persetujuan mangsa. Tertuduh kemudiannya mengaku bersalah dan hanya dikenakan denda RM10,000.

Bagi seorang mangsa yang telah melalui ketakutan, penghinaan dan trauma berpanjangan, keputusan sebegini merupakan satu bentuk penderaan kedua.

Justeru, saya memohon penjelasan daripada Menteri Dalam Negeri:

(1) Apakah SOP terkini PDRM dalam pengendalian kes rogol, khususnya mengenai pemeliharaan bukti forensik dan perlindungan mangsa?

(2) Mengapakah pertuduhan diturunkan tanpa memaklumkan mangsa, sedangkan prinsip penglibatan mangsa mewajibkan ketelusan?

(3) Apakah langkah konkrit PDRM untuk meningkatkan kepekaan, profesionalisme dan latihan “trauma informed” dalam kes keganasan seksual?

Mangsa seperti dalam kes ini berhak mendapat kebenaran, keadilan dan ketelusan sepenuhnya daripada sistem ini.

#TeresaKok
#ParlimenMalaysia

 

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Ucapan YB Teresa Kok Dalam Konvensyen Pakatan Harapan | 17 Mei 2026
  • 郭素沁指浮罗交怡旅游业表现落后于普吉岛与峇厘岛,促吉打州政府停止“自我陶醉式数据解读”
  • JAUH KETINGGALAN DI BELAKANG PHUKET DAN BALI: KERAJAAN PAS KEDAH JANGAN SYOK SENDIRI DENGAN STATISTIK ‘SUAM-SUAM KUKU’
  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme