Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Ucapan Teresa Kok (Seputeh) Dalam Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Kementerian Dalam Negeri (26 Nov 2025)

Posted on Wednesday, 26-11-2025 by Editorial Team

Datuk Pengerusi,

Saya ingin bangkit dua kes yang amat menyayat hati dan masih belum mendapat penyelesaian sewajarnya sehingga hari ini, iaitu kehilangan paksa sosial aktivis Amri Che Mat pada tahun 2016 dan Raymond Koh pada tahun 2017.

Keputusan Makhamah Tinggi Kuala Lumpur pada 5 November 2025 telah memutuskan bahawa kerajaan bertanggungjawab ke atas kehilangan paksa mereka.

Laporan SUHAKAM dan Laporan “Special Task Force” (STF) telah dipetik dalam penghakiman Hakim Su Tiang Joo dalam kedua-dua kes tersebut. Berdasarkan Laporan SUHAKAM 2019, kedua-dua kes ini diklasifikasikan sebagai kehilangan paksa (enforced disappearance). Kedua-dua laporan menyatakan bahawa terdapat bukti keterlibatan pihak polis, khususnya Cawangan Khas PDRM.

Laporan SUHAKAM menjelaskan bahawa operasi penculikan dilaksanakan secara terancang, menggunakan taktik profesional yang serupa dengan latihan polis, dan melibatkan struktur logistik yang menempatkan mangsa di luar perlindungan undang-undang. Sebagai contoh, SUHAKAM mendapati bahawa sebuah Toyota Vios bernombor pendaftaran PFC 1623, terlibat dalam kedua-dua kes hilang paksa tersebut, merupakan milik Saiful Bahari yang bekerja dengan Cawangan Khas. Penemuan ini hanya muncul semasa siasatan SUHAKAM dan bukan di peringkat siasatan polis.

Di samping itu, mahkamah juga mengambil kira kelewatan siasatan serta kegagalan pihak polis mendedahkan maklumat penting, yang secara keseluruhannya menunjukkan bahawa penglibatan polis dalam kes tersebut tidak dapat dinafikan. Berdasarkan dapatan SUHAKAM dan Special Task Force, mahkamah berpendapat bahawa pihak polis berkemungkinan besar (on a balance of probabilities) terlibat dalam penculikan dan kehilangan paksa Amri dan Koh.

Kedua-dua keluarga mangsa sehingga hari ini masih tidak mengetahui lokasi, nasib, atau keadaan sebenar insan yang mereka sayangi. Tragedi ini bukan hanya melibatkan isu keluarga—ia adalah persoalan hak asasi, integriti institusi penguatkuasaan, dan kewajipan negara di bawah undang-undang antarabangsa.

Soalan saya kepada KDN adalah Apakah wujudnya unit, pasukan khas, skuad atau ejen dalam agensi penguatkuasaan yang pernah menjalankan operasi yang membawa kepada kehilangan paksa seperti yang dirumuskan oleh SUHAKAM, khususnya melibatkan Cawangan Khas di bawah PDRM atau mana-mana unit yang menerima arahan pembunuhan?

Jika tidak, apakah langkah kerajaan untuk mengenal pasti kumpulan atau individu yang terlibat, selaras dengan obligasi negara untuk mencegah dan menyiasat kehilangan paksa?

Saya juga ingin Tanya apakah kerajaan akan meratifikasi “The international Convention for the Protection of All Persons from Enforced Disappearance” (ICPPED) dan “Internatioal Covenant on Civil and Political Rights 1966” (ICCPR) yang telah diserukan oleh SUHAKAM.

Apakah yang menghalang Malaysia menyokong kedua-dua konvensyen tersebut, dan apakah pelan tindakan kerajaan bagi memastikan tragedi seperti ini tidak berulang?

MINTA KERAJAAN MENGATASI KEKURANGAN PEGAWAI PENYIASAT POLIS (IO) WANITA DI PETALING JAYA
======================================================
Memandangkan kes keganasan seksual telah meningkat khususnya kawasan Petaling Jaya, saya ingin minta kementerian menambah pegawai penyiasat (IO) wanita dalam kes rogol dan keganasan seksual di Petaling Jaya, kerana beban kerja pegawai penyiasat polis yang menangani kes-kes rogol telah sampai tahap tidak dapat terima kes baru lagi, dan terpaksa serah kepada IO lelaki.

Saya terima aduan dan minta KDN melatih lebih pegawai polis wanita untuk menjadi IO yang menangani kes keganasan seksual.

MINTA KDN MEMBERI PENJELASAN TENTANG SEBAB SEORANG PELANCONG DARI SUDAN DARIPADA MASUK KE NEGARA KITA?
============================================================
Saya terima aduan seorang warga dari Negara Sudan yang bernama Bashir Ibrahim Kanyar Kua (Nombor passport: P12526056) dilarang masuk ke Malaysia pada 22 November 2025. Beliau mempunyai tiket penerbangan yang datang dan meninggal Malaysia yang sah, tetapi beliau tiba pada pagi 22 November 2025, lepas itu dimasukkan dalam kem imigresen dan dihantar balik dengan Qatar Airways pada malam itu. Pelancong ini tidak dibenarkan untuk berkomunikasi dengan kawannya yang tunggu di KLIA juga. Beliau dihalau tanpa diberi sebab.

Perdana Menteri kita telah mengadakan lawatan dan mencapai perdagangan dua-hala yang berjaya di beberapa negara di Afrika baru-baru ini, tetapi sekarang kita menghalang pelancong Afrika memasuki negara kita.

Saya difahamkan pintu keluar masuk di KLIA bukan lagi di bawah pengawasan Imigresen tetapi dijaga oleh AKPS. Saya telah hantar surat kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri, dan saya berharap KDN akan beri saya jawapan.

MINTA KERAJAAN MEMBERI LEBIH PERUNTUKAN KEPADA PDRM UNTUK MENCARI MENANTU YB PAGOH
=======================================================
Akhirnya, saya ingin menyeru kerajaan memberi lebih elaun dan peruntukan kepada PDRM untuk mencari menantu YB Pagoh yang telah hilang. Kita baca daripada media menantunya berada di luar negara tetapi Polis tidak dapat mencari dia. Saya berharap lebih peruntukan kepada PDRM akan membenarkan polis menunaikan tugas ini.

TERESA KOK

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石
  • Press statement by Teresa Kok, MP for Seputeh on 12 March 2026: An RCI Is the Test of Madani’s Commitment to Transparency
  • KENYATAAN MEDIA OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH (12 MAC 2026): RCI Adalah Ujian Komitmen Kerajaan Madani Terhadap Ketelusan
  • 郭素沁呼吁反贪会调查前经济部长助理蔡镇燊的方式 应避免陷“舆论公审”

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme