Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Kenyataan Akhar Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh pada 22 September 2025

Posted on Monday, 22-09-2025 by Editorial Team

PDRM dinasihatkan memasukkan “gender sensitization” dan prinsip undang-undang yang beri perlindungan kepada wanita dan kanak-kanak dalam kursus latihan polis
================================================================

Dalam laporan Malaysiakini bertarikh 21 September 2025, Ketua Polis Kelantan, Mohd Yusoff Mamat bercadang gadis yang terlibat dalam kes rogol statutori haruslah didakwa bersama lelaki dewasa yang menjadi pelaku.

Kenyataan tersebut menunjukkan beliau tiada rasa simpati terhadap mangsa gadis bawah umur, sehingga mencadangkan pendakwaan ke atas mereka. Cadangan Ketua Polis Kelantan ini jelas menunjukkan beliau tiada sensitiviti jantina (gender sensitivity) dan kurang faham tentang undang-undang yang beri perlindungan kepada kanak-kanak.

Ketua Polis Kelantan haruslah faham Seksyen 375(g) dalam Kanun Keseksaan digubal untuk melindungi gadis bawah umur daripada eksploitasi seksual, kerana mereka belum cukup matang untuk membuat keputusan sendiri mengenai persetujuan hubungan seks. Menyalahkan mangsa dan mengheret gadis bawah umur ke mahkamah hanya menambahkan trauma yang dialami oleh mereka serta melanggari semangat undang-undang tersebut.

Sekiranya kita ingin membendung masalah hubungan seksual pramatang, tumpuan sewajarnya diberikan kepada langkah pencegahan, termasuk memperkukuh pendidikan seksual di sekolah, meningkatkan kesedaran remaja tentang hak serta perlindungan diri, dan menambah baik penguatkuasaan terhadap jenayah grooming dan eksploitasi seksual kanak-kanak, khususnya di ruang siber.

Tugas polis adalah untuk melindungi rakyat dan mengambil tindakan terhadap mereka yang menyalahi undang-undang, dan melaksanakan penguatkuasaan undang-undang yang diluluskan di Parlimen.

Saya menggesa PDRM memasukkan “gender sensitization” dan prinsip undang-undang yang memberi perlindungan kepada wanita dan kanak-kanak dalam kursus latihan polis, sebagai langkah membina anggota PDRM yang peka terhadap sensitiviti jantina.

Teresa Kok
Ahli Parlimen Seputeh

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Ucapan YB Teresa Kok Dalam Konvensyen Pakatan Harapan | 17 Mei 2026
  • 郭素沁指浮罗交怡旅游业表现落后于普吉岛与峇厘岛,促吉打州政府停止“自我陶醉式数据解读”
  • JAUH KETINGGALAN DI BELAKANG PHUKET DAN BALI: KERAJAAN PAS KEDAH JANGAN SYOK SENDIRI DENGAN STATISTIK ‘SUAM-SUAM KUKU’
  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme