Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT diminta menyatakan apakah Kerajaan bercadang menggubal Akta Agensi Sokongan Anak di peringkat Persekutuan untuk menguruskan penilaian, kutipan dan penguatkuasaan nafkah bagi anak-anak dalam kes-kes penceraian dengan lebih berkesan. Berapa sesi libat urus telah diadakan oleh pihak Kerajaan dengan NGO berkaitan.

Posted on Thursday, 27-11-2025 by Editorial Team

PUAN TERESA KOK SUH SIM [SEPUTEH] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah Kerajaan bercadang menggubal Akta Agensi Sokongan Anak di peringkat Persekutuan untuk menguruskan penilaian, kutipan dan penguatkuasaan nafkah bagi anak-anak dalam kes-kes penceraian dengan lebih berkesan. Berapa sesi libat urus telah diadakan oleh pihak Kerajaan dengan NGO berkaitan.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,
1. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyambut baik cadangan agar Kerajaan meneliti penambahbaikan bagi aspek perundangan berkaitan isu-isu perceraian termasuk pemberian nafkah anak-anak dan lain-lain perkhidmatan sokongan. Perkara ini melibatkan bidang kuasa pelbagai agensi seperti Jabatan Kehakiman dan Syariah, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Kementerian Dalam Negeri serta pihak-pihak berkuasa Kerajaan Negeri. Oleh itu, penilitian mendalam perlu dilakukan termasuklah kebolehlaksanaannya.

2. KPWKM melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah menggariskan Agenda Nasional KASIH Keluarga Negara (ANKKN) yang terkandung dalam dokumen Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13). ANKKN akan memberi tumpuan kepada pembangunan nilai sahsiah keluarga, pengukuhan hubungan kekeluargaan serta keseimbangan peranan dalam kalangan ahli keluarga bagi menjamin pengukuhan institusi keluarga seterusnya meningkatkan kestabilan sosial negara.

3. Agenda nasional ini menyokong pelaksanaan Dasar Keluarga Negara dengan memastikan pendekatan dasar yang mesra keluarga dan perkhidmatan yang akan meningkatkan daya tahan sesebuah keluarga. Antara objektif ANKKN adalah memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan membentuk dan membudayakan nilai KASIH untuk diterapkan kepada anak-anak demi masa depan keluarga dan negara. Selain itu, ia bermatlamat untuk membudayakan nilai KASIH dalam institusi keluarga.

4. Kesedaran dan pembudayaan nilai KASIH dalam keluarga adalah sangat penting terutamanya bagi keluarga dalam situasi yang tidak ideal seperti keluarga yang melalui proses perceraian. Walaupun begitu, KPWKM menyedari cabaran yang dihadapi oleh wanita berhubung isutuntutan nafkah anak dalam kes perceraian. Dalam hal ini, Kerajaan melalui pelbagai agensi ada menyediakan khidmat sokongan untuk membantu, seperti Jabatan Bantuan Guaman (JBG) dan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).

5. Sementara itu, KPWKM menerusi Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) turut mengambil inisiatif dalam membantu pihak yang terkesan. Antaranya adalah menerusi program yang memberi pendedahan dan pengetahuan tentang hak wanita dan akses kepada perundangan, termasuklah dalam isu tuntutan nafkah anak. Dalam hal ini, JPW telah memperkenalkan satu program baharu iaitu Program KASIH Ibu Tunggal (KASIHNITA) yang antaranya turut mencakupi modul kemahiran perundangan termasuk membimbing ibu tunggal dalam membuat tuntutan di mahkamah. Bagi tahun 2025, di bawah modul perundangan turut disediakan khidmat bantuan guaman secara percuma untuk mewakili ibu tunggal yang kurang berkemampuan membuat tuntutan atau menjawab tuntutan di mahkamah dengan kos yang minimum bagi kes sivil dan syariah.

6. Bagi tahun 2026, Program KASIHNITA akan diteruskan dengan pendekatan lebih strategik melalui khidmat bantuan guaman kepada ibu tunggal yang layak selaras dengan peruntukan bajet yang akan diterima. Program ini disasarkan untuk memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 5,000 orang ibu tunggal yang layak di seluruh Malaysia. Dengan sokongan bajet tahunan, KASIHNITA dijangka mampu memperluas capaian dan meningkatkan impak pemberdayaan sosioekonomi wanita, khususnya ibu tunggal, sebagai penyumbang aktif kepada pembangunan sosioekonomi negara.

7. Di samping itu, JPW turut melaksanakan Program Literasi Perundangan Dan Hak Wanita (IRIS). Melalui program IRIS, masyarakat terutamanya golongan wanita diberi pendedahan dan pengetahuan berkaitan hak dan perundangan. Justeru, wanita lebih sedar dan faham hak mereka serta berani mempertahankan hak dan kepentingan diri.

8. Dari semasa ke semasa, KPWKM akan membuat penilaian impak program ini sebagai refleksi dan meneroka sebarang penambahbaikan yang boleh dan perlu dibuat bagi memberi manfaat kepada kumpulan yang disasarkan. Ini termasuklah memperluaskan kerjasama dengan pengamal undang-undang swasta untuk penyelarasan yang lebih sistematik di antara agensi Kerajaan.

Sekian, terima kasih.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁促请隆市政局在武吉加里尔、大城堡及旧巴生路展开全面基础设施研究
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme