Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

KAMAR KHAS: Menetapkan spesifikasi Papan Pintar Interaktif untuk sekolah rendah dan sekolah menengah (Sidang Parlimen Oktober – Disember 2024)

Posted on Thursday, 14-11-2024Thursday, 06-03-2025 by Editorial Team

 

Ucapan dalam kamar khas oleh Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh di Sidang Parlimen Oktober – Disember 2024

Minta Kementerian Pendidikan Menetapkan Spesifikasi Papan Pintar Interaktif (Interactive Smart Board) Yang Sesuai digunakan di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah

Memandangkan Kementerian Pendidikan tengah menggalakkan penggunaan papan pintar interaktif atau “interactive smart board” dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah di seluruh negara, banyak sekolah di kawasan Parlimen saya telah meminta Pusat Khidmat saya untuk membeli atau menderma papan pintar untuk mereka.

Saya terima surat daripada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang bertarikh 1 Julai 2024 kepada Pusat Khidmat saya yang mengesyorkan pembelian Smart Board berjenama LG untuk kegunaan sekolah.

Persoalannya adalah, apakah speksifikasi “smart board” yang paling sesuai untuk digunakan di sekolah? Apakah Kementerian Pendidikan menghendaki semua sekolah untuk menggunakan Smart Board yang berjenama LG? Apakah kelebihan Smart Board berjenama LG berbanding dengan jenama yang lain?

Saya juga ingin tanya kenapakah institusi pengajian tinggi yang lain seperti UM, UPM, UNIMAS, UMS, University Nottingham, UTAR, APU, dan juga banyak sekolah lain menggunakan jenama yang lain, khususnya Imago.

Saya difahamkan jenama Imago menggunakan sistem Android yang biasanya digunapakai oleh banyak sistem yang lain, manakala LG menggunakan OS ataupun “proprietary” milikan tersendiri, iaitu WebOS yang susah diadakan integrasi dengan sistem lain yang lebih terbuka, dengan kata lain, LG bersifat keserasian yang rendah ataupun “low compatibility”.

Jadi, kenapakah institusi pengajian tinggi cenderung menggunakan smart board berjenama Imago manakala Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menghendaki smart board berjenama LG digunapakai di sekolah?

Datuk yang diPertua, saya pernah membeli barangan papan pintar dan smart TV berjenama LG yang disenarai di bawah daripada syarikat TMT IT SOLUTIONS di Cyberjaya. Harga satu unit interactive smart board jenis 86TR3DK adalah RM26,900. Harga Smart TV jenis 65UR751C0SC adalah RM3,500, harga IDB stand ialah RM1,500 dan harga Smart TV stand adalah RM800. Saya mendapati harga produk jenama LG daripada syarikat ini adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan jenama lain. Saya diberitahu bahawa saya mesti beli jenama ini dan bukan jenama lain supaya tidak wujud masalah ketersambungan (connectivity) dengan smart board jenama lain bila ia digunakan di dalam sekolah ataupun di antara sekolah di Kuala Lumpur.

Sekiranya Kementerian Pendidikan ingin mengesyorkan Smart Board berjenama LG atas sebab-sebab tertentu, saya bercadang Kementerian Pendidikan berunding terus dengan Syarikat LG untuk mendapatkan harga yang paling rendah supaya kami boleh membeli secara pukal untuk sekolah-sekolah di Kawasan Parlimen kami.

JAWAPAN dari YB Wong Kah Woh (Tim. Menteri Pendidikan)

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Seputeh atas keprihatinan terhadap penyediaan ekosistem pendidikan digital di sekolah. KPM komited untuk memperkasakan ekosistem pendidikan digital ini bagi menyokong penguasaan ilmu dan kemahiran murid.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi menyahut cabaran pembelajaran digital abad ke – 21, KPM telah melaksanakan kaedah baharu pengajaran dan pembelajaran (PdP) pasca pandemik COVID-19 melalui pelaksanaan projek rintis kelas hibrid untuk 110 buah institusi pendidikan terpilih yang melibatkan 550 buah kelas.

Pelaksanaan rintis kelas hibrid ini akan mengupayakan PdP secara digital dan bersemuka dalam satu ekosistem yang sama. PdP secara silang dapat dilaksanakan di antara kelas ataupun antara sekolah yang meliputi dalam juga luar negara. Melalui kaedah ini, guru pakar daripada pelbagai bidang dapat dilibatkan bagi meningkatkan kualiti penyampaian pendidikan dalam kalangan guru dan murid.

Pada tahun 2022, Proof of Concept (POC) dilaksanakan bertujuan untuk menilai dan memastikan bahawa setiap peralatan yang dipertimbangkan memenuhi keperluan kelas hibrid dari segi fungsi, ketahanan dan kesesuaian untuk pelaksanaan di sekolah. POC dijalankan dengan melibatkan enam syarikat utama yang telah menyerahkan POC iaitu TM, Lenovo, Dell, Imago, Huawei, dan Mextec. Setiap syarikat membekalkan kelengkapan dan teknologi masing-masing untuk diuji dalam persekitaran sebenar.

Spesifikasi dipilih berdasarkan hasil ujian POC dari keenam-enam syarikat ini. Antara kelengkapan yang terpilih termasuklah smartboard, dua smart TV, kamera PTZ dan air mic didapati paling sesuai untuk menyokong pengajaran hibrid:

i. Smartboard akan memudahkan interaksi langsung dengan bahan pembelajaran digital;
ii. Smart TV menyediakan skrin tambahan, memastikan paparan yang jelas untuk pelajar di mana-mana sudut kelas;
iii. kamera PTZ membantu menangkap pelbagai sudut kelas, membolehkan murid dalam talian mengikuti pelajaran dengan lebih dekat; dan
iv. Air mic memastikan kejelasan suara guru, supaya pelajar dalam talian dan bersemuka dapat mendengar dengan baik.
v. Perisian yang mesra pengguna dan kaya dengan ciri-ciri interaktif termasuk keserasian peranti dan platform aplikasi seperti DELIMa; dan juga
vi. Ketahanan dan waranti yang menjamin pelaburan jangka panjang.

Melalui Proof of Concept projek rintis kelas hibrid ini, KPM telah membuat ketetapan spesifikasi minimum, ini salah satu persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Seputih apakah spesifikasi so KPM ada membuat ketetapan spesifikasi minimum bagi smartboard yang digunakan sebagai menyokong dan mengupayakan PdP yang inovatif dan efektif. Dalam memilih smartboard ini, KPM mengutamakan spesifikasi yang memenuhi keperluan pedagogi guru dan murid seperti berikut:

i. Saiz skrin yang sesuai dengan saiz bilik darjah (86 inchi)
ii. Resolusi tinggi untuk paparan yang jelas (4K UHD)
iii. Android CPU yang menggunakan Octa Core
iv. Android RAM (8GB)
v. Android Storage 128GB
vi. Android Version11.0
vii. Kepekaan sentuhan yang responsif

Ini merupakan spesifikasi minimum yang ditetapkan oleh KPM dan untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi projek kelas rintis yang saya sebut tadi, 110 buah institusi pendidikan di bawah KPM melibatkan 550 buah kelas. KPM telah melaksanakan perolehan pembekalan peralatan ICT secara tender terbuka pada tahun 2022. Model smartboard yang telah dibekalkan dan diguna pakai di sekolah-sekolah rintis ini adalah IMAGO IMB-86-EDU-PRO+. Spesifikasi ini juga telah dimaklumkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri, maksud saya spesifikasi minimum yang juga dimaklumkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing bagi memastikan bahawa setiap penerimaan smart board ini mampu beroperasi dengan lancar dan mengambil kira pelbagai saiz keluasan kelas dan saiz fizikal sekolah.

Pada masa yang sama, KPM tiada halangan sekiranya terdapat sekolahsekolah yang mengambil inisiatif sendiri dalam membuat perolehan smartboard bagi tujuan PdP digital di dalam kelas melalui peruntukan selain KPM. Maksudnya untuk sekolah-sekolah yang mengambil inisiatif sendiri, untuk melengkapkan kelas hibrid bagi kelas masing-masing maka pihak KPM tiada halangan. Justeru itu, perolehan yang di buat atau pembelian adalah sepenuhnya di bawah tanggungjawab pihak PIBG ataupun Lembaga Pengurus Sekolah ataupun mana-mana badan yang menerima sumbangan dari luar selain daripada KPM dan dalam hal ini KPM juga tidak mengesyorkan mana-mana jenama spesifik atau manamana pembekal dalam perolehan tersebut. Itu bergantung kepada pihak yang bertanggungjawab sama ada PIBG, LPS atau mana-mana badan yang ingin membantu sekolah di bawah KPM.

KPM sentiasa menambah baik dan menaik taraf kemudahan di sekolah seiring dengan perkembangan teknologi semasa dalam memastikan ketersediaan ekosistem pembelajaran digital.

Sekian, terima kasih.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme