Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Hiasan Lapangan Terbang Indonesia yang menekankan keindahan Hutan Rimba

Posted on Sunday, 19-01-2025Monday, 27-01-2025 by Editorial Team

Pada Isnin, 12 Januari 2025, saya mengetuai rombongan Jawatankusa Kira-Kira Wang Negara (Public Accounts Committee, PAC) untuk mengadakan lawatan rasmi ke Indonesia.

Dalam tempoh 5 hari ini, kami mengunjungi Badan Akauntabilitas Keuangan Negara di Parlimen Indonesia (ini adalah badan yang sama seperti PAC Parlimen Malaysia), Badan Kerjasama Antar Parlemen, Southeast Asian Parliamentarians Against Corruption (SEAPAC), Badan Pemeriksa Kenangan Republik Indonesia (badan yang setaraf Jabatan Audit Negara di Malaysia), Komisi Pembanterasan Korupsi (badan yang sama taraf dengan SPRM di Malaysia) dan Walikota dan Ahli Dewan Perwakilan Kota Bandung.

Lawatan lima hari ini adalah pendedahan yang amat baik kami sebagai MP dan anggota PAC Parlimen.

Jakarta sudah menjadi lebih makmur berbanding dengan dulu. Lapangan terbang antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta sangat besar, sama seperti lapangan terbang di Bali.

Bila kami tiba di lapangan terbang dan menunggu bagasi kami, apa yang menarik adalah hiasan dinding adalah hutan asli disertai dengan skrin LED yang memaparkan hutan, binatang liar, dan kehidupan penduduk di luar bandar.

Penonjolan hutan rimba di lapangan terbang ibu negara Indonesia ini mengingatkan saya tentang perbalahan di antara negara penanaman sawit (CPOC) di Asia Tenggara dengan dunia barat.

Kempen anti-sawit di Barat menuduh Malaysia dan Indonesia menghapuskan hutan tropika demi menanam sawit, manakala kedua-dua negara kita mempunyai statistik yang menunjukkan liputan hutan kita adalah jauh lebih besar berbanding dengan kawasan hutan di negara-negara Eropah.

Indonesia menghiaskan lapangan terbang barunya dengan hutan tropika adalah idea yang baik untuk membalas tuduhan liar terhadap negara negara Barat.

#teresakok
#pacmalaysia

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Ucapan YB Teresa Kok Dalam Konvensyen Pakatan Harapan | 17 Mei 2026
  • 郭素沁指浮罗交怡旅游业表现落后于普吉岛与峇厘岛,促吉打州政府停止“自我陶醉式数据解读”
  • JAUH KETINGGALAN DI BELAKANG PHUKET DAN BALI: KERAJAAN PAS KEDAH JANGAN SYOK SENDIRI DENGAN STATISTIK ‘SUAM-SUAM KUKU’
  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme