Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Ucapan Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh dalam Perbahasan RUU pindaan Akta Pendidikan Pada 30 Julai 2025

Posted on Wednesday, 30-07-2025 by Editorial Team

Pindaan terhadap Akta Pendidikan 1996 yang dibahaskan pada hari ini adalah untuk memperluas tempoh pendidikan wajib daripada 6 tahun (tahap pendidikan rendah) ke 11 tahun (tahap sekolah menengah). Sekiranya ibubapa tidak berbuat demikian, ibubapa akan didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Saya percaya tujuan Kementerian Pendidikan meminda Akta Pendidikan adalah untuk mengurangkan kadar keciciran murid-murid di sekolah dan memastikan setiap orang budak diberi peluang untuk mendapat pendidikan sekolah rendah dan menengah.

Kini, kadar enrolmen pelajar di peringkat menengah masih berada di bawah standard antarabangsa yang ditetapkan oleh UNESCO, iaitu 95%.

Walaupun tujuan Kementerian Pendidikan adalah murni, tetapi KPM haruslah meneliti dan menangani punca utama yang menyebabkan keciciran pelajar daripada persekolahan.

Dalam masa 5 minit ucapan ini, saya ingin membangkitkan 5 isu untuk perhatian KPM.

1. IBUBAPA YANG BERPENDAPATAN RENDAH
================================
Kebanyakan budak yang tercicir daripada persekolahan adalah berasal daripada keluarga yang miskin dan mempunyai masalah keluarga.

Kebanyakan ibubapa mereka menghadapi tekanan ekonomi, mereka terpaksa kerja dari pagi hingga malam untuk menampung keperluan harian keluarga mereka. Mereka memang tiada masa untuk memberi perhatian terhadap pelajaran anak-anak mereka.

Walaupun pendidikan asas adalah percuma dari segi yuran, kos tidak langsung seperti makanan, pengangkutan, alat tulis, dan baju sekolah masih menjadi beban kepada ibubapa yang miskin yang mungkin mempunyak anak-anak tersebut.

Terdapat pelajar terpaksa berhenti sekolah untuk bekerja menampung kehidupan harian keluarga.

Jadi adalah memang amat tidak adil bagi ibubapa yang papa-miskin ini dikenakan denda RM5 ribu dan malah dipenjarakan beberapa bulan hanya kerana gagal hantar anak-anak mereka ke sekolah. Hukuman seperti ini akan lebih menyusahkan mereka dan keluarga mereka.

2) PELAJAR TIDAK BERMINAT BELAJAR
==========================
Bukan semua pelajar berminat ataupun mempunyai pakat dalam bidang akademik. Budak-budak ini memang tidak dapat belajar apa-apa di sekolah dan mereka sebenarnya membazir masa di sekolah.

Walaupun KPM dan Kerajaan selalu mempromosi TVET dan menggalakkan orang muda masuk instusi Latihan TVET, tetapi kebanyakan ibubapa mungkin tidak tahu di manakah sekolah menengah TVET yang berdekatan dengan Kawasan kediaman mereka.

Misalnya, di Kawasan Parlimen Seputeh saya, terdapat 26 buah sekolah. Di antaranya, 8 adalah sekolah menengah, dan sebuah institut latihan TVET yang hanya terima pelajar yang telah menamatkan sekolah menengah dan mempunyai sijil SPM.

Jadi, sebelum sekolah TVET ini diperbanyakkan di setiap pelusuk negara, dan sebelum Latihan TVET diintegrasikan secara penuh di sekolah menengah, RUU ini tidak harus dikuatkuasakan, kerana ia tidak dapat mengatasi masalah keciciran pelajar, tetapi akan mendatangkan lebih masalah.

3. Pindaan RUU Akta Pendidikan Membebankan Menteri dan Pegawai KPM
===================================================

Datuk yang diPertua, dalam fasal 4 dalam RUU ini, iaitu seksyen baharu 32A (3) yang berbunyi: “Menteri boleh, jika difikirkannya wajar dan demi kepentingan murid atau awam untuk berbuat demikian, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan mana-mana murid atau mana-mana golongan murid daripada kehendak supaya mengikuti Pendidikan wajib, samada secara mutlak atau tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut dikenakan, dan boleh pada bila-bila masa menurut budi bicaranya membatalkan pengecualian itu atau membatalkan atau mengubah atau menambah syarat itu.”

Saya berpendapat seksyen baharu 32A(3) ini akan membawa masalah dan beban yang amat besar kepada pegawai KPM dan juga Menteri sendiri. Ini bermaksud Menteri mungkin terpaksa membuat keputusan terhadap berpuluh-puluh ribu kes yang memohon pengecualian untuk masuk ke sekolah menengah.

Soalan yang lain ialah, sekiranya terdapat ibubapa yang memang degil dan tidak hantar anak-anak mereka ke sekolah rendah dan sekolah menengah, siapa akan melaporkan mereka? Apakah KPM akan mewujudkan satu bahagian yang khas untuk melapor dan mendakwa ibu-bapa tersebut ke mahkamah? Bukankah ini akan menambah beban kepada pegawai KPM di peringkat daerah?

Selain itu, semakin ramai ibubapa di kawasan bandar hantar anak-anak mereka ke sekolah swasta, seperti “Home Schooling” yang mengikuti kurikulum luar negara. Apa yang terjadi kepada para ibubapa ini? Apakah KPM akan mendakwa golongan ibubapa ini yang tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah Kerajaan ke mahkamah juga?

4. KPM harus membenarkan pelajar yang kurang pintar untuk mengulangi pembelajaran di darjah yang sama
=========================================================================
Saya juga ingin mencadangkan KPM untuk membenarkan pelajar yang merupakan “slow-learners” untuk mengulangi pembelajaran mereka semula dan tidak naik ke darjah baru secara automatik, supaya mereka dapat menguasai pengetahuan asas, seperti tahu baca alfabet dan mengenali matematik asas melalui pengulangan pembelajaran di darjah yang sama. Pengulangan pembelajaran akan membantu sesetengah pelajar yang merupakan “slow learners” ataupun pelajar yang mungkin sakit dan tidak hadir kelas selama beberapa bulan kerana sakit untuk menguasai pengetahuan mereka.

Sebenarnya, KPM seharusnya membenarkan ramai murid-murid sekolah untuk mengulangi pembelajaran dalam darjah yang sama selepas sekolah dibuka semula selepas Pandemik Covid, kerana ramai murid-murid sekolah yang tidak pergi ke sekolah pada waktu pandemic Covid memang tidak dapat mengikuti pengajaran apabila mereka naik ke darjah yang baru.

Akhirnya, saya menyeru KPM memastikan punca-punca keciciran pelajar ditangani melalui pembaharuan kurikulum, penambahbaikan institusi sekolah dan lain, dan bukan melalui penekanan pada hukuman melalui pindaan undang-undang sahaja.

Sekian, terima kasih.

Teresa Kok
Ahli Parlimen Seputeh

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme