๐๐๐๐ฉ๐๐ง ๐๐๐ฆ๐๐ซ ๐๐ก๐๐ฌ ๐๐ฅ๐๐ก ๐๐ ๐๐๐ซ๐๐ฌ๐ ๐๐จ๐ค (๐๐๐ฉ๐ฎ๐ญ๐๐ก) ๐๐๐ง ๐๐๐ฐ๐๐ฉ๐๐ง ๐๐๐ซ๐ข๐ฉ๐๐๐ ๐๐ข๐ฆ๐๐๐ฅ๐๐ง ๐๐๐ง๐ญ๐๐ซ๐ข ๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐๐๐ ๐๐ซ๐ข ๐๐๐ซ๐ค๐๐ง๐๐๐ง ๐๐๐ซ๐ฅ๐๐ซ๐ข๐๐ง
Tuan Yang di-Pertua,
๐๐๐ฃ๐ฎ๐ค: ๐๐ข๐ง๐ญ๐ ๐๐๐ง๐ญ๐๐ซ๐ข ๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐๐๐ ๐๐ซ๐ข ๐๐๐ฆ๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐ง๐๐ซ๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ง๐ญ๐๐ง๐ ๐๐๐๐๐ง๐๐ซ๐๐ง ๐๐๐ฅ๐๐ซ๐ข๐๐ง ๐๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐๐๐ค๐๐ซ๐ฃ๐ ๐๐๐๐๐ซ๐ ๐๐๐ก ๐๐ข ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐
Berdasarkan data terkini daripada laman web rasmi UNHCR, jumlah pelarian dan pemohon Suaka yang telah didaftarkan di Malaysia sehingga akhir Mei 2025 adalah sekitar 200,260 orang.
Mengikut jawapan Parlimen YB Dr. Zaliha binti Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) kepada saya bertarikh 13 Februari 2025, Kerajaan bercadang untuk menyediakan beberapa bantuan sosial kepada pelarian yang berdaftar dengan Kerajaan dan UNHCR termasuk kebenaran bekerja secara sah.
Soalan saya kepada Menteri adalah:
1. Apakah perangkaan pelarian di Malaysia mengikut data Kerajaan setakat November 2025?
2. Apakah pecahan pelarian mengikut negara?
3. Apakah hubungan di antara KDN dengan UNHCR?
4. Adakah Kerajaan mempunyai rancangan untuk mengambil alih fungsi UNHCR khususnya berkaitan pendaftaran pelarian?
5. Apakah status terkini berkenaan cadangan Kerajaan untuk memberikan kebenaran pelarian bekerja secara sah di Malaysia?
6. Apakah kriteria yang diperlukan oleh pelarian untuk memohon pekerjaan secara sah di Malaysia?
Berdasarkan Statistik Guna Tenaga, Suku Pertama Tahun 2024 Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Malaysia mempunyai kekosongan bagi kategori pekerja berkemahiran rendah iaitu sebanyak 36.6 ribu jawatan kosong (3.3%) kerana, ramai warga Malaysia tidak ingin bekerja dalam sektor 3D (dirty, dangerous, difficult).
Jadi adalah penting bagi Kerajaan memberi kebenaran kepada pelarian untuk bekerja secara sah di negara kita sebagai langkah menangani masalah kekurangan tenaga buruh dalam sektor-sektor yang menghadapi kekosongan jawatan berkemahiran rendah dan juga mengurangkan pengambilan rasuah oleh sesetengah pegawai penguatkuasa yang tidak bertanggungjawab.
Sekian, terima kasih.
๐๐๐๐๐๐๐
Tuan Yang di-Pertua,
Bagi memastikan setiap isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat mendapat pencerahan yang tuntas, saya akan menjawab persoalan-persoalan tersebut secara satu per satu supaya penerangannya lebih teratur, jelas dan mudah difahami.
๐. ๐๐ฉ๐๐ค๐๐ก ๐ฉ๐๐ซ๐๐ง๐ ๐ค๐๐๐ง ๐ฉ๐๐ฅ๐๐ซ๐ข๐๐ง ๐๐ข ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐ ๐ฆ๐๐ง๐ ๐ข๐ค๐ฎ๐ญ ๐๐๐ญ๐ ๐๐๐ซ๐๐ฃ๐๐๐ง ๐๐๐ง ๐ฉ๐๐๐๐ก๐๐ง ๐ฉ๐๐ฅ๐๐ซ๐ข๐๐ง ๐ฆ๐๐ง๐ ๐ข๐ค๐ฎ๐ญ ๐ง๐๐ ๐๐ซ๐ ๐ฌ๐๐ญ๐๐ค๐๐ญ ๐๐จ๐ฏ๐๐ฆ๐๐๐ซ ๐๐๐๐?
๐๐๐๐๐๐๐
Setakat November 2025, Kerajaan tidak mempunyai data rasmi jumlah pelarian di Malaysia kerana pendaftaran dan penentuan status pelarian (Refugee Status Determination) masih dilaksanakan sepenuhnya oleh Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) Malaysia. Kerajaan tidak dilibatkan dalam proses pendaftaran tersebut kerana Malaysia bukan negara pihak kepada Konvensyen Pelarian 1951 dan Protokol Status Pelarian 1967.
Memandangkan Kerajaan tidak memegang data induk pendaftaran pelarian, Kerajaan juga tidak menyelenggarakan rekod rasmi mengenai pecahan pelarian mengikut negara asal. Perincian demografi dan pecahan negara asal pelarian adalah di bawah pangkalan data dan pentadbiran pihak UNHCR.
Keadaan ini telah mewujudkan keperluan bagi Kerajaan melaksanakan program pendaftaran dan proses penentuan status pelarian seperti mana Arahan Majlis Keselamatan Negara No.23 (semakan 2023): Mekanisme dan Pengurusan Pelarian dan Pemohon Suaka di Malaysia. Pelaksanaan program ini akan membolehkan Kerajaan mempunyai data yang komprehensif berkenaan pelarian yang mempunyai dokumen UNHCR atau tidak mempunyai dokumen UNHCR. Pelaksanaan proses penentuan status pelarian kepada golongan ini akan membolehkan Kerajaan menentu sahkan pelarian yang tulen sahaja yang dibenarkan tinggal secara sementara di Semenanjung Malaysia. Maklumat mereka akan disimpan dalam sistem biometrik Kerajaan bagi tujuan pemantauan sehingga pengurusan akhir dilaksanakan iaitu:
(b) penempatan di negara ketiga;
(c) pulang ke negara asal; atau
(d) deportasi jika melanggar undang-undang Malaysia.
๐. ๐๐ฉ๐๐ค๐๐ก ๐ก๐ฎ๐๐ฎ๐ง๐ ๐๐ง ๐๐ข ๐๐ง๐ญ๐๐ซ๐ ๐๐๐ ๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐๐๐?
๐๐๐๐๐๐๐
Berdasarkan Arahan MKN No. 23, Kementerian Luar Negeri (KLN) telah ditetapkan sebagai focal point untuk Kerajaan berurusan dengan pihak UNHCR. la dilaksanakan melalui Pasukan Petugas Bersama (Joint Task Force – JTF). Justeru, sebarang urusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan UNHCR adalah diselaraskan melalui platform JTF yang diketuai bil diy oleh KLN. Melalui JTF ini juga, UNHCR turut menganjurkan program capacity building berkenaan pengurusan pelarian.
Selain daripada platform JTF tersebut, UNHCR juga berperanan untuk menguruskan program penempatan ke negara ketiga (resettlement).
๐. ๐๐๐๐ค๐๐ก ๐๐๐ซ๐๐ฃ๐๐๐ง ๐ฆ๐๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐ฒ๐๐ข ๐ซ๐๐ง๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฆ๐๐ง๐ ๐๐ฆ๐๐ข๐ฅ ๐๐ฅ๐ข๐ก ๐๐ฎ๐ง๐ ๐ฌ๐ข ๐๐๐๐๐ ๐ค๐ก๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฌ๐ง๐ฒ๐ ๐๐๐ซ๐ค๐๐ข๐ญ๐๐ง ๐ฉ๐๐ง๐๐๐๐ญ๐๐ซ๐๐ง ๐ฉ๐๐ฅ๐๐ซ๐ข๐๐ง?
๐๐๐๐๐๐๐
Selaras dengan Arahan MKN No. 23 (Semakan 2023), KDN dipertanggungjawabkan untuk menguruskan pendaftaran dan proses penentuan status pelarian kepada pemegang dokumen atau tanpa dokumen UNHCR. Maklumat dan biometrik pelarian akan disimpan dalam Sistem Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP). Mereka yang disahkan sebagai pelarian akan diberikan satu dokumen pengenalan rasmi iaitu DPP yang merupakan dokumen tunggal yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi membenarkan pemegangnya tinggal sementara secara sah di Semenanjung Malaysia sementara menunggu proses pengurusan akhir dilaksanakan.
๐. ๐๐ฉ๐๐ค๐๐ก ๐ฌ๐ญ๐๐ญ๐ฎ๐ฌ ๐ญ๐๐ซ๐ค๐ข๐ง๐ข ๐๐๐ซ๐ค๐๐ง๐๐๐ง ๐๐๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ซ๐๐ฃ๐๐๐ง ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฆ๐๐ฆ๐๐๐ซ๐ข๐ค๐๐ง ๐ค๐๐๐๐ง๐๐ซ๐๐ง ๐ฉ๐๐ฅ๐๐ซ๐ข๐๐ง ๐๐๐ค๐๐ซ๐ฃ๐ ๐ฌ๐๐๐๐ซ๐ ๐ฌ๐๐ก ๐๐ข ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐?
๐๐๐๐๐๐๐
Berpandukan Arahan MKN No. 23 (Semakan 2023), hanya pemegang DPP sahaja dibenarkan bekerja di Semenanjung Malaysia. Mekanisme dan kebenaran bekerja bagi pelarian adalah terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Manusia (KESUMA). Walau bagaimanapun, KDN komited untuk membantu KESUMA melaksanakan program pekerjaan kepada golongan pelarian.
๐. ๐๐ฉ๐๐ค๐๐ก ๐ค๐ซ๐ข๐ญ๐๐ซ๐ข๐ ๐ฒ๐๐ง๐ ๐๐ข๐ฉ๐๐ซ๐ฅ๐ฎ๐ค๐๐ง ๐จ๐ฅ๐๐ก ๐ฉ๐๐ฅ๐๐ซ๐ข๐๐ง ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฆ๐๐ฆ๐จ๐ก๐จ๐ง ๐ฉ๐๐ค๐๐ซ๐ฃ๐๐๐ง ๐ฌ๐๐๐๐ซ๐ ๐ฌ๐๐ก ๐๐ข ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐?
๐๐๐๐๐๐๐
Kriteria kelayakan bagi pelarian untuk bekerja secara sah adalah tertakluk kepada Garis Panduan Kebenaran Bekerja Bagi Pelarian yang ditetapkan dan dikawal selia oleh KESUMA.
Sekian, terima kasih.
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐
๐๐ฉ๐๐ค๐๐ก ๐ฅ๐๐ง๐ ๐ค๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐ฆ๐๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐ค๐๐ง ๐ฉ๐๐ซ๐ญ๐๐ฆ๐๐๐ก๐๐ง ๐ฉ๐๐ฅ๐๐ซ๐ข๐๐ง ๐๐๐๐๐ ๐ฒ๐๐ง๐ ๐๐ข๐ค๐๐ข๐ญ๐ค๐๐ง ๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐ฉ๐๐ฅ๐๐๐ ๐๐ข ๐ข๐ฌ๐ฎ ๐ฌ๐จ๐ฌ๐ข๐๐ฅ, ๐ฌ๐๐ซ๐ญ๐ ๐๐ฉ๐๐ค๐๐ก ๐ฆ๐๐ค๐๐ง๐ข๐ฌ๐ฆ๐ ๐ฃ๐๐ง๐ ๐ค๐ ๐ฉ๐๐ง๐ฃ๐๐ง๐ ๐ฒ๐๐ง๐ ๐๐ข๐ซ๐๐ง๐๐๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฆ๐๐ฆ๐๐ฌ๐ญ๐ข๐ค๐๐ง ๐ค๐๐ฌ๐๐ข๐ฆ๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐ง๐ญ๐๐ซ๐ ๐ฉ๐๐ซ๐ญ๐ข๐ฆ๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐ค๐๐ฆ๐๐ง๐ฎ๐ฌ๐ข๐๐๐ง, ๐ค๐๐ฌ๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ๐๐ง ๐ง๐๐ ๐๐ซ๐ ๐๐๐ง ๐ค๐๐ฉ๐๐ง๐ญ๐ข๐ง๐ ๐๐ง ๐ซ๐๐ค๐ฒ๐๐ญ ๐ญ๐๐ฆ๐ฉ๐๐ญ๐๐ง?
๐๐๐๐๐๐๐
Tuan Yang di-Pertua,
bermakna untuk Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Malaysia bukan Negara Pihak kepada Konvensyen Mengenai Status Pelarian 1951 dan Protokol 1967, yang tidak mempunyai obligasi negara memperuntukkan, menjamin dan memenuhi hak dan perlindungan untuk pelarian seperti mana yang diperuntukkan dalam kedua-dua dokumen dan mana-mana dokumen lain. Namun atas dasar kemanusiaan, Malaysia memainkan peranan sebagai negara transit dengan membenarkan pelarian tinggal secara sementara di negara ini sehingga mereka boleh dihantar balik ke negara asal apabila keadaan selamat atau dipindahkan ke negara ketiga (resettlement) yang diuruskan oleh UNHCR.
Peningkatan jumlah pelarian di Malaysia disebabkan oleh faktor berikut:
i. Pengurusan pendaftaran pelarian yang sepenuhnya dikendalikan oleh UNHCR, tanpa membabitkan Agensi Kerajaan. Keadaan ini menyebabkan Kerajaan tidak mempunyai elemen kawalanterhadap permohonan individu sebagai pelarian, jumlah dan lokasi keberadaan mereka di Malaysia. Pendaftaran pelarian secara unilateral telah menimbulkan risiko keselamatan kepada negara disebabkan kelayakan individu sebagai pelarian hanya ditentukan oleh UNHCR. Perkara ini juga telah membawa kepada kes-kes pendaftaran pelarian yang tidak teratur, penyalahgunaan dan pemalsuan kad pelarian, aktiviti penyeludupan manusia dan lain-lain; dan
ii. Dalam kes membabitkan pelarian warganegara Myanmar, konflik berpanjangan di Myanmar telah tidak membolehkan mereka untuk pulang. Di samping itu, negara ketiga yang mempunyai obligasi menerima pelarian di bawah Konvensyen 1953 dan Protokol 1967 saban tahun telah mengurangkan kuota tahunan penerimaan pelarian. Akibatnya, bilangan pelarian di Malaysia meningkat dan tempoh mereka berada di negara ini bertambah lama, menuntut pengurusan jangka panjang dari segi perlindungan, kebajikan dan bantuan kemanusiaan.
Bagi memastikan ketulenan status pelarian individu, dan pemantauan keberadaan sementara pelarian ini di Malaysia diurus dengan teratur, Kerajaan telah menambah baik Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 23 pada tahun 2023 yang memperuntukkan mekanisme pengurusan golongan ini untuk dilaksanakan oleh pelbagai Kementerian dan Agensi Kerajaan mengikut undang-undang Malaysia.
Langkah strategik dan mekanisme jangka panjang pengurusan pelarian di Malaysia berdasarkan Arahan MKN No. 23 (semakan 2023) adalah melalui Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) yang merupakan dokumentunggal yang mengesahkan status individu sebagai pelarian di Malaysia. Pelaksanaan DPP membolehkan Kerajaan memperolehi maklumat individu pelarian, dengan maklumat mereka didaftarkan di dalam sistem biometrik Kerajaan bagi tujuan pemantauan dan penguatkuasaan. Pemegang kad DPP boleh sama ada, pertama ditempatkan di negara ketiga melalui resettlement pulang ke negara asal setelah konflik reda atau tindakan pengusiran jika terlibat dalam jenayah atau ancaman ketenteraman dalam tempoh tinggal sementara di Malaysia.
Arahan MKN No. 23 (Semakan 2023) turut memperincikan tugas dan peranan pelbagai Kementerian dan Agensi dalam menyokong pelaksanaan DPP, seperti Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam melindungi golongan rentan iaitu wanita, warga emas, orang kurang upaya (OKU), gelandangan dan kanak-kanak dari eksploitasi, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk akses pendidikan asas hingga pendidikan tinggi, Kementerian Kesihatan untuk akses kepada perkhidmatan kesihatan asas dan Kementerian Sumber Manusia untuk kebenaran bekerja.
Sekian, terima kasih.

