Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Soalan Parlimen: MENTERI PENGANGKUTAN diminta menyatakan senarai laluan penerbangan antarabangsa baharu yang berjaya diwujudkan daripada tahun 2023 sehingga 2025 serta usaha MAHB memperluaskan lagi menyatakan kesalinghubungan antarabangsa KLIA

Posted on Tuesday, 07-10-2025 by Editorial Team

PUAN TERESA KOK SUH SIM [SEPUTEH] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan senarai laluan penerbangan antarabangsa baharu yang berjaya diwujudkan daripada tahun 2023 sehingga 2025 serta usaha MAHB memperluaskan lagi menyatakan kesalinghubungan antarabangsa KLIA.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,
1. Pembangunan rangkaian penerbangan antarabangsa di KLIA sentiasa menjadi keutamaan Kerajaan bagi memastikan Malaysia kekal sebagai hab penerbangan serantau yang berdaya saing. Seiring dengan pemulihan sektor penerbangan pasca pandemik, beberapa laluan antarabangsa baharu telah berjaya diwujudkan dari tahun 2023 sehingga kini hasil usaha sama dengan syarikat penerbangan dan pengendali lapangan terbang.

2. Untuk makluman Yang Berhormat, sejumlah 39 laluan antarabangsa baharu telah diwujudkan, iaitu 10 laluan pada tahun 2023, 21 laluan pada tahun 2024 dan 8 laluan sehingga Ogos tahun 2025. Pengembangan laluan ini memberi tumpuan kepada penghubungan bandar-bandar sekunder di rantau Asia Tenggara yang berpotensi dalam pelancongan dan perdagangan, memperluaskan pasaran ke Asia Timur dan Timur Tengah serta memperkenalkan laluan premium ke Eropah.

3. Laluan-laluan baharu yang telah diwujudkan menghubungkan KLIA kepada bandar-bandar di Perancis, Australia, Turkiye, Qatar, UAE, India, China, Indonesia, Kemboja, Filipina, Timor Leste, Vietnam, Kazakhstan, Pakistan, Palau, Thailand dan Uzbekistan. Antara bandar-bandar yang telah dihubungkan kepada KLIA melalui laluan-laluan baharu termasuk Cebu, Doha, Almaty, Dubai, Tashkent, Paris dan Darwin.

4. Susulan usaha-usaha yang telah dilaksanakan, Laporan “Megahub 2025 OAG” yang menilai tahap kesalinghubungan lapangan terbang antarabangsa utama dunia telah menamakan KLIA sebagai lapangan terbang paling terhubung di Asia Pasifik.

5. Sebagai usaha untuk memperkukuh lagi kesalinghubungan antarabangsa KLIA, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) telah melaksanakan (dengan izin) Network Development Programme atau NDP bagi tempoh 2025 hingga 2027, dengan peruntukan khusus sebanyak RM36.4 juta. Program ini menawarkan pelbagai insentif berkaitan operasi penerbangan seperti pengecualian yuran pendaratan dan diskaun caj lapangan terbang, serta insentif bukan operasi seperti sokongan pemasaran dan rebat sewa pejabat. Langkah ini bertujuan menarik lebih banyak laluan antarabangsa baharu serta menggalakkan syarikat penerbangan menambah kekerapan penerbangan sedia ada.

6. Kerajaan melalui Tourism Malaysia juga telah memperkenalkan Geran Sepadan Perjalanan Antarabangsa dan Charter (GSPC) bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2025 dengan peruntukan sebanyak RM30 juta. GSPC diwujudkan untuk menyokong syarikat penerbangan dan agensi pelancongan dalam membuka laluan baharu, menambah kekerapan penerbangan dan melaksanakan penerbangan charter yang dapat merancakkan industri pelancongan negara. MAHB turut berkerja sama dalam pelaksanaan geran tersebut.

7. Kesemua usaha ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan untuk menjadikan KLIA sebagai hab penerbangan serantau yang berdaya saing serta memberi manfaat kepada ekonomi negara dan rakyat.

Sekian, terima kasih.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (้ƒญ็ด ๆฒ) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • ๐‰๐Š๐๐“๐† ๐ฆ๐ž๐ฅ๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ค๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ฐ๐š๐š๐ง ๐ญ๐š๐ฉ๐š๐ค ๐ฌ๐ž๐ค๐จ๐ฅ๐š๐ก ๐ญ๐ž๐ซ๐›๐ž๐ง๐ ๐ค๐š๐ฅ๐š๐ข, ๐’๐Š ๐ƒ๐š๐ง๐š๐ฎ ๐๐ž๐ซ๐๐š๐ง๐š ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐ฌ๐ฒ๐š๐ซ๐ข๐ค๐š๐ญ ๐ฉ๐ž๐ง๐ฃ๐ฎ๐š๐ฅ ๐ค๐ž๐ซ๐ž๐ญ๐š ๐ญ๐š๐ง๐ฉ๐š ๐๐š๐ฉ๐š๐ญ ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐ญ๐ฎ๐ฃ๐ฎ๐š๐ง ๐Š๐๐Œ
  • ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ ๐–๐€๐๐ˆ๐“๐€, ๐Š๐„๐‹๐”๐€๐‘๐†๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐€๐’๐˜๐€๐‘๐€๐Š๐€๐“ ๐‘‘๐‘–๐‘š๐‘–๐‘›๐‘ก๐‘Ž ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ฆ๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘Ž๐‘๐‘Ž๐‘˜๐‘Žโ„Ž ๐‘๐‘Ÿ๐‘œ๐‘ ๐‘’๐‘‘๐‘ข๐‘Ÿ ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘‘๐‘Ž๐‘“๐‘ก๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘ƒ๐‘ข๐‘ ๐‘Ž๐‘ก ๐พโ„Ž๐‘–๐‘‘๐‘š๐‘Ž๐‘ก ๐ผ๐‘๐‘ข ๐‘†๐‘’๐‘™๐‘’๐‘๐‘Ž๐‘  ๐ต๐‘’๐‘Ÿ๐‘ ๐‘Ž๐‘™๐‘–๐‘› (๐ถ๐‘œ๐‘›๐‘“๐‘–๐‘›๐‘’๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ก ๐ถ๐‘’๐‘›๐‘ก๐‘Ÿ๐‘’).
  • ๐Š๐„๐๐˜๐€๐“๐€๐€๐ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€ ๐˜๐ ๐๐„๐๐†๐„๐‘๐”๐’๐ˆ ๐๐€๐‚ ๐๐€๐†๐ˆ ๐๐„๐Œ๐๐„๐๐“๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐๐˜๐€๐“๐€ ๐๐€๐‚ ๐๐„๐‘๐‡๐”๐๐”๐๐† ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐Š๐€๐–๐€๐‹๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐†๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐”๐๐’๐ˆ๐ƒ๐ˆ ๐Œ๐ˆ๐๐˜๐€๐Š ๐Œ๐€๐’๐€๐Š ๐ƒ๐ˆ ๐๐€๐–๐€๐‡ ๐Š๐„๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐†๐€๐๐†๐€๐ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐Ž๐’ ๐’๐€๐‘๐€ ๐‡๐ˆ๐ƒ๐”๐ ๐๐€๐ƒ๐€ ๐Ÿ๐Ÿ” ๐‰๐”๐‹๐€๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • ้ƒญ็ด ๆฒ๏ผšๆ’ค้”€ๅ‰่พพ็‘™ๆŸๅ…ฐๅฒญๅ›ฝๅฐๆ—งๅ€็งŸ็บฆ ๅๆ˜ ่”้‚ฆๅœŸๅœฐๆฒป็†้กปๆ”น้ฉ
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ ๐”๐’๐€๐‡๐€๐–๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐Ž๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐‘‘๐‘–๐‘š๐‘–๐‘›๐‘ก๐‘Ž ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ฆ๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘—๐‘ข๐‘š๐‘™๐‘Žโ„Ž ๐‘Ž๐‘‘๐‘ข๐‘Ž๐‘› ๐‘‘๐‘–๐‘ก๐‘’๐‘Ÿ๐‘–๐‘š๐‘Ž ๐‘œ๐‘™๐‘’โ„Ž ๐พ๐‘’๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ก๐‘’๐‘Ÿ๐‘–๐‘Ž๐‘› ๐‘๐‘’๐‘Ÿโ„Ž๐‘ข๐‘๐‘ข๐‘›๐‘” ๐‘‘๐‘Ž๐‘˜๐‘ค๐‘Ž๐‘Ž๐‘› ๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘ ๐‘ข๐‘Žโ„Ž ๐‘š๐‘’๐‘™๐‘–๐‘๐‘Ž๐‘ก๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘˜๐‘œ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘ ๐‘– ๐‘‘๐‘Ž๐‘™๐‘Ž๐‘š 5 ๐‘ก๐‘Žโ„Ž๐‘ข๐‘› ๐‘ฆ๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘™๐‘’๐‘๐‘Ž๐‘ .
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme