Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Soalan Parlimen: Minta menyatakan Peranan Kerajaan dalam Menyediakan Insentif dan Perumahan Transit untuk Pembangunan Semula Bandar di Kuala Lumpur

Posted on Monday, 18-08-2025 by Editorial Team

PUAN TERESA KOK SUH SIM [SEPUTEH] minta PERDANA MENTERI menyatakan:
a. adakah Kerajaan akan memberi insentif khas kepada pemilik rumah dan pemaju yang terlibat dalam projek Pembangunan Semula Bandar
b. apakah Kerajaan akan menyediakan perumahan transit sosial bagi penduduk yang terlibat dalam projek pembangunan semula bandar di Kuala Lumpur.

JAWAPAN
YB DATUK SERI DR. ZALIHA BINTI MUSTAFA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (WILAYAH PERSEKUTUAN)

Tuan Yang di-Pertua,
1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, merujuk kepada garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Kuala Lumpur yang diterbitkan pada tahun 2021 oleh Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) yang kini dikenali sebagai Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), terdapat penerangan berkenaan insentif yang boleh dipertimbangkan bagi cadangan pembangunan semula.

2. Bagi menggalakkan penglibatan pelbagai pihak untuk berkerjasama menjayakan pembangunan semula, pelbagai insentif perancangan dan pembangunan bagi Pelaksanaan Pembaharuan Semula Kuala Lumpur telah dirangka di dalam garis panduan tersebut seperti berikut:

i. Bagi pembangunan semula perumahan awam, insentif yang boleh dipertimbangkan adalah peningkatan densiti sehingga 1,400 ose dan pengecualian caj pembangunan bagi rumah ganti atau rumah mampu milik atau Perumahan Madani secara proportionate;

ii. Bagi pembangunan semula perumahan swasta, insentif yang boleh dipertimbangkan adalah peningkatan densiti sehingga 1,200 ose dan juga pengecualian caj pembangunan bagi rumah ganti atau rumah mampu milik atau Perumahan Madani secara proportionate; dan

iii. Bagi pembangunan bercampur adalah berdasarkan Pecahan Peratusan Kelayakan berdasarkan perincian di Kategori 1, 2 dan 3 seperti berikut:
a) Kategori 1, pemberian insentif tambahan boleh dipertimbangkan sehingga 50% dari intensiti asas bagi tapak yang melibatkan Pembangunan Kediaman /Perdagangan / Perindustrian Bertingkat dengan Pemilikan Tunggal melebihi 11 tingkat dan ke atas serta melibatkan kos pemindahan penduduk/pemilik asal.

b) Kategori 2, pemberian insentif tambahan sehingga 30% boleh dipertimbangkan dari intensiti asas iaitu bagi kriteria tapak-tapak pemilikan tunggal bangunan 4 hingga 10 tingkat. Insentif tambahan sehingga 30% ini juga layak bagi kawasan bekas tapak pelupusan sisa pepejal/loji rawatan kumbahan, tapak-tapak institusi, pejabat kerajaan atau pemindahan kawasan setinggan secara one-off.

c) Bagi Kategori 3, pemberian insentif tambahan sehingga 15% boleh dipertimbangkan dari intensiti asas iaitu bagi kriteria tapak-tapak pembangunan semula yang terdapat bangunan tidak melebihi 3 tingkat dengan tapak melebihi 20,000 kp serta tapak-tapak pembangunan semula yang melibatkan pengalihan utility (jalan, perpaipan atau gas).

3. Selain itu, insentif pembangunan semula bagi pembangunan bercampur ini juga boleh dipertimbangkan lain-lain insentif seperti berikut:
i. Tambahan 30% intensiti daripada intensiti asas bagi tapak 400 meter dalam zon pembangunan berorientasikan transit (transit-oriented development – TOD), dan

ii. Tambahan 30% intensiti daripada intensiti asas bagi cadangan 50% komponen perumahan (dalam zon perdagangan / pembangunan bercampur).

4. Bagi pelaksanaan cadangan pembangunan semula adalah menjadi tanggungjawab kepada pemaju untuk menyediakan rumah ganti kepada pemilik asal melalui dua (2) pendekatan utama. Pertama, rumah ganti boleh dibina oleh pemaju di atas tapak yang telah dicadangkan dan dipersetujui bersama, sama ada secara in-situ atau di lokasi berhampiran.

5. Kedua, pemaju boleh menawarkan subsidi sewaan kepada pemilik asal bagi tujuan penempatan sementara sehingga rumah ganti disiapkan. Penyediaan subsidi sewaan ini hendaklah dilaksanakan secara telus dan berlandaskan nilai pasaran semasa, bagi menjamin kebajikan dan keselesaan pemilik sepanjang tempoh pemindahan. Kedua-dua pendekatan ini dilaksanakan berdasarkan prinsip persetujuan bersama dan dipantau oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi memastikan kepatuhan terhadap syarat pembangunan dan perlindungan hak pemilik asal.

Sekian, terima kasih.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (้ƒญ็ด ๆฒ) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • ๐‰๐Š๐๐“๐† ๐ฆ๐ž๐ฅ๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ค๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ฐ๐š๐š๐ง ๐ญ๐š๐ฉ๐š๐ค ๐ฌ๐ž๐ค๐จ๐ฅ๐š๐ก ๐ญ๐ž๐ซ๐›๐ž๐ง๐ ๐ค๐š๐ฅ๐š๐ข, ๐’๐Š ๐ƒ๐š๐ง๐š๐ฎ ๐๐ž๐ซ๐๐š๐ง๐š ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐ฌ๐ฒ๐š๐ซ๐ข๐ค๐š๐ญ ๐ฉ๐ž๐ง๐ฃ๐ฎ๐š๐ฅ ๐ค๐ž๐ซ๐ž๐ญ๐š ๐ญ๐š๐ง๐ฉ๐š ๐๐š๐ฉ๐š๐ญ ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐ญ๐ฎ๐ฃ๐ฎ๐š๐ง ๐Š๐๐Œ
  • ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ ๐–๐€๐๐ˆ๐“๐€, ๐Š๐„๐‹๐”๐€๐‘๐†๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐€๐’๐˜๐€๐‘๐€๐Š๐€๐“ ๐‘‘๐‘–๐‘š๐‘–๐‘›๐‘ก๐‘Ž ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ฆ๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘Ž๐‘๐‘Ž๐‘˜๐‘Žโ„Ž ๐‘๐‘Ÿ๐‘œ๐‘ ๐‘’๐‘‘๐‘ข๐‘Ÿ ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘‘๐‘Ž๐‘“๐‘ก๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘ƒ๐‘ข๐‘ ๐‘Ž๐‘ก ๐พโ„Ž๐‘–๐‘‘๐‘š๐‘Ž๐‘ก ๐ผ๐‘๐‘ข ๐‘†๐‘’๐‘™๐‘’๐‘๐‘Ž๐‘  ๐ต๐‘’๐‘Ÿ๐‘ ๐‘Ž๐‘™๐‘–๐‘› (๐ถ๐‘œ๐‘›๐‘“๐‘–๐‘›๐‘’๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ก ๐ถ๐‘’๐‘›๐‘ก๐‘Ÿ๐‘’).
  • ๐Š๐„๐๐˜๐€๐“๐€๐€๐ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€ ๐˜๐ ๐๐„๐๐†๐„๐‘๐”๐’๐ˆ ๐๐€๐‚ ๐๐€๐†๐ˆ ๐๐„๐Œ๐๐„๐๐“๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐๐˜๐€๐“๐€ ๐๐€๐‚ ๐๐„๐‘๐‡๐”๐๐”๐๐† ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐Š๐€๐–๐€๐‹๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐†๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐”๐๐’๐ˆ๐ƒ๐ˆ ๐Œ๐ˆ๐๐˜๐€๐Š ๐Œ๐€๐’๐€๐Š ๐ƒ๐ˆ ๐๐€๐–๐€๐‡ ๐Š๐„๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐†๐€๐๐†๐€๐ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐Ž๐’ ๐’๐€๐‘๐€ ๐‡๐ˆ๐ƒ๐”๐ ๐๐€๐ƒ๐€ ๐Ÿ๐Ÿ” ๐‰๐”๐‹๐€๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • ้ƒญ็ด ๆฒ๏ผšๆ’ค้”€ๅ‰่พพ็‘™ๆŸๅ…ฐๅฒญๅ›ฝๅฐๆ—งๅ€็งŸ็บฆ ๅๆ˜ ่”้‚ฆๅœŸๅœฐๆฒป็†้กปๆ”น้ฉ
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ ๐”๐’๐€๐‡๐€๐–๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐Ž๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐‘‘๐‘–๐‘š๐‘–๐‘›๐‘ก๐‘Ž ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ฆ๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘—๐‘ข๐‘š๐‘™๐‘Žโ„Ž ๐‘Ž๐‘‘๐‘ข๐‘Ž๐‘› ๐‘‘๐‘–๐‘ก๐‘’๐‘Ÿ๐‘–๐‘š๐‘Ž ๐‘œ๐‘™๐‘’โ„Ž ๐พ๐‘’๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ก๐‘’๐‘Ÿ๐‘–๐‘Ž๐‘› ๐‘๐‘’๐‘Ÿโ„Ž๐‘ข๐‘๐‘ข๐‘›๐‘” ๐‘‘๐‘Ž๐‘˜๐‘ค๐‘Ž๐‘Ž๐‘› ๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘ ๐‘ข๐‘Žโ„Ž ๐‘š๐‘’๐‘™๐‘–๐‘๐‘Ž๐‘ก๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘˜๐‘œ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘ ๐‘– ๐‘‘๐‘Ž๐‘™๐‘Ž๐‘š 5 ๐‘ก๐‘Žโ„Ž๐‘ข๐‘› ๐‘ฆ๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘™๐‘’๐‘๐‘Ž๐‘ .
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme