Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Close One Eye MP’s Speech on Illegal Import of Timber, Pig Farmers and others

Posted on Monday, 29-10-2007Monday, 29-10-2007 by Teresa

Dear friends,

After I raised the question and issue on illegal import of timber during question and answer time on 22nd October 2007 in the morning, the MP for Jasin Mohd Said then tried to clear his name in his budget speech after that.

He also took the opportunity to whack the pig farmers in Melaka. Po Kuan and I have also rebutted him and defended the pig farmers in Melaka at the same time. Below is the text of his speech taken from hansard:

22 Oktober 2007

11.35 pagi.

Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: Assalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh dan Selamat Hari Raya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan

saya untuk membahaskan tentang Bajet 2008. Saya memulakan untuk meminta kerajaan

supaya melihat balik kerana pada hari ini kita lihat Tuan Yang di-Pertua, banyak peristiwa berlaku

dalam negara yang melibatkan kematian baru kerajaan hendak menjalankan Ops. Operasi ini,

operasi itu.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Yusof bin Yacob) mempengerusikan Mesyuarat]

DR..22.10.2007

28

Yang terakhir ini, negara dikejutkan dengan peristiwa feri terbakar. Feri daripada

Mersing ke Tioman yang membuatkan beberapa orang telah meninggal dunia dan ketika itulah

Kementerian Pengangkutan baru sibuk hendak menjalankan operasi, hendak memeriksa bot,

hendak memeriksa feri. Begitu juga dengan peristiwa accident bas ekspres sebelum bulan

Ramadhan yang lepas dan ketika itulah juga baru kita hendak isytiharkan operasi untuk

memeriksa keadaan bas, keadaan driver dan sebagainya.

Saya hendak minta kepada kerajaan, ini sepatutnya tak perlu ada operasi, operasi ini

harus diadakan sepanjang masa untuk memastikan segala pengangkutan-pengangkutan di

dalam negara kita ini sentiasa baik. Saya pun tak tahu Yang Berhormat Dato’ apabila feri ini

terbakar dan orang meninggal barulah didapati bahawa feri ini tidak mempunyai lesen. Walhal

mengikut syarat daripada Malaysian Shipping Ordinance, bahawa tiap-tiap tahun feri-feri

ataupun segala kapal dagangan ataupun yang bawa penumpang juga tak lari daripada kerja-

kerja pemeriksaan. Contohnya macam pergi Puspakom untuk lori, kapal pun kena ada ini

semua. Ini ada sampai mengatakan bahawa sudah lebih setahun kapal ini tak diperiksa dan

tidak mempunyai lesen dan apabila tidak mempunyai lesen, berlaku pula accident, bagaimana

tuntutan berkenaan dengan insurans kepada mangsa-mangsa ini. Oleh yang demikian saya

berharaplah kepada kerajaan, janganlah hendak menunggu sampai kehilangan nyawa manusia

barulah kita hendak ambil tindakan dengan mengadakan operasi-operasi.

Baru-baru ini Tuan Yang di-Pertua, saya pun banyak juga berjalan pada musim raya ini.

Saya pun hairan, saya pun hairan melihat bagaimana keadaan bas-bas bukanlah sahaja bas

ekspres, tetapi bas-bas yang mengangkut penumpang-penumpang ini yang berada di jalan raya

kita, saya difahamkan bahawa bas-bas ini mesti menjalankan pemeriksaan Puspakom tiap-tiap

enam bulan. Kalau dia menjalani Puspakom tiap-tiap enam bulan, masakan bas ini boleh

berasap macam serumbu kilang Tuan Yang di-Pertua. Saya ingat something is wrong dengan

izin some way dekat Puspakom ini Tuan Yang di-Pertua. Saya ingat, saya yakin dan saya minta

supaya Kementerian Pengangkutan kaji balik sama ada monopoli untuk memeriksa kenderaan

yang ditugaskan oleh Puspakom ini masih relevan ataupun tidak.

â– 1140

Saya tengok di Melaka, sebagai contoh yang duduk di dalam laporan Auditor General, di

Melaka kita ada bus station yang tercanggih di Malaysia, Melaka Central, semua sekali

penumpang tempat duduk yang enak, air-conditioned tetapi basnya buruk. Ini mengikut laporan.

Laporan daripada Auditor General. Bus stationnya cantik tetapi bas yang mengambil

penumpang, baik town bus ataupun bas yang menghantar ke pekan-pekan yang sekitar negeri

Melaka didapati buruk. Saya kira kerajaan juga kena ambil perhatian ini. Kita kena hadkan umur

bagi bas-bas ini. Kita kaji dan kita jangan dengar sangat permintaan daripada persatuan-

persatuan lori, persatuan-persatuan pengusaha bas ini yang hendakkan bas ini 15 tahun, 20

tahun umurnya.

DR.22.10.2007

29

Hari ini Malaysia sudah masuk era di mana kita hendak pergi ke negara maju. Yang ini

untuk pengangkutan awam ini harus kita perhatikan dan kita kena hadkan segala pengangkutan

untuk awam mesti ada mempunyai hadnya kerana ini akan melibatkan kehilangan nyawa

sekiranya berlaku kemalangan. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membuat satu

perkara berkenaan dengan pencemaran alam Laut Selat Melaka kerana didapati pada hari ini

tidak kurang daripada 62,621 kapal yang melalui Selat Melaka. Ini mengikut data tahun 2005

dan 2006 dan membuatkan Selat Melaka adalah selat yang paling sibuk di dalam dunia.

Namun begitu dalam masa yang sama, Tuan Yang di-Pertua, kita melihat banyak kes di

mana kapal-kapal ini mengambil kesempatan untuk membuang minyak-minyak kotor di laut dan

membuatkan pada hari ini nelayan di pesisiran pantai dari Johor sehingga ke Perlis menghadapi

masalah kerana didapati bahawa oleh kerana laut kita sudah tercemar, maka susah hendak

mendapat ikan. Hari ini, orang Melaka, Tuan Yang di-Pertua, kebanyakan memakan ikan yang

diimport daripada Thailand, yang diimport daripada negeri-negeri Terengganu ataupun di Pantai

Timur disebabkan pada hari ini laut kita sudah tercemar.

Yang menyedihkan bahawa pada tahun 2000 sehingga 2005, ada 144 kes yang mana

kapal-kapal melepaskan minyak-minyak kotor, illegal discharge oleh kapal-kapal ini dan daripada

144 kes, hanya 108 kes sahaja yang dicaj di mahkamah. Sehingga hari ini, hanya 14 kes sahaja

yang didapati salah dan fine yang dikenakan amat menyedihkan – RM10,000 sehingga

RM25,000 – hanya tiga kes sahaja yang mana satu kes itu finenya RM100,000 dan dua kes yang

mana finenya RM120,000. Tetapi apabila berlakunya pencemaran, kerajaan terpaksa belanja

berjuta-juta ringgit untuk hendak membersihkan balik pencemaran yang sedang berlaku.

Begitu juga apa yang berlaku di Kuala Linggi yang mana dichampionkan oleh parti

pembangkang, mahu PAS ataupun DAP. Bukan main menjadi champion lagi, Tuan Yang di-

Pertua, berkenaan dengan khinzir yang berlaku dekat Kuala Linggi. Runding punya runding

punya runding, hari ini alhamdulillah, Tuan Yang di-Pertua, perkampungan-perkampungan yang

lain ini sudah tutup. Hanya babi ataupun khinzir hari ini bertumpu kepada Paya Mengkuang dan

sehingga semalam, saya dimaklumi oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, masih ada

117,000 ekor yang mana kawasan itu hanya mampu menampung 48,000 ekor sahaja.

Pencemaran yang berlaku pada hari ini mengikut daripada Jabatan Alam Sekitar, tidak

kurang daripada RM20 juta diperlukan untuk menyelesaikan masalah pencemaran yang berlaku

di pantai Kuala Linggi.. Saya pun hendak tanya kepada kerajaan, lebih-lebih lagi income tax

kerana pada hari ini memang kita akui bahawa industri khinzir di Melaka adalah satu tahun

industri ini RM200 juta punya industri dan memberi pekerjaan kepada 500 orang. Memang kita

akui tetapi saya hendak tanya income tax, berapakah cukai pendapatan yang telah dibayar oleh

pengusaha-pengusaha khinzir ini yang mana pada hari ini kerajaan terpaksa membelanjakan

lebih daripada RM30 juta untuk hendak menyelesaikan masalah alam sekitar.

DR.22.10.2007

30

You ketawa dan saya juga merasa amat sedih pada sebelum Ramadhan itu, Ahli

daripada Pengkalan Chepa mengatakan bahawa Kerajaan Negeri Melaka amat zalim. Kononnya

khinzir ini adalah benda hidup, mengapa hendak dibunuh, hendak diambil tindakan. Saya

hendak beritahu Pengkalan Chepa, masalah yang berlaku dekat Melaka pada hari ini berkenaan

dengan khinzir ini, bukan sahaja telah memusnahkan alam sekitar tetapi telah mencemarkan

udara sekitar kampung di kawasan itu.

Kalau menyidai baju atau membasuh baju, kalau letak di sidaian, Tuan Yang di-Pertua,

datang angin tiup, baju itu pun akan berbau khinzir. Kalau orang hendak sembahyang, angkat

takbir, hendak tarik nafas pun tidak berani kerana berbau khinzir. Kalau inilah juga yang hendak

diperjuangkan oleh PAS, hari itu saya sudah bagikan kepada Ipoh Timor 5,000 ekor, Bukit

Mertajam 5 ekor, kali ini eksport ke Pengkalan Chepa 10,000 ekorlah. Tahulah kalau esok dapat

jumlah itu, tahulah esok bagaimana keadaan yang dihadapi oleh rakyat negeri Melaka di

kawasan ini.

Oleh yang demikian saya berharap kita tidak pernah menghalang untuk mereka hendak

memelihara tetapi kita kena ambil tindakan. Kalau sebagai ahli politik mahupun pembangkang

ataupun penyokong kerajaan, ini masalah penghidupan rakyat 25,000 orang di Kuala Linggi ini,

marilah kita sama-sama menasihatkan kepada penternak-penternak ini supaya mengikut

peraturan dalam hendak memelihara ataupun hendak menternak khinzir ini kerana kalau ini kita

tidak jaga, maka alam sekitar di kawasan itu akan terus tercemar, apatah lagi pada hari ini udara

pun sudah tercemar.

Di negeri maju, di Denmark, mereka adalah pengeluar khinzir yang terbesar di Eropah,

mengapa masalah bau dan alam sekitar tidak berlaku di sana kerana ia menggunakan facilities

yang moden dan sudah sampai masa dan ketikanya, supaya penternak-penternak kita yang ada

di Melaka ini, gunakanlah kaedah yang sama. Ini tidak hendak, hendak ambil tahu untung sahaja

tetapi tentang kebajikan dan juga masa depan rakyat di kawasan itu tidak diambil kira yang

akhirnya orang akan menanggung masalah-masalah dan pada hari ini banyak rungutan daripada

peniaga-peniaga.

Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: [Bangun]

Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: Apa pasal Tangga Batu?

Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Hendak tanya.

Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: Hendak tanya? Pasal dia ini, Tuan Yang di-

Pertua, dia dahulu Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah, tempat khinzir ini dipelihara.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Tangga Batu.

Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Terima kasih Yang Berhormat Jasin,

terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Jasin beri pengiktirafan pada saya serupa

dengan pengendali blog yang satu itulah yang mengatakan hari ini di Alor Gajah ada 150,000

ekor lebih babi ini oleh kerana saya dahulu membiarkan mereka ini menternak babi. Salah satu

DR.22.10.2007

31

daripada bloglah yang menyatakan saya orang yang bertanggungjawab, Tuan Yang di-Pertua..

Itu tidak kisahlah, itu beside the point.

Tetapi saya hendak tanya Yang Berhormat Jasin, Yang Berhormat Jasin pun biasa juga

dengan ladang ternakan babi ini kerana hendak pergi ke tempat kerja dia, lalu situ tiap-tiap hari.

Yang Berhormat Jasin, saya banyak berbincang dengan pihak kerajaan negeri sepanjang cuti

raya ini, sambil kita bercerita pasal raya, kita juga bercerita pasal babi di Melakalah.

â– 1150

Antara yang menarik perhatian ialah tauke-tauke babi ini Yang Berhormat Jasin, ada

seorang tokeh babi ini telah menuntut, telah claim kepada kerajaan ini mengatakan dia telah

memperolehi keuntungan yang banyak. Apabila ditanya tokeh babi ini sanggupkah duduk di

kawasan babi ini, dia kata “no way, dengan bau yang busuk dan sebagainya, saya tidak

sanggup”, dia kata. Bila ditanya mengapa kamu menternak babi di kawasan ini? Tuan Yang di-

Pertua dia kata, penduduk kawasan setempat, 85% daripada orang-orang Melayu ini begitu

tolerance, semangat toleransinya begitu tinggi. Pernah satu ketika dia kata, babinya terlepas,

orang Melayu telefon, dia kata “Chia, you punya babi terlepas, pergi ambil balik”, di tengah-

tengah majlis perkahwinan dan sebagainya. Ini adalah senario yang berlaku Tuan Yang di-

Pertua.

Saya hendak tanya Yang Berhormat Jasin,

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: [Menyampuk]

Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Dengarlah sini Seputeh, janganlah

kacau saya hendak berucap.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat teruskan, tak

payah layanlah.

Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Saya tidak layah Seputeh ini, tetapi

hari ini dia pakai lawa sikit, tak apa kita boleh layan.

Tuan Yang di-Pertua, soalan saya kepada Yang Berhormat Jasin ialah bolehkah Yang

Berhormat Jasin membayangkan contohnya di kampung saya dahulu, di Kampung Relau Asahan

ada kawasan ternakan babi. Tetapi hari ini disebabkan oleh ledakan pembangunan di kawasan,

ternakan babi ini face out, sedikit-sedikit sudah jadi tiada. Dan kita percaya kawasan Masjid

Tanah ini akan jadi satu kawasan pembangunan yang pesat satu hari nanti. Jadi oleh sebab

keperluan pembangunan, kawasan ternakan babi akan menjadi kawasan pembangunan dan

penternak-penternak babi terpaksa melupakan kegiatan mereka menternak babi. Adakah Yang

Berhormat Jasin boleh bersetuju dengan saya? Terima kasih.

Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: Saya yakin kerana cara kebetulan seperti

Tangga Batu pun sedia maklum, kita mempunyai pantai yang indah. Daripada Tanjung Bidara

terus sampai ke Kuala Linggi yang boleh menjadi satu tarikan pelancong. Pada hari ini juga di

kawasan itu juga telah didirikan chalet-chalet dan restoran-restoran dan saya ingat kalau

DR.22.10.2007

32

penternak-penternak ini hendak tukar dia punya profesion, saya rasa industri pelancongan juga

akan menghasilkan hasil yang lumayan,. tetapi kalau masalah ini tidak diatasi, saya penuh yakin

dan percaya chalet-chalet yang ada, restoran-restoran yang ada akan gulung tikar. Begitu juga

dengan keadaan hotel yang begitu cantik di Tanjung Bidara, kalau ini tidak diambil tindakan, air

sungai pada hari ini telah tercemar, dan juga kita sudah ambil sampel-sampel air dekat tepi-tepi

pantai di Tanjung Bidara, didapati bahawa hitam keladak. Bagaimana? Bagaimana industri

pelancongan di situ akan hidup?

Jadi saya berharap, ya sila Seputeh, apa lagi you hendak?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat Seputeh sila.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Ya, saya hendak tanya yang kawasan disebut

oleh Yang Berhormat itu, adalah agak jauh daripada tempat pelancongan. Jadi saya memang

tidak faham, kalau ladang penternakan sama ada babi ke, ayam ke, monyet ke atau apa-apa

tentulah busuk. Jadi inilah tanggungjawab kerajaan negeri untuk memberi kemudahan kepada

mereka, membantu mereka untuk menjaga alam sekitar, mengadakan satu sistem pengairan ke,

yang lebih baik untuk penternak babi itu. Kenapakah industri itu harus dikorbankan? Adakah ini

sejajar dengan prinsip dan jiwa Islam Hadhari yang mengorbankan satu industri yang

merosakkan periuk nasi orang di situ bergenerasi.

Jadi Yang Berhormat tidak makan babi, tetapi ada orang lain yang makan dan mereka

semua adalah pembayar cukai kepada kerajaan. Kenapakah Ketua Menteri Melaka begitu degil

dan begitu keras atas isu ini? Jadi saya rasa yang alasan pelancongan itu memang tidak valid,

mereka sepatutnya dipindahkan ke kawasan lain. Kalau itu tempat penternakan babi, adalah

tanggungjawab kerajaan negeri untuk membantu mereka.

Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: Terima kasih Seputeh. I ingat you pun tidak

tahu kawasan itu, saya lebih tahu. You pergi malam-malam, saya tahu you ada dinner, selepas

itu you mengapi-apikan orang kampung di situ dengan strategi 13 Mei.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: I pergi pada waktu pagi, ada tunjuk perasaan di

sanalah, saya tahulah.

Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: Mengapi-apikan orang kampung,, mengapi-

apikan penternak-penternak dan kawasan-kawasan itu, itu kerja you tetapi ini kerja kami Barisan

Nasional. Air dah tercemar, sungai dah tercemar, laut dah tercemar dan kita sudah bagi

kebenaran, yang kita benarkan untuk menternak 48,000 ekor, tetapi mereka ambil kesempatan

ini menternak tiga kali ganda daripada itu. Kalau dia hendak buat yang besar boleh tetapi dia

upgrade lah kandang-kandang itu mengikut apa yang piawaian-piawaian yang ada di Eropah,

kau upgrade lah, tetapi tidak.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Minta penjelasan.

Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: Air-air itu sewenang-wenangnya keluar ke

sungai, air-air itu keluar ke laut membuatkan sungai itu hitam, laut pun hitam. Ya sila Batu Gajah.

DR.22.10.2007

33

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Yang Berhormat Jasin, sejak sesi yang lalu sebelum

kita break untuk puasa, berulang-ulang dengan sebab mengapa pig farming ini harus ditutup.

Tetapi Barisan Nasional boleh di bawah kepimpinan UMNO, mengapa tidak boleh membantu

mereka menangani masalah alam sekitar, masalah tanah. Jadi Yang Berhormat sangat bahaya,

pandangan Yang Berhormat, fikiran Yang Berhormat yang menjurus untuk menghapuskan hak-

hak mereka minoriti ini. Dan tadi Yang Berhormat kata bahawa kain-kain yang dijemur, dikotori

bau-bau oleh khinzir ini, jangan lupa ini adalah masyarakat berbilang kaum.

Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: Betul.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Tanpa mengira bangsa dan agama harus memberi

bantuan. Mengapa tidak? Kalau sebegitu wang, duit yang pernah dipegang oleh penjual khinzir,

daging khinzir, apakah ini juga tidak boleh dipegang oleh kaum-kaum yang lain?

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Tidak boleh, tidak boleh.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Jadi sangat bahaya dan pihak minoriti ini jangan lupa

mereka menjual juga daging khinzir di pasar dan juga sebenarnya sepanjang masa telah

mengambil langkah untuk memastikan bahawa mereka ……..

Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: Sudah-sudah, saya sudah faham., Duduk,

sudah faham.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: ……. juga menghormati kaum lain. Kalau cakap

macam itu, daging-daging lembu mengapa pihak kerajaan semasa majlis dalam acara juga

dihidangkan. Dalam aspek itu, bagaimana kita boleh hidup dalam masyarakat berbilang kaum

kalau kita ada ahli politik, ahli Parlimen yang berfikiran sedemikian, sangat bahaya.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukuplah Yang Berhormat

ya.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]:

mereka, bukan hapuskan kehidupan mereka.

Barisan Nasional boleh beri peruntukan bantu

Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: Boleh, siapa kata tidak boleh. Batu Gajah

ambil 20,000 ekor bawa balik.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Ulang-ulang alam sekitar, ulang-ulang masalah

tanah, ulang-ulang kerana tidak ada lesen.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr.. Yusof bin Yacob]: Dia tak bagi jalan. Jasin

teruskan.

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Bagilah peruntukan, bantu mereka, mereka adalah

warganegara Malaysia juga.

Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: Betul, betul.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, sila duduk Batu Gajah.

Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: Betul, tetapi jangan cakap tentang hak

minoriti, apakah perasaan majoriti? Di Alor Gajah, di kawasan itu ada 20,000 manusia, bangsa

DR.22.10.2007

34

Cina baru 2,000. Apa kata lagi 18,000 orang? You kena ambil kira itu semua. Jadi oleh yang

demikian, 20,000 diserahkan kepada Batu Gajah, yang jantan-jantan, yang besar-besar itu bagi.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, ini kita bukan nak timbangkan nak cakap fasal kita tidak

mengizinkan dia menternak, kita izinkan, tetapi ikutlah peraturan. Alam sekitar mestilah dijaga,

….

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: [Bangun]

Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: Tunggu dulu Seputeh, saya hendak cakap

lagi. Jadi saya ini Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab masa tiada, saya hendak ambil kesempatan

hendak menjawab soalan yang dikemukakan oleh Seputeh kerana saya memang lalu di kawasan

itu hari-hari kerana pelabuhan saya di hujung Kuala Linggi. Saya hendak beritahu kepada dia,

dia jangan hendak menuduh mengatakan saya ini penyeludup. Yang sebenarnya saya hendak

beritahu, saya hendak tunggu masanya hendak menerangkan kerana pada masa dulu, surat

khabar pun ada biaskan sikit pada saya. Saya hendak beritahu dia bahawa saya adalah Binyu

Sof Enterprise adalah shipping agent. Dalam masa yang sama, kita juga pengendali pelabuhan,

port operator dan barter trade yang membawa kayu ke Melaka. Bukannya orang Melaka ataupun

saya pergi kepada Indonesia tebang kayu di sana, seludup masuk ke Malaysia, tidak.

â– 1200

Barter trade yang ada dekat Melaka ini sudah berkurun. Orang Indonesia bawa kayu

datang ke Melaka. Saya pengendali pelabuhan. Saya tidak membeli, saya facilitate, saya

menjadi shipping agent untuk declarekan barang daripada traders Indonesia ini kepada kastam.

Kalau didapati salah undang-undang, merekalah yang disalahkan, yang tukang bawa. Saya ini

hanya agen jadi kerja saya ini lebih kurang macam Yang Berhormat Bukit Gelugor punya kerja

lawyer, penyamun datang hire dia, penyeludup dadah pun pakai dia, pembunuh pun pakai dia.

Kalau dia bela pembunuh dalam mahkamah, dia pembunuhkah? Kalau dia membela

penagih dadah dalam mahkamah, dia penagih dadahkah? Kalau dia membela pengedar dadah

dalam mahkamah, dia pengedar dadahkah? Serupa macam saya. Saya hanya shipping agent

yang duduk di situ, mereka minta saya sebagai shipping agent declarekan barang ini dekat

kastam.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Minta jalan.

Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: Kalau tertangkap, tersalah, dia yang kita

tangkap, dialah itu. Sila bijak pandai konon.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Bukit Gelugor, ya.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat

Jasin, tidak faham apa sistem perundangan. Apabila seorang peguam jadi peguam bagi pihak

yang dituduh membunuh, pengedar dadah, itu bukan bermakna dia ada bersalah. Satu

perbicaraan apabila saksi-saksi pengakuan ada memberi keterangan dan selepas itu saksi-saksi

pembelaan.

DR.22.10.2007

35

Saya bukan ….. sebagai lawyer mempertahankan orang yang membunuh, orang yang

mengedar dadah tetapi apabila tidak ada keterangan, tidak ada bukti seseorang itu bersalah, itu

tanggungjawab saya sebagai peguam untuk membela dia, adakah dia faham itu.

Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: Saya faham Bukit Gelugor. Saya hendak

menyatakan kepada Dewan Yang Mulia ini kepada Seputeh yang kelabu asap ini, yang tidak

faham, kedudukan saya serupa macam Yang Berhormat. Traders datang menggunakan

perkhidmatan saya sebagai shipping agent dan juga menggunakan kemudahan dekat pelabuhan

saya, adakah saya jadi penyeludup? Adakah saya jadi itu? Janganlah Seputeh.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Saya hendak tanyakan jawapan yang diberi

oleh Yang Berhormat sekejap tadi.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr.. Yusof bin Yacob]: Ya, hendak bagi jalankah

Yang Berhormat? Hendak bagi jalan.

Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: Tak ada, saya tidak hendak bagi jalan.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Sini ada sebut….

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat Seputeh,…

sila, ya Yang Berhormat, teruskanlah kalau tak bagi jalan.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Sini ada sebut tentang tindakan diambil

terhadap agen penghantaran, jadi saya hendak tahu syarikat Yang Berhormat terlibatkah.

Adakah salah satu daripada enam syarikat.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Seputeh, dia tak bagi jalan.

Seputeh, sila duduk Seputeh. Sila duduk.

Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: Saya tidak terlibat. Saya hanya port

operator, faham tidak? Serupa juga macam lawyer, orang bunuh, kita defend, kita

pembunuhkah? Serupa juga keadaan saya. Your profession is a lawyer dengan izin. My

profession is a shipping agent and a port operator. Orang tidak datang menyeludup, mereka

datang terang-terang masuk di dalam pelabuhan yang disahkan tetapi oleh kerana barangan

yang dibawa ini, didapati oleh kastam melanggar undang-undang, dia yang salah, dia yang pergi

jail, bukan Binyu Sof.

Habis, kalau yang dibela oleh Bukit Gelugor tadi, orang yang membunuh didapati

bersalah, dia masuk jail, Bukit Gelugor masuk jailkah? Fahamlah, tak fahamkah?

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]:

adakah Yang Berhormat …..

Yang Berhormat, kalau benda itu dadah,

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat Seputeh,

Seputeh dia tak bagi jalan. Dia tak bagi jalan, sila duduk Seputeh, ikut peraturanlah.

Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: Tak ada. Tak ada.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Tolong edarkan itukah?

Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: Tak ada.

DR.22.10.2007

36

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Seputeh!

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Kalau kayu balak itu illegal, tidak memenuhi

kehendak ….

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]:

Teruskan Jasin. Ya, Jasin teruskanlah.

Sila duduk Seputeh.

Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: Saya minta maaflah. Janganlah, kalau tak

cukup ini, jangan hendak bertekak dengan saya. Janganlah main-main soal-soal ini, jadi Tuan

Yang di-Pertua, kadang-kadang kala apa yang berlaku dalam peristiwa saya hari ini, saya

berdiam diri.

Saya hendak tunggu peluang yang sebesar ini untuk menjawab balik dan saya pun agak

hendak …. yang dihebahkan Seputeh tadi, saya pernah bercakap dalam Dewan Yang Mulia ini,

kementerian kena buat sesuatu kerana yang pada hari ini yang datang, kayu-kayu daripada

Indonesia datang ke pelabuhan Melaka dan pelabuhan Johor, Yang Berhormat, hanya tongkang-

tongkang kecil.

Di Singapura, kapal besar-besar, mengapa tak keluar dalam report antarabangsa ini? I

think you got to do something, some homework, yang memburuk-burukkan kerajaan Malaysia

ditambahkan pula daripada DAP yang sama-sama memburukkan negara kita. Kita sendiri yang

buka, semalam surat khabar New Straits Times ….

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Yang Berhormat, kalau tak ada buku ini, saya

boleh bagi, Singapura juga dibangkitkan, disiarkan dalam buku ini.

Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: Apa pasal tak cakap Singapura? Mengapa

Malaysia sahaja?

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Ada, ini Malaysia, Parlimen Malaysia.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: [Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, yang lain sila duduk.

Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: Ini soal-soal perdagangan, perdagangan,

kita kena ambil tahu. Semalam Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor pun sudah

mengatakan bahawa pada hari ini Negara China sudah mengatasi tentang perabot. Betul Yang

Berhormat! Hari ini oleh kerana perabot dekat dalam negara kita yang dahulu terkenal, Muar

terkenal sebagai pengeluar perabot yang terbesar di Malaysia dan juga di Asia, pada hari ini kita

sudah kalah kerana kita tidak cukup kayu dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor telah

mengatakan bahawa kerajaan negeri akan membuat persiapan untuk mengimport kayu daripada

Indonesia untuk memastikan bahawa kilang-kilang kita, pekerja-pekerja kita mempunyai

pekerjaan.

Tentang kalau kayu ini datang ke dalam negara kita, patut kita kena welcome. Ini

memberi hasil dalam negara, yang dikemukakan Seputeh punya ….. entah tidak tahu dia punya

otak entah macam manalah. Kalau kayu itu datang dalam negara kita, peluang berniaga bagi

DR.22.10.2007

37

kita, kita buat perabot, kita buat apa semua lepas itu kita eksport kan menguntungkan negara?

Yang dipertikaikan buat apa?

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Kalau kayu balak itu tidak memenuhi kehendak,

peraturan kastam, jadi ini memang tidak sah. Ini memang salah bagi dia untuk …

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Seputeh, dia tak bagi jalan.

Seputeh, dia tak bagi jalan.

Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya.

Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Sebenarnya Seputeh ini Yang

Berhormat Jasin, dia mempunyai niat yang busuk terhadap Yang Berhormat Jasin. Dia ada niat

yang tak baik.

Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: Niat tak baik, memang saya tahu.

Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Itu sahaja. Terima kasih Tuan Yang

di-Pertua.

Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: Lepas itu dia cakap kita tunggu pilihan raya.

Saya hendak cabarkan dia kalau Seputeh berani datang kalau Jasin bertanding dalam pilihan

raya akan datang. Baru tahu tengok nasib engkau. Dekat sini bolehlah.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Jasin, habiskan jawapan.

Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak pergi lagi

kepada suatu perkara. Saya hendak pergi satu perkara lagi berkenaan dengan keadaan

kewangan negara kita. Saya tengok akhir-akhir ini, kita lihat di dalam annual report, semua bank

telah menyatakan bahawa dia untung besar, bilion-bilion ringgit yang di untungkan oleh bank

tetapi yang saya sedih Tuan Yang di-Pertua, sebelum bulan Ramadan hari itu kerana Bulan

Ramadhan saya tak ada sini.

Saya tengok di dekat bank itu kerani-kerani bank, kaunter itu menggunakan lencana

mengatakan bahawa bank merompak bonus-bonus mereka. Apa dah jadi ini. Untung berbilion

ringgit tetapi kebajikan pekerja ini bank langsung tak jaga.

Kalau untung berbilion ringgit kenapa tidak boleh bagi bonus yang secukupnya bagi

kakitangan dia. Ini langsung tidak ambil hal. Yang dia tahu bahawa director-director bank ini

mendapat imbuhan yang paling banyak. Yang satu lagi Tuan Yang di-Pertua, saya dimaklumi

oleh rakan-rakan saya, mana dia pergi bank pun hari ini, dia kena tukar duit hendak bayar gaji,

hendak bayar apa, kebanyakan bank ini bagi duit yang kebanyakan nomination yang RM50.

Kalau RM20,000 pun RM50 sampai empat ketul. Bila empat ketul ini hendak masuk

dalam kocek tak cukup tempat, terpaksa pakai envelop. Akhirnya apabila keluar daripada bank

dengan envelop yang begitu besar, perompak ikut kereta dia. Perompak ikut kereta dia Tuan

Yang di-Pertua.

DR.22.10.2007

38

Bank ini sekarang ini mengapa hanya RM50 sahaja dia bagi dan kebetulan pula negara

kita pula wang yang paling besar ialah RM100. Saya kira sudah sampai masa dan ketikanya

oleh kerana dahulu kita menghadapi masalah kewangan yang begitu tenat, begitu teruk

membuatkan bahawa kita kerajaan mengambil tindakan untuk menghapuskan not RM500 dan

RM1,000.

â– 1210

Saya minta kerajaan untuk menimbangkan balik supaya paling tidak kita ikut Arab Saudi,

dengan adanya note 500 rial ataupun RM500 dan RM200. Hari ini, Tuan Yang di-Pertua, gaji

kakitangan kerajaan pun sudah naik. Kerani besar pun gajinya sudah RM3,000, kalau duit RM50

itu masuk ke dalam kocek macam ini tebalnya, Tuan Pengerusi, tetapi kalau note RM500 cuma

lima, enam helai sahaja. Dari segi keselamatan pun ia boleh ditaruh dalam beg.

Oleh yang demikian, saya berharap supaya kerajaan kaji balik supaya note nomination

ringgit ini dikembalikan balik. Mungkin RM1000 terlampau banyak tetapi note RM500 diadakan

dan ditambahkan lagi note RM200 supaya mudah bagi orang hendak bergerak.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Habiskan, Yang Berhormat.

Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: Tuan Yang di-Pertua, saya ada panjang lagi.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Masa sudah habis, Yang

Berhormat.

Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: Boleh?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Saya sudah beri lebih masa.

Cukuplah.

Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: Boleh gulung?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukuplah.

Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: Sebelum saya menggulung, Tuan Yang di-

Pertua, ini berkenaan dengan harta bumiputera. Dalam bajet yang sudah dan juga dalam

Rancangan Malaysia Kesembilan, kerajaan telah mengadakan tabung ini dan tabung itu, tetapi

pada hari ini saya telah ditemui oleh beberapa orang peniaga di Kuala Lumpur. Amatlah

mendukacitakan sekali di KLCC pada hari ini, kita dapati bahawa banyak kedai yang dimiliki oleh

kaum bumiputera terpaksa ditutup dengan sewa yang begitu mahal iaitu RM20,000 hingga

RM30,000. KLCC siapa yang punya? Petronas yang punya. Takkanlah tidak boleh social

obligation sedikit kepada peniaga-peniaga kita?

Begitu juga dengan UDA, Tuan Yang di-Pertua, yang mana tujuan dan maksudnya ialah

untuk menambah pemilikan harta orang Melayu dalam bandar, tetapi di Kompleks UDA,

PERTAMA, berapa kerat sahaja yang ada peniaga-peniaga Melayu? Mereka ini ialah yang

duduk menyewa dengan UDA daripada dulu sampai sekarang dan yang mendukacitakan saya

ialah mereka ini sanggup membeli unit-unit kedai daripada UDA, tetapi UDA menolak! Kalau

DR.22.10.2007

39

tujuan kita hendak menambahkan harta bumiputera, mereka yang telah berniaga dan sudah lama

menyewa mengapa tidak diberikan pemilikan kepada mereka?

Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Jasin sudah gulung, Jerai.

Sudah habis masa dia.

Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Selamat hari raya, Tuan Yang di-

Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Saya sudah beraya semalam,

cukuplah.

Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Saya belum beraya dengan Tuan

Yang di-Pertua lagi. Terima kasih. Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat bagi

Jasin. Kita dapat melihat bahawa di kompleks-kompleks yang terkenal seperti di Lot 10 atau di

KLCC, peniaga-peniaga bumiputera dan peniaga-peniaga Melayu ini seperti disisihkan. Ada

sahabat saya yang isterinya berniaga di situ yang juga disisihkan. Berapa sewanya, Dato’?

Dato’ Seri Diraja Syed Razlan ibni Syed Putra Jamalullail [Arau]: [Ketawa]

Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Sewanya tidak berpatutan. Baru-

baru ini ada keluar di surat khabar, seorang peniaga menjual masakan Melayu Kelantan, dia

terpaksa disisihkan kerana hendak meletakkan makanan antarabangsa di situ.

Jadi, apakah Yang Berhormat ingin mencadangkan kepada kerajaan, ataupun agensi-

agensi yang telah dipertanggungjawabkan oleh kerajaan memastikan bahawa syarikat-syarikat

bumiputera yang melibatkan diri dalam perniagaan dalam kompleks-kompleks yang begitu

terkenal diberi peluang. Ini kerana kita tidak mahu melihat hanya satu kumpulan yang berada

sahaja yang berniaga di situ, butik-butik yang begitu mahal, sedangkan peniaga-peniaga Melayu

ini tersisih di tepi jalanan.

Jadi, apa pandangan Yang Berhormat Jasin? Walau bagaimanapun kita dalam bulan

Syawal tetapi pembelaan harus diteruskan.

Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: Terima kasih, Jerai, dan saya ingin

menjadikan ucapan Yang Berhormat Jerai ini sebagai sebahagian daripada ucapan saya.

Sekarang ini kita lihat ramai peniaga bumiputera ini tidak ada pembelaan. Di mana UDA, di

mana MARA yang bertanggungjawab untuk menambahkan bilangan harta bumiputera?

Baru-baru ini di Jasin, saya sampai berpeluh meminta dalam Mesyuarat Tindakan

Daerah supaya MARA mengambil tanah untuk membuat kedai, kompleks, dan untuk membuat

macam Pekan Rabu di Jasin, tetapi apa yang luluskan ialah gerai kereta tolak! Beberapa puluh,

beberapa ratus gerai kereta tolak telah dihantar ke Jasin. Orang Jasin, eh, sudah tidak main

kereta tolak lagi dah! Kita mesti ada gerai-gerai dan kompleks-kompleks Medan MARA supaya

orang kita sudah ada peluang berniaga. Akhirnya, saya hendak minta kepada kerajaan supaya

melihat perkara ini.

DR.22.10.2007

40

Akhirnya, saya sudah janji dengan Tuan Yang di-Pertua, sekejap sahaja. Baru-baru ini

saya lihat macam mana saya tegur di peringkat awal tadi supaya badan kerajaan kena buat kerja

ini 24 jam dan konsisten. Jangan sampai sudah ada apa-apa berlaku baru hendak ada Ops itu

dan ini..

Saya lihat industri handphone sekarang ini, saya tengok dalam negara kita ini macam

tidak ada kawalan. Saya difahamkan bahawa setahun kita berbelanja ataupun mengeluarkan

duit dalam industri handphone ini sebanyak lima hingga ke enam bilion ringgit. Kalau lima hingga

ke enam bilion ringgit seharusnya cukai kastam – kastam lagi, Tuan Yang di-Pertua. Cukai

kastam kalau 10% sahaja sudah RM500 juta tetapi saya perlu yakin cukai itu lebih daripada itu.

Kalau kita lihat pada hari ini Tuan Yang di-Pertua, di tingkat tiga, Low Yatt Plaza,

handphone yang dijual kebanyakannya dipanggil AP set, yang sebenarnya adalah set-set yang

diseludup. Apa yang menghairankan saya handphone seludup ini, kalau kita buka di dalamnya

siap dengan cop SIRIM. Kalau dulu dalam Dewan ini kita hebohkan tentang logo halal boleh

dibeli di mana-mana tetapi pada hari ini logo SIRIM pun boleh didapati di tepi jalan. Tidak ada

satu handphone yang dijual di tingkat tiga Low Yatt Plaza itu yang tidak ada SIRIM, semuanya

ada cap SIRIM. Kononnya bahawa ia dibuat original, tetapi itu semuanya penipuan.

Di Melaka, Mahkota Parade, TESCO atau apa sahaja kompleks yang ada itu tidak dijual

secara sorok-sorok lagi, terus sahaja telefon di display. Semua yang di seludup dijual tanpa

segan silu. Saya hendak tengok pihak penguat kuasa ini.. Mengapa pihak penguat kuasa tidak

ambil tindakan berkenaan dengan penyeludupan? Apa yang anehnya di Low Yatt itu, saya ada

dengar cakap-cakap orang kebanyakan daripada telefon yang dijual di sana adalah telefon-

telefon secondhand yang dibeli murah dan selepas itu ditukar covernya yang berharga RM15,

ditukarnya bateri yang berharga RM3 – RM4 dan ditukar apa semua. Lepas itu ditampalnya cop

SIRIM di situ dan dia boleh jual dengan harga yang lebih murah daripada harga pasaran. Kalau

E 90 ini belum ada lagi, Tuan Yang di-Pertua, belum ciplak lagi. Kalau model yang lama itu,

kalau hari ini harganya RM1800, di Low Yatt boleh dijual dengan harga RM1400.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Habiskan, Yang Berhormat.

Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: …kerana yang ini semuanya lama, hanya

ditukar kulit yang baru dan ada pula cop SIRIM yang baru. Oleh yang demikian saya berharap

supaya pihak berkuasa mengambil tindakan kepada peniaga-peniaga telefon yang

bermaharajalela pada hari ini seolah-olah negara kita ini tidak ada langsung undang-undang

ataupun penguatkuasaan undang-undang membuatkan mereka ini menipu orang ramai dengan

barang-barang secondhand yang dikatakan baru.

terima kasih.

1 thought on “Close One Eye MP’s Speech on Illegal Import of Timber, Pig Farmers and others”

  1. lee wee tak says:
    Tuesday, 30-10-2007 at 15: 20.35

    the more I read the hansard, the more I feel English or Chinese sounds better for debating and articulating ideas and arguments…or it is just the quality of people on show?

    just an example:-
    “hari ini dia pakai lawa sikit, tak apa kita boleh layan.”
    – sounds arrogant? sexist?
    – disrespecting the responsibility as at MP to look at issues affecting the people’s livelihood?

    If pig farming is sensitive to muslims, same applies to cow butchering to Hindus and all livestock farming to vegetarians.

    The argument that pig farmings turning to tourism is flawed. Pig farming is less sensitive to economic trend that tourism because when there is a downturn, people still have to eat but will first cut down on leisure travelling. Frankly, Malaysia has less to offer as a tourism destination than a lot of other countries.

    We should use some money from petroleum industry (depleting resource) to develop farming (replenishing resource), pig or otherwise. This pig bashing seems a tactical move to garner sopprt from muslim voters but pigs are also creation from GOD / ALLAH.

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Semarak Hari Belia Negara Peringkat Kawasan Seputeh (15 Mei 2025)
  • Blessed Mother’s Day to My Mother and to all the Mothers in the World
  • Mother’s Day Distribute Flowers to all the Mothers (11 May 2025)
  • Kejadian Tanah Runtuh di Sri Petaling berlaku pada 23 April 2025 dan Tindakan seterusnya
  • Sambutan Hari Ibu X Dapur Seputeh (10 Mei 2025)
  • Happy Mother’s Day 母亲节快乐
  • Kejadian Tanah Runtuh di Jalan Sri Petaling 5 berlaku pada 23 April 2025
  • Hari Terbuka Pelan Tindakan KL 2040
  • Sidang Parlimen Khas berkenan tindakan Amerika Syarikat mengenakan tarif timbal balas ke atas semua import ke negara tersebut dan kesannya ke atas ekonomi Malaysia
  • Jamuan Raya Aidilfitri Taman LTAT Bukit Jalil (3 Mei 2025)
  • Melawat Nurul Dahyatul, mangsa simbah asid yang menjalani pemasangan Tissue Expander di HKL
  • Rest In Peace- Papa Francisco
  • Program Celik AI secara atas talian dengan kerjasama Pepper Labs dan Microsoft
  • Pelancaran Pemakaian Lencana Bendera pada Pakaian Seragam Murid (21 April 2025)
  • Lawatan Tapak Berkenaan Limpahan Air Lumpur ke rumah di Jalan Jiran 12, Taman Gembira (21 Apr 2025)

Article Archives

© 2025 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme