Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Ucapan Perbahasan Rang Undang-Undang Pekerja Gig 2025 oleh Teresa Kok (Seputeh) di Dewan Rakyat

Posted on Thursday, 28-08-2025Thursday, 28-08-2025 by Editorial Team

Terima kasih kepada Tuan Yang Dipertua di atas peluang yang diberikan kepada Seputeh bagi membahaskan Rang Undang-Undang Pekerja Gig 2025 yang bersejarah ini.

Pekerjaan Gig melibatkan pekerja bebas atau individu yang diupah untuk menyelesaikan tugas tertentu dalam tempoh yang ditetapkan.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan bahawa pada tahun 2023, gabungan sektor ICT dan e-dagang menyumbang 23.5% kepada KDNK negara, dengan nilai RM427.7 bilion. Jadi, adalah penting bagi pekerja di dalam sektor ICT, e-dagang dan pekerja kontrak di sektor-sektor lain diberi perlindungan.

Saya selaku mantan ahli Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kewangan dan Ekonomi Parlimen, telahpun terlibat di dalam dua perbincangan iaitu pada 18 Ogos 2025 dan 21 Ogos 2025 mengenai Rang Undang-Undang Pekerja Gig ini. Pembentangan dan perbincangan dengan pelbagai pihak berkaitan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kewangan dan Ekonomi telah berlangsung selama lebih 4 jam. JKPK memang mengambil serius terhadap beberapa persoalan yang dibangkitkan pra dan pasca pelaksanaan Rang Undang-Undang ini dan kesannya terhadap ekonomi digital.

Adalah jelas Rang Undang-Undang Pekerja Gig 2025 ini menepati ruh dan semangatnya memberikan perlindungan asas kepada pekerja gig, dan tidak memberi apa-apa kos langsung tambahan (direct cost) kepada syarikat platfrom selepas pelaksanaannya.

Ini juga selari dengan pandangan beberapa orang pakar ekonomi yang berpendapat bahawa pelaksanaan Rang Undang-undang Pekerja Gig 2025 ini tidak akan memberi kesan kepada kenaikan caj perkhidmatan, seperti apa yang dinyatakan oleh Pengerusi Institut Penyelidikan Khazanah (KRI), Dr Nungsari Ahmad Radhi, kerana caruman yang dibuat kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan ditanggung sepenuhnya oleh pekerja gig berkenaan, sama seperti sebelum pelaksanaan Rang Undang-Undang ini dan ia tidak berkait dengan harga barangan atau caj penghantaran yang dikendalikan.

Begitu juga dengan Penganalisis Ekonomi Putra Business School, Prof Dr Ahmed Razman Abdul Latiff yang berpandangan bahawa caj perkhidmatan tidak harus dinaikkan selepas RUU ini diluluskan.

Menurut beliau, apa sahaja kos tambahan kepada majikan hanya akan berlaku jika pertikaian isu antara pekerja dan majikan. Sekiranya semuanya berjalan seperti sedia kala, seraya tidak akan peningkatan pada caj perkhidmatan.

Kedua-dua pakar ekonomi ini juga berpandangan bahawa RUU ini adalah langkah penting bagi kerajaan melindungi hak pekerja gig dengan memastikan bahawa tidak ada pihak yang akan ambil kesempatan, selain ianya sangat diperlukan memandangkan konsep pekerjaan itu sendiri sudah lama berubah.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/08/1438810/ruu-pekerja-gig-2025-tidak-akan-beri-kesan-kepada-kenaikan-caj

Seorang lagi pakar ekonomi, Dr Geoffrey Williams juga memberikan pandangan beliau bagaimana Rang Undang-Undang Pekerja Gig 2025 ini dilihat sebagai satu langkah progresif dan berhemah dalam menangani isu-isu kritikal yang membelenggu sektor ekonomi gig tanpa merencatkan perkembangannya.

Menurut pandangan Dr Geoffrey Williams juga, Rang undang-undang ini tidak mencampuri mekanisme pasaran secara melampau, malah mengukuhkannya dengan menyediakan kerangka perundangan yang membolehkan kontrak yang adil dan boleh dikuatkuasakan antara pekerja dan penyedia platform.

Selain itu juga, klausa penyelesaian pertikaian secara berperingkat yang diperkenalkan di dalam RUU ini juga mendapat sokongan daripada pakar ekonomi ini. Menurut beliau, melalui pendekatan ini, undang-undang akan berkembang secara organik berdasarkan kes sebenar, tanpa perlu meramal semua kemungkinan dari awal, sekali gus mengelakkan beban regulasi yang tidak produktif.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2025/08/27/saving-the-gig-economy

Pandangan-pandangan daripada kesemua pakar ekonomi ini jelas menunjukkan Rang Undang-Undang Pekerja Gig ini tidak akan memberi kesan kepada kenaikan apa-apa caj perkhidmatan, lantas tidak membebankan syarikat dan platform-paltform gig.

Namun begitu, suka saya membawa perhatian ahli-ahli Dewan yang Mulia ini kepada insan-insan lain yang turut disenaraikan di dalam Jadual, (Seksyen 2) seperti pelakon dan petugas pengeluaran filem.

Hampir seratus tahun lamanya, pekerja-pekerja gig di dalam industri perfileman dipinggirkan, baik mereka yang berada di hadapan kamera, mahupun mereka yang berada di belakang tabir.

Saya ingin ambil contoh satu kemalangan yang berlaku pada 16 Mac 2023. Sekumpulan pekerja filem mengalami kemalangan di Kilometer 269 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala ke arah utara ketika dalam perjalanan menaiki van dari Rawang menuju ke Perlis bagi membuat tinjauan lokasi penggambaran untuk filem Aku Awang Belanga.

Enam orang daripada mereka terlibat di dalam kemalangan tersebut, namun hanya seorang pekerja iaitu Encik Wan Saiful mempunyai caruman PERKESO di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS). Beliau dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak untuk rawatan dan dimasukkan ke wad selama 12 hari.

Disebabkan caruman tersebut, beliau seorang sahaja yang layak menerima Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS) beserta peralatan sokongan pemulihan. Ketika itu, beliau layak menerima Faedah Hilang Upaya Sementara di bawah SKSPS berjumlah RM4,960.01 berdasarkan cuti sakit selama 120 hari yang diberikan oleh doktor yang merawatnya.

Oleh kerana kecederaan yang dialami oleh beliau amat serius, PERKESO mengisytiharkan beliau sebagai Hilang Upaya Kekal berjumlah hampir RM300,000 sepanjang hayat, dengan beliau mendapat bayaran bulanan sebanyak RM800 sebulan.

Sehingga kini, Encik Wan Saiful masih lagi menjalani rawatan pemulihan di Pusat Rehab PERKESO di Melaka dan biarpun pada awalnya beliau diisytiharkan hilang upaya kekal, dengan fisioterapi manual dan robotik (dengan izin: cyberdyne); kini beliau sudah mampu mula berjalan semula.

https://majoriti.com.my/berita/2023/07/18/perkeso-turun-padang-bela-nasib-pengarah-filem-terlantar-akibat-kemalangan

Keperluan mendesak bagi perlindungan buat pekerja gig ini perlu diberikan segera, saya menyokong sepenuhnya agar Rang Undang-Undang Pekerja Gig 2025 ini diluluskan di dewan yang mulia ini, sebagai perlindungan asas buat 1.2 juta pekerja yang berhempas pulas di dalam sektor ini.

Sekian, terima kasih

Teresa Kok

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁促请隆市政局在武吉加里尔、大城堡及旧巴生路展开全面基础设施研究
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme