Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Ucapan Kamar Khas: LPQB tidak mengiktiraf kursus undang-undang Gabungan UKT & UOL yang ditawarkan oleh Kolej BAC dan Melarang graduan Menduduki Peperiksaan PSAG

Posted on Monday, 11-08-2025 by Editorial Team

Ucapan Kamar Khas Teresa Kok (Seputeh) Berkenaan LPQB tidak mengiktiraf kursus undang-undang Gabungan UKT & UOL yang ditawarkan oleh Kolej BAC dan Melarang graduan Menduduki Peperiksaan PSAG

Kepada : Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)

Datuk yang diPertua, hampir 100 pelajar Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang mengambil program gabungan satu tahun UK Transfer Degree (UKT) dan dua tahun Universiti of London External Degree (UOL) yang ditawarkan oleh Brickfields Asia College (BAC) tidak dapat menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (PSAG) kerana kursus tersebut tidak diiktiraf oleh Lembaga Kelayakan Profession Undang-Undang (LPQB).

UKT (1+2 atau 2+1) membolehkan pelajar menjalani satu atau dua tahun pengajian di Malaysia, sebelum menyambung pengajian tahun akhir mereka di salah satu universiti di UK yang diiktiraf oleh LPQB.

UOL (External 3+0) adalah program pengajian selama tiga tahun di pusat pengajian tempatan seperti Kolej BAC di Petaling Jaya tetapi ijazah dianugerahkan oleh University of London di UK.

Kredit yang diperolehi oleh pelajar pada tahun pertama UKT boleh dipindahkan ke program UOL untuk tujuan meneruskan pelajaran pada tahun kedua dan ketiga.

Kedua-dua program UKT dan UOL mendapat akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Kolej BAC menawarkan kursus undang-undang ini kepada pelajar-pelajar sejak tahun 2020. Apabila pelajar yang tamat pengajian UKT dan UOL ditolak untuk menduduki PSAG, baru para pelajar yang tamat pengajian di Kolej BAC sedar kursus mereka tidak diiktiraf oleh LPQB, mereka sangat kecewa kerana idaman mereka untuk menjadi peguam telahpun hancur.

Saya difahamkan Kolej BAC telah menfailkan semakan kehakiman (“judicial review”) terhadap keputusan LPQB pada 13 Februari 2024 dan masih menunggu Keputusan daripada Mahkamah Tinggi.

Saya minta KPT untuk menjalankan siasatan terhadap Kolej BAC yang menawarkan kursus ini kepada pelajar. Kenapakah program Kolej BAC boleh mendapat MQA daripada Kerajaan tetapi tidak diiktiraf oleh LPQB?

Pihak MQA tidak harus memberi pengiktirafan kepada apa-apa kursus professional yang ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi swasta selagi programnya tidak diiktiraf oleh badan professional seperti LPQB, demi menjamin kepentingan para pelajar.

Saya juga minta Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) untuk bercampurtangan dalam kes ini dan membantu para pelajar yang tamat pengajian kursus undang-undang tersebut di Kolej BAC, supaya mereka dibenarkan untuk menyertai peperiksaan PSAG.

Datuk yang diPertua, kini, Kolej BAC masih menawarkan kedua-dua program undang-undang UKT dan UOL kepada pelajar-pelajar baru. Saya mencadangkan pihak KPT dan BHEUU bercampurtangan untuk memastikan Kolej tersebut tidak dibenarkan untuk menawarkan program undang-undang yang tidak diiktiraf oleh LPQB.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme