Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Timber prosecution

Posted on Monday, 22-10-2007Monday, 29-10-2007 by -ec-

Hi Dear friends, I have made a hoo-ha the other day during question and answer time in Dewan Rakyat where I asked the number of people who have been prosecuted for their involvement in illegal import of timber. The parliamentary secretary of Plantation and Commodity Industry Ministry has given me the reply, but he did not answer my question on the companies and directors of companies concerned in his reply. I am disappointed.

Obviously I wanted to know whether the close-one-eye Jasin MP Mohd Said has been charged in court or not, and the ministry concerned purposely avoided answering me. Below is the hansard on that exchanges at that time.

I will put the the exchanges between Mohd said and Po Kuan and me when he made his speech in next posting.

8.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan

Komoditi menyatakan jumlah orang yang telah didakwa oleh Lembaga Perindustrian Kayu

Malaysia (Malaysia Timber Industry Board) atas kesalahan mengimport kayu balak secara haram

dalam empat tahun yang lepas. Sila senaraikan nama syarikat atau orang yang terlibat.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi [Senator

Dato’ Dr. S. Vijayarantnam]: Tuan Yang di-Pertua, Selamat Hari Raya diucapkan kepada

rakan-rakan saya.

Untuk makluman Yang Berhormat, dalam tempoh empat tahun iaitu 2003 hingga 2006,

terdapat 242 kes penyeludup kayu dari Indonesia yang telah diambil tindakan oleh Jabatan

Kastam Diraja Malaysia di bawah seksyen 135 Akta Kastam 1967. Ini melibatkan sebanyak

enam syarikat pengimport atau agen penghantaran yang telah dikenakan kompaun oleh Kastam

Diraja Malaysia di bawah seksyen 135 Akta Kastam 1967.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, perintah larangan import Akta Kastam 1967,

Pindaan 2006 yang berkuat kuasa mulai bulan Jun 2006 menetapkan kesalahan penyeludup

kayu adalah di bawah bidang kuasa mahkamah dan tidak lagi boleh di kompaun. Selepas

penguatkuasaan pindaan ini, terdapat empat kes penyeludup kayu dari Indonesia yang

melibatkan 14 awak-awak ataupun tekong telah berjaya didakwa di mahkamah serta dikenakan

tindakan denda atau penjara oleh mahkamah. Sekian, terima kasih.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya soalan saya

kalau dibaca secara jelas ialah sila senaraikan nama syarikat atau orang yang terlibat, tapi Yang

Berhormat tidak menyenaraikan nama syarikat dan juga orang yang terlibat.

Di sini saya ingin tanya satu soalan tambahan, memandangkan Yang Berhormat tidak

menyenaraikan nama syarikat, saya ingin tahu syarikat Binyu Sof Enterprise yang kepunyaan

Yang Berhormat Jasin, adakah ia disenaraikan dalam senarai di bawah pendakwaan kes yang

didakwa di mahkamah.

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya terdapat satu buku yang tajuknya ialah The Thousand

Headed Snake, Forest Crimes Corruption and Injustice in Indonesia yang dikeluarkan oleh

Environment Investigating Agency di United Kingdom dan juga terdapat di Indonesia. Jadi dalam

buku ini ia menjelaskan dan menerangkan bahawa banyak kayu balak di Indonesia diimport oleh

syarikat Malaysia dan dipotong di sini selepas itu ia dieksport ke luar. Ia juga menyatakan

bahawa kayu balak Indonesia dicampurkan dengan kayu balak tempatan selepas itu sama-sama

dieksport.

Jadi syarikat Binyu Sof Enterprise dan juga satu lagi syarikat yang pengarahnya juga ahli

politik dari Sarawak, dinamakan. Saya hanya hendak tanya Yang Berhormat sama ada kedua-

dua syarikat itu adakah ia didakwa di mahkamah dan kenapa didakwa oleh Kastam?

Mengapakah Malaysia Timber Industry Board yang diberi kuasa untuk menjalankan pendakwaan

tetapi mengapa mereka kelihatan tidak buat apa-apa dan kenapa semua diserahkan kepada

Kastam? Sekian, terima kasih.

Senator Dato’ Dr. S. Vijayarantnam:
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang

Berhormat dari Seputeh di atas soalan tambahan tadi dan juga komen-komen. Untuk makluman

Yang Berhormat, Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi berasa bahawa tidak

berapa sesuai untuk senaraikan atau sebut nama-nama syarikat atau orang yang telah membuat

kesalahan di Dewan yang mulia ini. Mungkin ada yang masih di dalam perbicaraan.

â– 1100

Saya percaya Yang Berhormat boleh mendapat maklumat berkenaan daripada pihak

ataupun agensi penguat kuasa undang-undang ataupun law enforcement agency dengan izin

DR.22.10.2007

17

yang berkenaan. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan kes-kes spesifik yang disebut oleh

Yang Berhormat dan juga sebuah buku yang ditulis di negara asing, ini pun satu yang kita tidak

boleh komen oleh kerana ini bukan satu sumber informasi atau sumber penerangan yang

disahkan. Terima kasih.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Adakah Yang Berhormat cuba melindungi ahli

politik yang terlibat? Ini kenapa nama-nama mereka tidak boleh diumumkan? Saya memang…

Tuan Yang di-Pertua: Mambong.

Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Apa, Seputeh eh…?? Tuan Yang di-

Pertua, peraturan Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, baru tadi

sudah jawab. Saya ingat Seputeh ini betul-betullah…

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Bukan melindungkanlah, soalan itu

tidak…..

Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Janganlah buat hal Seputeh, selepas

raya. [Dewan riuh].

Tuan Yang di-Pertua: Mambong.

Datuk Dr. James Dawos Mamit [Mambong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Pengimportan balak dari mana-mana negara kalau Yang Berhormat Seputeh tahulah, itu adalah

satu arrangement di antara exporter dan importer. Jadi, tidak timbul masalah campur kayu balak

dari Malaysia dan kayu balak dari Indonesia kalau dieksport ke negara-negara lain. Itu soal

pokoknya. Namun walaupun demikian, Indonesia memang ada perundangan sendiri

bagaimanakah mereka boleh mengeksport kayu balak. Persoalannya sekarang adalah kayu

balak yang disyaki diseludup ke Malaysia adakah ianya dalam bentuk balak ataupun dalam

bentuk yang sudah dipotong, gergaji yang dikatakan flitches.

ataupun hanya flitches sahaja berlaku?

Tuan Yang di-Pertua: Ya, baik Yang Berhormat.

Adakah dua-dua ini berlaku

Datuk Dr. James Dawos Mamit [Mambong]: Terima kasih.

Dato’ Dr. S. Vijayaratnam: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat dari

Mambong ke atas soalan tadi. Kita tidak boleh nafikan, ada penyeludupan kayu balak dari

Indonesia ke Malaysia, tetapi Tuan Yang di-Pertua, pihak-pihak ataupun agensi penguat kuasa

undang-undang termasuk jabatan kastam dengan bantuan MTIB dan pihak maritim sedang

dengan sedaya upaya mencegah penyeludupan tersebut dan sukacita saya dimaklumkan

bahawa usaha-usaha mereka pun adalah berjaya sedikit. Tentang import kayu balak dari

Indonesia, semua pengimportan kayu balak dari Indonesia hanya boleh untuk kayu bulat kurang

dari 40 inci persegi dan untuk balak-balak lain dari Indonesia semuanya dilarang sama sekali.

Sekian, terima kasih.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme