Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Bantahan Kepada DBKL Terhadap Projek Pembangunan Yang Berdensiti Tinggi (Nisbah Plot 1:9) di Tapak Bekas Water Theme Park (Lot 52959) di Taman Desa

Posted on Saturday, 20-07-2024 by Editorial Team


Saya telah hantar surat bantahan saya kepada Jabatan Perancang DBKL berkenaan cadangan pembangunan bercampur yang mempunyai nisbah plot yang tinggi (nisbah plot 1: 9) di tapak bekas water theme park di Taman Desa di Lot 52959, di mana pemaju Mah Sing Group akan membina 1,612 unit serviced a2partment dan 800 unit Residensi Madani.

Isikandungan surat bantahan saya adalah seperti berikut:-

1. Terlampau banyak projek berdensiti tinggi telah diluluskan di Taman Desa

Ramai penduduk di Taman Desa risau kerana terlampau banyak projek berdensiti tinggi diluluskan di Taman Desa sejak tahun 2018 sehingga kini. Antara projek-projek yang telah diluluskan di Taman Desa adalah seperti berikut:
i. Residensi Desa Mas (323 Unit) – Rumah Mampu Milik
ii. Residensi Desa Satu Mas (1346 Unit) – Rumah Mampu Milik
iii. Residensi Desa Sentral Mas (298 Unit) – Rumah Mampu Milik
iv. Skyvogue Residence (333 Unit) – Harga Bebas
v. The Hipster (900 Unit) – Harga Bebas
vi. Kensho Residence (310 Unit) – Harga Bebas
vii. The Address (376 Unit) – Harga Bebas
viii. The Address 2 (202 Unit) – Harga Bebas
ix. The Atas Residence (624 Unit) – Harga Bebas
x. Rumah Majlis (1175 Unit)
Jumlah unit bagi projek baru yang telah diluluskan oleh DBKL di Taman Desa adalah sekurang-kurangnya 5,887 unit. Jika cadangan pembangunan Mah Sing Group ini diluluskan, jumlah unit rumah akan bertambah kepada 8,299 unit.
Peningkatan unit di Taman Desa akan menjadi kawasan ini lebih sesak.

2. Jalan yang sedia ada di Taman Desa tidak mampu menampung peningkatan jumlah kenderaan.

Sekiranya cadangan pembangunan tersebut diluluskan, kenderaan yang keluar masuk Taman Desa akan meningkat beberapa ribu. Dua akses keluar masuk Taman Desa (i. Jalan Desa ke arah Jalan Klang Lama & ii. Jalan Desa Bakti ke arah Lebuhraya Salak/Lebuhraya KL-Seremban) tidak mampu menampung peningkatan jumlah kenderaan.
Persoalannya:
i. Adakah pemaju akan menyediakan akses keluar masuk yang lain?
ii. Apakah pelan penyuraian trafik oleh Pemaju Mah Sing Group untuk mengurangkan kesesakan trafik?

3. Kapasiti sekolah-sekolah sedia ada di Taman Desa sudah penuh dan tidak mampu menampung pertambahan murid.

Buat masa ini, semua sekolah sedia ada di kawasan Taman Desa sudah berada di tahap kapasiti penuh. Kelulusan pembangunan baharu akan menyumbang peningkatan jumlah penduduk termasuk kanak-kanak. Sekolah sedia ada tidak mampu menampung peningkatan jumlah murid yang drastik.
Mengikut Akta Perancangan Bandar, projek perumahan bandar yang membawa peningkatan 10,000 penduduk, kemudahan awam seperti padang, klinik kesihatan dan sekolah perlu disediakan. Adakah DBKL akan menghendaki pemaju untuk membina kemudahan-kemudahan tersebut?

4. Peningkatan nisbah plot daripada 1:7 hingga 1:9

Menurut Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040, nisbah plot di Lot 52959 ialah 1:7. Manakala, cadangan pembangunan ini meletakkan nisbah plot 1:9.
Peningkatan nisbah plot dalam cadangan pembangunan ini jelas bercanggah dengan PTKL 2040.
Pendengaran PTKL 2040 juga masih berlangsung, kerajaan tidak sepatutnya jual tanah tersebut. Sekiranya tanah tersebut di jual, plot ratio 1:7 perlu dikekalkan berdasarkan PTKL 2040.

5. Kehilangan kawasan lapang/rekreasi bagi penduduk di Taman Desa

Lot 52959 terletak berhampiran dengan kolam takungan banjir Danau Desa. Apabila berlaku banjir kilat, air daripada Terowong Smart akan disalurkan ke kolam tersebut.
Projek Mah Sing menjejaskan fungsi Kolam Takungan Banjir apabila berlakunya banjir besar.
Kerajaan seharusnya memperuntukkan kawasan sekitar kolam tadahan tersebut sebagai kawasan lapang/rekreasi supaya kolam takungan banjir boleh diluaskan bagi menghadapi perubahan iklim untuk mengelakkan berlakunya banjir di kawasan berdekatan.
Saya berharap pihak DBKL dan YB Menteri JPM (Wilayah Persekutuan) boleh mengkaji semula rayuan daripada pihak saya dan penduduk dan membatalkan projek berdensiti tinggi tersebut.

Teresa Kok

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme