Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

KDN, PDRM dan AGC Diseru Memandang Serius Keputusan Mahkamah Tinggi Mengenai Kehilangan Paksa Amri Che Mat dan Raymond Koh, Serta Akur Perintah Mahkamah untuk Meneruskan Siasatan

Posted on Friday, 07-11-2025 by Editorial Team

Kenyataan Akhbar YB Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh) pada 7 November 2025

KDN, PDRM dan AGC Diseru Memandang Serius Keputusan Mahkamah Tinggi Mengenai Kehilangan Paksa Amri Che Mat dan Raymond Koh, Serta Akur Perintah Mahkamah untuk Meneruskan Siasatan
=======================================================================================================================================

Saya menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara (AGC) agar memandang serius keputusan Mahkamah Tinggi berhubung kes kehilangan paksa Amri Che Mat dan Raymond Koh pada 5 November 2025.

Saya melahirkan rasa kesal dengan kenyataan Peguam Negara yang menuduh Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang salah, tanpa meneliti asas keputusan Mahkamah secara menyeluruh dan serius.

Saya juga menggesa Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, untuk mengarahkan PDRM mengikut perintah mahkamah bagi meneruskan siasatan terhadap kehilangan paksa Raymond Koh dan Amri Che Mat.

Sehubungan itu, saya turut menggesa YB Datuk Seri Saifuddin mengambil tindakan terhadap beberapa anggota polis yang disyaki terlibat dalam kehilangan paksa Koh dan Amri, serta mengecualikan mereka daripada terlibat dalam siasatan kes ini.

Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 5 November 2025 telah memutuskan bahawa Kerajaan bertanggungjawab ke atas kehilangan paksa tersebut.

Perintah Mahkamah mewajibkan PDRM menjalankan siasatan secara menyeluruh dan melaporkan perkembangan siasatan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) pada setiap dua bulan. Sekiranya Koh masih tidak ditemui, Kerajaan perlu membayar ganti rugi sebanyak RM10,000 setiap hari ke dalam akaun amanah Raymond Koh.

KDN dan PDRM digesa mengikut perintah Mahkamah Tinggi dengan serius, dan menghentikan usaha untuk menutup kes kehilangan paksa Raymond Koh dan Amri sebagai langkah untuk meningkatkan ketelusan, akauntabiliti dan profesionalisme PDRM.

Kehilangan paksa adalah pelanggaran serius hak asasi manusia. Kerajaan Madani seharusnya mengecam salah laku anggota polis ini dan memastikan ia tidak berulang lagi.

Teresa Kok

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Ucapan YB Teresa Kok Dalam Konvensyen Pakatan Harapan | 17 Mei 2026
  • 郭素沁指浮罗交怡旅游业表现落后于普吉岛与峇厘岛,促吉打州政府停止“自我陶醉式数据解读”
  • JAUH KETINGGALAN DI BELAKANG PHUKET DAN BALI: KERAJAAN PAS KEDAH JANGAN SYOK SENDIRI DENGAN STATISTIK ‘SUAM-SUAM KUKU’
  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme