Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Kerajaan Negeri Terengganu Diminta Menghormati Budaya dan Sistem Nilai Masyarakat Bukan Islam dan Tarik Balik Larangan Terhadap Wanita Untuk Menyanyi di Pentas Organisasi Bukan Islam

Posted on Saturday, 03-08-2024Thursday, 08-08-2024 by Editorial Team

Menurut laporan akhbar China Press bertarikh 3 Ogos 2024, Kuil Guan Di, Terengganu menganjurkan “Perayaan Jubli Kuil Guan Di” daripada 29 Julai hingga 2 Ogos terima arahan baru daripada Majlis Perbandaran Kuala Terengganu di bawah peraturan baru (g) yang melarang penyanyi wanita daripada membuat persembahan.

Saya minta Kerajaan Negeri Terengganu membuat kenyataan apakah larangan terhadap penyanyi wanita ini adalah dasar baru di bawah negeri tersebut, dan apakah Kerajaan Negeri Terengganu telah meluaskan skop larangan penganjuran program hiburan ke atas masyarakat bukan Islam, dan malah terhadap kuil Taoist dan Buddhist.

Beberapa tahun kebelakangan ini, Kerajaan PAS Terengganu telah memperkenalkan siri dasar dan undang-undang negeri yang berunsur agama, termasuk memperketatkan dasar pengasingan di antara lelaki dan wanita di stadium baru-baru ini. Tetapi peraturan yang berdasarkan agama Islam ini tidak harus dilaksanakan terhadap masyarakat bukan Islam, khususnya dalam persembahan perayaan kuil Taoist dan Buddhist.

Perlaksanaan peraturan seperti ini sebenarnya telah mewujudkan perpecahan di kalangan masyarakat dan merosakkan keharmonian di dalam negeri.

Pemimpin PAS selama ini telah berkali-kali berkata semua dasar dan undang-undang Islam tidak akan dikenakan terhadap masyarakat bukan Islam. Tetapi larangan persembahan terhadap penyanyi wanita di pentas Kuil Guan Di di Terengganu menunjukkan kenyataan para pemimpin PAS ini adalah tidak benar kerana larangan tersebut telah mencabuli hak dan kebebasan golongan bukan Islam.

Apa-apa dasar dan peraturan kerajaan haruslah inklusif dan mempromosikan perpaduan dan pemahaman di antara kaum.

Saya menyeru kerajaan PAS di Terengganu menarik balik perintah dan dasar tersebut dan menghormati budaya dan sistem nilai masyarakat bukan Islam, dan melunaskan slogan PAS yang berbunyi “PAS Untuk Semua” dalam pentadbirannya.

Teresa Kok

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme