Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jawapan Bertulis Ke Atas Pertanyaan Perbahasan Belanjawan 2026 Peringkat Jawatankuasa Dewan Rakyat – Kementerian Perladangan Dan Komoditi (KPK)

Posted on Tuesday, 25-11-2025 by Editorial Team

JAWAPAN

Tuan Yang Di-Pertua,

STRATEGI TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026

SEKTOR SAWIT

1. Untuk Tahun Melawat Malaysia 2026, MPOC akan mempromosi minyak sawit Malaysia sebagai sebahagian naratif nilai tambah negara bagi menyokong imej pelancongan dan penjenamaan Malaysia sebagai pengeluar agri-makanan moden, berteknologi tinggi dan mampan.Usaha ini turut merangkumi penzahiran kejayaan Malaysia dalam mempromosikan naratif “negara rendah penebangan hutan / low deforestation” di peringkat antarabangsa, sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pembekal minyak sawit yang bertanggungjawab serta mematuhi piawaian global terkini.

SEKTOR KAYU-KAYAN

1. Bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) telah merangka usaha mempromosikan perabot kayu terutama kayu getah kepada pelancong asing seperti berikut:

i. Menyertai pameran perabot bertaraf antarabangsa seperti Export Furniture Exhibition (EFE) pada 3 – 6 Mac di KLCC dan Malaysian International Furniture Fair (MIFF) pada 4 – 7 Mac 2026 di MITEC/ WTCKL. Pameran ini akan menghimpunkan semua pemain industri perabot tempatan seluruh negara untuk mempromosikan hasil keluaran produk kayu mereka;

ii. Bagi mengetengahkan reka bentuk perabot tempatan, Kuala Lumpur Design Festival (KLDF) akan menjadi antara tarikan utama kepada pelancong. KLDF menghimpunkan para pereka tersohor tanah air dalam pelbagai bidang untuk mempamerkan hasil reka bentuk tempatan termasuk perabot selain sesi

perkongsian ilmu;

iii. Kempen Pemasaran dan Promosi Produk Perkayuan Malaysia di Pasaran Tempatan 2.0 yang pernah diadakan pada tahun 2024 akan diteruskan pada tahun 2026 dengan menjalankan program promosi bersama agensi berkaitan pelancongan tempatan dan antarabangsa. Program lawatan ke pusat pameran dan kilang perabot terpilih akan dicadangkan sebagai sebahagian daripada pakej ‘Industrial Heritage Tourism’ atau ‘Arts & Craft Tourism’; dan
iv. Meningkatkan pemasaran atau penjenamaan kepada perabot kayu dengan menekankan kelestarian di sebalik kayu getah iaitu kitaran hidup dari pokok getah yang diusahakan oleh pekebun kecil sehingga dijadikan produk kayu yang berkualiti.

SEKTOR KOKO

1. Sempena penganjuran Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026), Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) melalui Lembaga Koko Malaysia (LKM) komited melaksanakan strategi komprehensif bagi memperkukuh promosi coklat Malaysia serta produk berasaskan koko kepada pelancong yang melancong atau mengunjungi ke negara ini. Usaha ini dilaksanakan secara bersepadu bersama Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta pemain industri koko di peringkat domestik dan antarabangsa.

2. Strategi yang akan dilaksanakan bagi menjayakan VM2026 dalam mempromosikan komoditi koko adalah seperti berikut:

i) Penyertaan Pameran Perdagangan dan Kepenggunaan Bertaraf Antarabangsa
Memperkenalkan coklat dan produk koko Malaysia melalui penyertaan dalam pelbagai pameran perdagangan dan pengguna di dalam serta luar negara, termasuk promosi khas VM2026. Sebuah ‘MYCOCOA Pavilion’ akan diwujudkan bagi

menghimpunkan jenama coklat tempatan di bawah satu identiti nasional dan menyertai pameran domestik serta antarabangsa seperti Malaysia Brand Day, Pastry and Cocoa Festival, Salon du Chocolate Malaysia, serta SIAL Paris untuk mempromosikan coklat Malaysia kepada pengimport, pengedar, pembeli antarabangsa dan pelancong.

ii) Program Padanan Perniagaan dan Jaringan Perdagangan Global
Menganjurkan International Cocoa Business Matching (ICBM) dengan penyertaan rangkaian pasar raya premium antarabangsa melalui kerjasama strategik dengan MATRADE dan MOTAC, dan menggunakan perkhidmatan market linker, Key Opinion Consumer (KOC) dan Key Opinion Leader (KOL) antarabangsa untuk meningkatkan promosi serta akses pasaran baharu produk berasaskan koko Malaysia.

iii) Kerjasama Strategik dengan MATRADE, MOTAC dan Industri dalam Kempen Promosi dan Penjenamaan Coklat Malaysia
Menampilkan coklat Malaysia di bawah identiti “Taste of Malaysian Chocolate” di semua platform promosi rasmi MOTAC dan MATRADE termasuk kempen VM2026 dan kempen menggalakkan pengeluar coklat tempatan menghasilkan cenderamata rasmi pelancong dan barangan premium bagi delegasi antarabangsa, seterusnya meningkatkan nilai tambah industri koko tempatan.

iv) Kempen Promosi Digital di Media Sosial dan Platform E-Dagang Antarabangsa
Pemasaran koko digital melalui platform global seperti TikTok Shop Cross-Border termasuk pembangunan kandungan video promosi yang menarik bagi mempromosikan dan memaparkan keunikan coklat Malaysia.

v) Promosi di Lokasi Pelancongan Utama dan Pintu Masuk Negara
Menyediakan kiosk dan kaunter promosi Coklat Malaysia di lapangan terbang antarabangsa dengan kerjasama Malaysia Airport Berhad dan Air Asia, outlet bebas cukai, hotel terpilih serta destinasi pelancongan utama. Langkah ini mampu memberi pendedahan langsung kepada pelancong asing mengenai kepelbagaian produk coklat tempatan sekaligus berupaya meningkatkan jualan runcit produk coklat dan berasaskan koko jenama tempatan.

3. Pendekatan promosi secara bersepadu diyakini mampu memperluaskan akses pasaran antarabangsa sekaligus mempromosikan komoditi koko negara melalui jenama Coklat Malaysia sebagai produk premium berasaskan koko tropika, di samping memaksimumkan faedah ekonomi kepada negara melalui TMM2026 dengan keterlibatan industri koko negara secara holistik.

SEKTOR LADA

1. Sektor lada, fokus utama yang dirancang oleh Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) melalui Lembaga Lada Malaysia (MPB) dalam mempromosikan penggunaan produk lada di peringkat tempatan khususnya produk lada menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) melalui pelaksanaan Program Pengukuhan Pasaran Lada Malaysia yang telah diluluskan pada tahun 2026 sebanyak RM1 juta.

2. Di bawah Rolling Plan Pertama (RP1, RMKe-13), MPB komited dalam melaksanakan strategi dan inisiatif seperti berikut:

i) Promosi dan Pameran Dalam Negara

• Penyertaan dalam pelbagai program promosi dan pameran berskala antarabangsa yang dianjurkan dalam negara, termasuk festival pelancongan utama, bagi mempromosikan produk lada Sarawak sebagai produk premium ke peringkat global.

• Memperkukuhkan pasaran domestik dan meningkatkan daya saing produk lada tempatan dalam persidangan, forum, seminar serta sesi padanan perniagaan (business matching) di lokasi-lokasi strategik yang berkaitan pelancongan, gastronomi dan industri makanan.
• Kolaborasi dan kerjasama strategik melibatkan agensi- agensi berkaitan seperti dengan Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi memastikan usaha promosi dan penjenamaan produk lada Malaysia dilaksanakan secara lebih menyeluruh dan berimpak tinggi.
ii) Pameran dan Kemudahan Produksi Bagi Tujuan Publisiti Sektor Lada

• Pelaksanaan aktiviti publisiti sektor lada melalui pelbagai inisiatif promosi dalam usaha meningkatkan kesedaran dan penjenamaan produk lada Malaysia bersempena VM2026 seperti penyertaan dalam festival dan pameran pelancongan berskala antarabangsa, program demonstrasi masakan dan sesi ‘tasting’ berasaskan lada Malaysia bersama chef hotel atau restoran bertaraf antarabangsa, pengeluaran bahan promosi dan cenderamata lada untuk dipromosikan secara global.
• Menjalin kerjasama strategik dengan pempengaruh, agensi industri dan media antarabangsa bagi meningkatkan capaian serta keterlihatan (visibility) produk lada Malaysia di peringkat pasaran global. Selain itu, MPB akan mempromosikan produk lada Malaysia sebagai tarikan pelancongan gastronomi utama sempena VM2026 melalui pelbagai platform digital.
3. Inisiatif seumpama ini dijangka meningkatkan brand visibility, memperkukuh kedudukan pasaran produk lada Malaysia melalui risikan pasaran dan penyebaran maklumat terkini bagi penerokaan pasaran baharu secara holistik dan berterusan.

STRATEGI MEMPROMOSI MINYAK SAWIT

1. Melalui Kursus CTRE (Continuing Tourism Related Education), MPOC telah melatih lebih 500 pemandu pelancong sepanjang 2024– 2025, dan menyasarkan untuk melatih 700–800 peserta menjelang 2026. Modul kursus akan diperkemas dan distrukturkan semula dengan penekanan kepada MSPO, status Malaysia sebagai negara “low deforestation”, realiti pekebun kecil, asas sains nutrisi minyak sawit dan minyak sawit merah, serta teknik komunikasi berkesan bagi membolehkan pemandu pelancong menjawab persoalan dan kebimbangan pelancong antarabangsa dengan lebih tepat dan meyakinkan.

2. Kandungan promosi MPOC melalui kerjasama strategik dengan CNN, SCMP, The Economist, Al Arabiya dan Warner Bros Discovery, serta pelaksanaan kempen CAPOC di India, Timur Tengah dan Afrika Utara, akan diselaraskan bagi memastikan pelancong antarabangsa sudah terdedah kepada naratif positif mengenai minyak sawit Malaysia sebelum mereka tiba ke negara ini.

3. Inisiatif ini turut diperkukuh melalui kolaborasi MPOC bersama Les’ Copaque Production, di mana kandungan Upin & Ipin Musim 18 dan 19 berjaya meraih lebih 100 juta tontonan dan memenangi ASEAN Academy Creative Awards 2024 bagi kategori Best Animation dan Best Children’s Programme, sekali gus mewakili Malaysia pada peringkat Asia di Singapura pada Disember 2024.

4. Selain itu, kerjasama MPOC bersama NGO Wild Asia turut menerima pengiktirafan melalui kemenangan kategori “Communicating for Good” di RSPO Excellence Awards 2025, yang mengiktiraf usaha komunikasi berimpak tinggi dalam mengetengahkan kisah kejayaan petani SPIRAL dalam rantaian sawit lestari.

5. MPOC turut merancang kolaborasi dengan penyedia pengangkutan awam utama (contoh: stesen LRT) pada 2026 bagi memaparkan naratif minyak sawit Malaysia dan minyak sawit merah di kawasan trafik pelancong tertinggi negara.

6. Di platform media sosial, MPOC terus memperkukuh kerjasama dengan pempengaruh antarabangsa dalam bidang kesihatan dan kemampanan, disokong oleh rangkaian Global Health & Experts Panel bagi memastikan ketepatan saintifik. Pendekatan ini memastikan setiap naratif yang disampaikan adalah konsisten, berwibawa dan mampu meningkatkan keyakinan global terhadap minyak sawit Malaysia.

7. Sebagai contoh, data kempen di EU menunjukkan peningkatan ketara dari segi keberkesanan strategi pemilihan pempengaruh. Pada tahun 2024, kerjasama dengan 57 pempengaruh menghasilkan capaian 12.6 juta. Namun pada tahun 2025, MPOC hanya memerlukan 38 pempengaruh untuk mencapai capaian yang lebih tinggi, iaitu 14.8 juta. Perkembangan ini membuktikan bahawa strategi beralih kepada pempengaruh yang lebih berkualiti, relevan dan berautoriti membolehkan impak yang lebih besar dicapai walaupun dengan bilangan kolaborator yang lebih kecil.

8. Dengan gabungan pendekatan modul CTRE, kerjasama media global, kandungan berimpak tinggi seperti Upin & Ipin, inisiatif bersama pengangkutan awam, serta rangkaian pempengaruh berasaskan sains, Malaysia memasuki Tahun Melawat Malaysia 2026 dengan naratif yang kukuh dan selari: Malaysia ialah peneraju minyak sawit mampan, rendah penebangan hutan, dan sejajar kepada piawaian global terkini.

Sekian, terima kasih.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁呼吁反贪会调查前经济部长助理蔡镇燊的方式 应避免陷“舆论公审”
  • MACC is urged to restore public confidence and review its manner of investigating James Chai
  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa memulihkan keyakinan awam dan menilai semula cara siasatan terhadap James Chai Jin Shern
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkenaan statistik perkahwinan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun bagi 2023,2024 dan 2025
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkenaan jumlah pendaftaran yang diterima oleh Lembaga Jurukur Tanah
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkenaan rumah perlindungan bagi mangsa keganasan rumah tangga
  • Ucapan Kamar Khas: Apakah Respons dan Halatuju Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Terhadap Syor PAC Terhadap Pemberimilikan Tanah Kerajaan di Kuala Lumpur (2 Mac 2026)
  • Ucapan Teresa Kok (Seputeh) Dalam Perbahasan Penyata Jawatankuasa Pilihan Kesihatan: Pemantapan Dasar Pemakanan dan Intervensi Nutrisi di Malaysia Pada 25 Februari 2026
  • Kes Pecah Kereta di Taman Persekutuan Bukit Kiara
  • “Gema 1MDB: Satu Lagi Pasukan Petugas yang Ditakdirkan untuk Gagal?” (14 Feb 2026)
  • “Echoes of 1MDB: Another Task Force Destined to Fail?” (14 Feb 2026)
  • 郭素沁:嘉玛若再违庭令,将采取法律行动
  • [Media Statement] Response to Recent Remarks by Datuk Jamal Yunos
  • [Kenyataan Media] Respons terhadap Kenyataan Terkini Datuk Jamal Yunos
  • [PARLIMEN] Adakah Kementerian akan menyemak dan menghapuskan keperluan kelulusan suami bukan warganegara dalam permohonan kewarganegaraan anak-anak di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan demi memastikan ibu Malaysia mempunyai hak yang sama untuk memohon kewarganegaraan bagi anak yang dilahir di luar negara.

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme