Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Ucapan Perbahasan Laporan SUHAKAM 2023 di Parlimen (24 Julai 2025)

Posted on Thursday, 24-07-2025 by Editorial Team

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada SUHAKAM yang telah menjalankan siasatan dan membentangkan laporan yang menyeluruh terhadap isu tempat tahanan di bawah PDRM, Jabatan Penjara, Jabatan Imigresen, rumah pemulihan akhlak insani Bukit Beruntung dan lain, yang terkandung dalam Bab 3 dalam Laporan SUHAKAM 2023.

Saya ingin membangkitkan 4 isu utama yang terkandung dalam Laporan SUHAKAM 2023:

1. Fasiliti dan Bangunan Pusat Tahanan yang Uzur dan Daif

Fasiliti dan bangunan pusat tahanan dan penjara yang uzur bukan sahaja menjejaskan kebajikan dan Kesihatan banduan, malah ia menambah beban kerja anggota penguatkuasa. Ia juga telah menjadi punca kepada penularan penyakit berjangkit di kalangan OKT, banduan dan penjawat awam yang bertugas.

Saya amat terkilan apabila membaca bahawa sehingga hari ini masih terdapat enam penjara yang menggunakan sistem ‘bucket’. Institusi penjara kita yang masih bergantung kepada sistem sanitasi yang ketinggalan zaman memang akan menjejaskan kesihatan banduan dan penjawat awam di penjara.

Mukasurat ke-199 dalam Laporan SUHAKAM 2023 menyatakan Lokap Balai Polis Miri dan Lokap Balai Polis Papar berada dalam keadaan yang terlalu uzur dan tidak selamat diduduki.

Saya berharap Kementerian Dalam Negeri memandang serius terhadap syor SUHAKAM untuk mencari alternatif lain bagi penempatan anggota yang bertugas dan OKT yang ditahan di kedua-dua lokap balai tersebut.

2. Kekurangan Kakitangan di Pusat-pusat Tahanan

SUHAKAM turut melaporkan beban kerja yang melampau di pusat-pusat tahanan agensi-agensi penguatkuasa tersebut. Ini termasuk terdapat penjara yang hanya mempunyai dua atau tiga warden untuk menyelia satu blok yang menempatkan lebih 800 orang banduan. Keadaan ini membawa tekanan kerja dan tekanan jiwa yang amat serius di kalangan pegawai penjara, sehingga wujudnya kegananasan dan kekerasan terhadap banduan.

Saya menyeru kerajaan mengisi masalah kekurangan penjawat awam di IPD atau balai polis untuk memastikan kawalan keselamatan awam dapat dilaksanakan dengan lebih efisien.

3. Kesesakan dalam Pusat-pusat Tahanan

Kesesakan dalam penjara dan pusat tahanan juga menyumbang kepada penularan masalah kesihatan seperti scabies, batuk kering(tuberculosis), dan penyakit berjangkit lain di dalam penjara.

Kesesakan ini berpunca daripada bilangan kes jenayah yang meningkat baik dalam proses siasatan polis mahupun dalam perjalanan kes di mahkamah.

4. Masalah Proses Perundangan Menyumbang Kepada Kesesakan Pusat Tahanan

SUHAKAM mendapati keperluan untuk mewujudkan prosedur baharu bagi banduan atau tahanan yang ditumpangkan di lokap polis untuk proses perbicaraan atau sebagainya. Pihak berkuasa yang menggunakan lokap balai polis sebagai tempat tahanan sementara perlu mengemukakan dokumen atau slip kesihatan seseorang banduan atau tahanan yang menerangkan latar belakang kesihatan banduan yang menumpang di lokap polis, bagi memastikan keselamatan dan kesihatan anggota dan OKT di lokap polis.

Banduan Reman Yang Terlalu Ramai

SUHAKAM mendapati bahawa sebilangan besar penghuni di institusi penjara pada masa ini adalah tahanan reman. Kesesakan di blok tahanan reman telah menyebabkan tahanan terpaksa duduk dalam keadaan yang sempit dan terbatas.

Perbicaraan mahkamah yang panjang juga telah menyumbang kepada kesesakan tahanan reman ini. Aktiviti yang kurang disediakan kepada tahanan reman menyebabkan ramai di antara mereka terpaksa duduk di dalam sel penjara sahaja tanpa sebarang perkembangan kes.

Selain itu, bilangan tahanan reman yang terlampau ramai telah menyebabkan masalah penyeludupan artikel larangan semakin berleluasa, seperti telefon bimbit, dadah dan tembakau semasa pergerakan keluar masuk tahanan reman ke Mahkamah dan penjara.

Malaysia memerlukan strategi baharu untuk menangani masalah dadah dan jenayah. Jelas daripada laporan SUHAKAM bahawa pendekatan yang terlalu berorientasikan hukuman (punitive) bukan sahaja tidak berkesan, malah menyumbang kepada pelanggaran hak asasi manusia yang semakin meruncing.

5. Keadaan Pusat Tahanan di Jabatan Imigresen Malaysia Melanggar Hak Asasi Manusia

i) Alatan Kebersihan diri yang terhad

SUHAKAM mendapati bahawa kebanyakan tahanan di depot imigresen tidak dibekalkan dengan peralatan kebersihan diri seperti sabun mandi, ubat gigi dan berus gigi secara berterusan, dan tahanan hanya boleh membeli barangan tersebut dengan duit yang diberikan oleh keluarga sewaktu perjumpaan.

Saya menyeru KDN boleh menyahut seruan SUHAKAM untuk menyediakan peruntukan yang mencukupi bagi memastikan bekalan peralatan kebersihan sentiasa tersedia demi mengurangkan risiko penularan penyakit berjangkit.

ii) UNHCR tidak diberikan akses ke Depot Imigresen

SUHAKAM mendapati bahawa UNHCR tidak diberikan akses ke depot imigresen untuk menjalankan proses pengesahan untuk menentukan status pelarian seseorang tahanan, antara sebabnya ialah isu pembebasan pelarian berstatus UNCHR yang disabitkan dengan jenayah, kad pelarian palsu dan peranan UNCHR dalam menguruskan pelarian di Malaysia.

Saya menyeru Jabatan Imigresen Malaysia menerima syor SUHAKAM untuk membenarkan akses UNHCR ke depot-depot imigresen bagi menjalankan proses pengesahan dan penentuan status pelarian dan pencari suaka yang sah, untuk memastikan tahanan yang berstatus pelarian dan merupakan pencari suaka tidak ditahan sewenangnya-wenangnya oleh pihak berkuasa.

Kerajaan haruslah mengambil pendekatan yang hoslistik untuk mengekalkan kerjasama berterusan di antara UNHCR dan KDN dan memastikan hak pelarian dan mengurangkan kesesakan di dalam d epot imigresen.

RUMUSAN

Sebagai rumusan, saya menyeru penempatan sementara di rumah pengantara, atau pusat pemulihan perlu diperluaskan dengan bekerjasama dengan NGO yang mempunyai kepakaran dan pengalaman kaunseling dalam penjenayah, dan juga syarikat swasta yang sudi menerima OKT dan banduan.
Saya menyeru kerajaan menerima syor SUHAKAM agar alternatif kepada penahanan reman dikaji dan dikuatkuasa dengan segera bagi mengatasi masalah kesesakan di penjara, dan juga akan membantu PDRM dan mahkamah dalam mengurangkan kes tertunggak dan tekanan terhadap sistem keadilan.

Akhirnya, saya juga ingin tanya pihak Kerajaan, kenapakah Laporan SUHAKAM 2023 baru dibentangkan di Parlimen dalam bulan Julai 2025, sekarang? Sebenarnya, ahli-ahli Parlimen sepatutnya membahas Laporan SUHAKAM 2024 sekarang. Kelewatan pembentangan laporan SUHAKAM mungkin menjadikan perbahasan kita sia-sia sahaja kerana banyak isu yang terkandung dalam laporan ini mungkin telah menjadi “outdated” dan tidak tepat lagi.

Teresa Kok
Ahli Parlimen Seputeh

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme