Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Ucapan Perbahasan Peringkat Jawatankuasa JPM pada 5 November 2025

Posted on Wednesday, 05-11-2025 by Editorial Team

Ucapan perbahasan peringkat jawatankuasa JPM pada 5 November 2025
————————————————————————————————
Saya rujuk kepada Butiran:
B 040100 Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang
B 070000 Peengurusan Wilayah Persekutuan

Tanah Perkuburan Bukan Islam di KL
===============================

1. Saya ingin tanya YB Menteri, berapa keping tanah perkuburan bukan Islam di Kuala Lumpur dan berapa keluasannya? Saya difahamkan wujudnya tanah perkuburan bukan Islam di kawasan Setapak dan Bukit Jalil, saya ingin minta YB Menteri beri saya maklumat yang lebih terperinci dan rancangan DBKL dan Jabatan Wilayah Persekutuan terhadap tanah perkuburan tersebut.

2. Mengikut maklumat yang saya perolehi, Tanah Perkuburan bagi masyarakat bukan Islam di Bukit Jalil adalah: No. Pelan PA 1110621 dan No. Lot 101968. Tanah berkeluasan 3.511 hektar, adalah di bawah pengawasan Ketua Setiausaha Negara sebagai pengawal tanah rizab. Ia telah diwartakan di bawah Kanun Tanah Negara pada 2 Mei 2017.

3. Menurut jawapan yang saya perolehi daripada Pejabat Tanah dan Galian Kuala Lumpur telah memaklumkan bahawa tanah perkuburan ini hanya boleh dipajak selama 21 tahun mengikut Seksyen 63, Kanun Tanah Negara. Sekiranya pihak swasta ingin memohon kepada PTG untuk menguruskan tanah perkuburan bukan Islam tersebut, PTG KL akan mendapat kos penilaian daripada Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta dan ia hanya dapat dipajak selama 21 tahun sahaja, lepas itu tanah kubur haruslah dipulangkan kepada kerajaan. Premiumnya adalah lebih kurang RM1 juta satu tahun.

4. Sekiranya kita berbanding dengan dasarpengendalian tanah perkuburan di Selangor, contohnya: Subang Lutheran Garden adalah diwartakan sebagai tanah perkuburan oleh PTG Petaling/Setiausaha Negeri Selangor. Lutheran Garden Berhad dipertugaskan untuk mengusahakannya, ia tidak perlu bayar quit rent atau sewa kepada kerajaan, dan tiada had tahun dikenakan terhadap syarikat yang mengusahakan tanah perkuburan mampu milik tersebut.

5. Saya berharap DBKL dan Jabatan Wilayah Persekutuan akan memandang serius untuk menangani tanah perkuburan bukan islam yang amat diperlukan oleh masyarakat KL ini.

LEMBAGA KELAYAKAN PROFESION UNDANG-UNDANG
============================================l

1. Saya ingin merujuk kepada isu Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang yang sedang melabur wangnya dalam simpanan tetap (fixed deposit). Isu ini telah dibangkitkan oleh YB Miri sebelum ini. Sekiranya Akta Profesion Undang-Undang 1976 diteliti, tiada peruntukan membenarkan pelaburan wang. Oleh itu, apakah punca kuasa yang membenarkan Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang melaburkan wangnya?

2. Memandangkan Lembaga Kelayakan mempunyai lebih RM55 juta dalam akaunnya dan sehingga boleh melaburkan wang tersebut, adakah Lembaga Kelayakan sedia dan terbuka untuk menurunkan fi peperiksaan CLP mulai tahun hadapan demi kepentingan rakyat?

3. Sekarang, kadar gaji maksima tahunan untuk kelayakan menerima bantuan guaman ialah: di bawah RM50,000 bagi Jabatan Bantuan Guaman dan di bawah RM36,000 bagi Yayasan Bantuan Guaman Kerajaan (YBGK). Adakah Kerajaan sedia untuk meningkatkan kadar gaji maksima tahunan tersebut supaya lebih ramai orang layak untuk menerima bantuan guaman?

Apakah halatuju dan dasar Jabatan Peguam Negara terhadap pendakwaan rasuah?
======================================================================

Dalam kes Ketua Bahagian Segambut Parti Bersatu, Adam Radian dalam kes Jana Wibawa. Pada asalnya beliau menghadapi 12 pertuduhan, mengikut laporan media FMT, “five for corruption under Section 16(a)(A) of the MACC Act 2009 and seven for money laundering under the Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2001 (AMLA).”

Adam Radian dituduh mengambil rasuah RM9.9 juta, tetapi beliau dibebaskan selepas membayar denda RM4.1 juta di bawah tuduhan AMLA.

Beliau dibebaskan atas permohonan timbalan pendakwaraya kepada mahkamah.

Soalannya, beliau dituduh melibatkan rasuah RM9.9 juta, selepas membayar denda RM4.1 juta, beliau masih simpan RM 5.8 juta.

Begitu juga dengan seorang wakil rakyat dan pembantunya yang dituduh menyimpan beratus-ratus juta ringgit dalam satu rumah. Pihak Jabatan Peguam Negara nampaknya tidak menunjukkan tanda untuk mendakwa mereka ke mahkamah selepas mereka memulangkan kesemua duit kepada kerajaan.

Apakah ini halatuju Jabatan Peguam Negara (AGC), di mana AGC tidak akan mendakwa seseorang di bawah rasuah sekiranya dia memulangkan semua duit rasuah berkenaan?

Tetapi sekira kita lihat dalam kes YB Bagan yang didakwa dan dibicarakan selama 5 tahun dalam mahkamah, pihak pendakwaraya tidak dapat menunjukkan apa-apa bukti bahawa YB Bagan terima rasuah, langsung tiada “money trail”, tiada bukti menunjukkan terdapat apa-apa wang masuk ke dalam akaun YB Bagan. Bukti yang digunakan dalam kes ini telah digunakan dalam satu lagi kes di mahkamah Shah Alam, iaitu bukti yang “re-cycled”. Pendakwaan hanya bergantung kepada pengakuan oleh beberapa orang saksi pendakwaraya, beliau dibicarakan di mahkamah selama 5 tahun! Pihak pendakwaraya menimbulkan isu atau bukti baru yang langsung tidak berasas dari masa ke semasa.

Bukankah ini menunjukkan “double standard” pihak Stiada keterangan SPRM dan AGC dalam pendakwaan rasuah? Bukankah ini tidak adil terhadap YB Bagan?

PENDIRIAN AGC TERHADAP INDIRAN GHANDI
==================================

Saya juga ingin tanya apakah pendirian AGC terhadap kes Puan Indira Ghandi, di mana bekas suaminya menghina mahkamah dan enggan memulangkan anak perempuannya kepada beliau.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme