I have been very busy in past two weeks, however, I am still struggling to look for issues to speak up in Parliament. I have told my fellow DAP MPs that I will deliver my speech yesterday, Thursday, the last day for MPs to speak in the motion of thanks to the Royal address in the Parliament.
When it came to my turn, I was allowed to speak for 10 minutes as there were many MPs still waiting for their chance to speak. In my speech, I hit at Malaysia Agency for Cows and Cars (MACC ). I asked them not to look for petty issues revolving the Menteri Besar of Selangor, but they should look for many other bigger issues.
When I walked out of the chamber, a MACC officer came to me and asked for details on the issues that I mentioned in my speech. I asked him to read my blog for details.
Kenyataan YB Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh Dalam Perbahasan Usul Menjunjung Kasih YDP Agong Pada 26 Februari 2009
Tuan yang di Pertua, saya mempunyai 5 isu yang saya ingin bentangkan dalam perbahasan usul menjunjung kasih YDP Agong di dewan yang mulia ini. Memandangkan saya hanya diberi 10 minit untuk berucap, saya berharap saya dapat sampaikan ucapan saya tanpa sebarang gangguan
1) Kenapakah Pegawai PDRM Yang Melanggari Disiplin Tidak Diambil Tindakan?
Tuan Yang di-Pertua,
Saya mohon mengambil kesempatan menjunjung kasih atas Titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong merakamkan rasa penghargaan terhadap Perdana Menteri kerana kepimpinan dan sumbangan beliau kepada negara selama 5 tahun lebih dalam tempoh pemerintahannya. Bagi saya, saya amat tertarik atas kesungguhan beliau dalam membaikpulih imej pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), soal integriti, menentang dan membasmi rasuah serta menyalahguna kuasa.
Saya telah membangkitkan beberapa kali sebelum ini bagaimana beberapa tindakan Ketua Polis Negara (KPN) yang terbukti menjadi pelobi kepada beberapa syarikat dalam mendapat projek-projek di PDRM secara runding terus, hubungan KPN dengan seorang yang bernama BK Tan yang diragui latarbelakangnya, salahlaku seorang pegawai Kanan PDRM dan masalah disiplin Dato’ Mashuri Zainal (Pengarah Jabatan Logistik) yang sehingga kini, iaitu setelah lebih 7 bulan laporan dibuat, masih belum apa-apa tindakan diambil oleh pihak Kementerian Dalam Negeri dan SPRM.
Dalam kes BK Tan, siapa yang tidak tahu bagaimana BK Tan ’work hand-in-hand’ dengan KPN dan juga telah menjadi buah mulut diperingkat pegawai-pegawai di Bukit Aman dan PDRM serta di Kementerian Dalam Negeri? Semua orang tahu tentang penglibatan BK Tan dalam pertukaran dan kenaikan pangkat pegawai-pegawai PDRM, seolah-olah beliau telah menjadi de facto KPN. Adalah amat malang bagi pasukan PDRM kerana terdapat pegawai-pegawai yang dedikasi seperti KP Perak, KP Selangor yang tidak dinaikkan pangkat atau diketepikan gara-gara kerana mengambil tindakan suku sakat sindiket yang diketuai BK Tan. Adakah kita lupa bagaimana KPN mengambil tindakan kepada bekas pengarah Dato’ Ramli Yusoff gara-gara beliau mengambil tindakan seorang yang bernama ’Tengku Goh’ di Johor?
Begitu juga dengan kes Dato’ Mashuri Zainal, yang terlibat dengan masalah disiplin. saya mendapat makluman bahawa satu jawatankuasa telah ditubuhkan di peringkat kementerian untuk menyiasat salah lakunya dan satu laporan telah dikemukakan kepada Menteri Dalam Negeri pada akhir tahun lepas dan telah mencadangkan kepada pihak menteri 3 pilihan tindakan iaitu :
i. membuang kerja/pecat atau
ii. memindahkan beliau dari Jabatan Logistik dengan menurunkan pangkat atau diarahkan bersara awal
Soalannya, kenapa sehingga kini pihak kementerian atau Menteri Dalam Negeri khususnya tidak menghiraukan cadangan tersebut dan mengambil tindakan terhadap beliau?
2) Perintah Kementerian Pelajaran Yang Melarang Pemimpin Politik Pakatan Rakyat Masuk Ke Sekolah Kebangsaan?
Datuk yang diPertua, sejak Pakatan Rakyat menerajui kerajaan di beberapa negeri sejak Mac 2008, kita telahpun baca bahawa Menteri Pelajaran mengeluarkan kenyataan bahawa kementeriannya melarang pemimpin politik Pakatan Rakyat untuk menghadiri program ataupun majlis yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Perintah ini telah mendatangkan banyak masalah bagi pihak pengelola sekolah di Negeri Selangor. Banyak pengelola sekolah berharap wakil rakyat Pakatan Rakyat di Selangor boleh memberi peruntukan dan menghulurkan bantuan kepada mereka tetapi mereka ditegah untuk menjemput kami untuk masuk ke sekolah. Malah banyak sekolah di Negeri Selangor tidak menggantungkan gambar Menteri Besar Selangor dan logo Negeri Selangor. Apakah Selangor bukan sebahagian daripada Malaysia di kaca mata Kementerian Pelajaran sekarang?
Datuk yang diPertua, saya tanya satu soalan lisan Parlimen mengenai isu ini dalam sidang ini, dan saya mendapat jawapan yang “beating around the bush” pada hari ini. Jawapan yang panjang lebar tersebut mengandungi perenggan berikut: “
“Setakat ini KPM tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan secara spesifik yang melarang Ahli Parlimen atau wakil rakyat pembangkang untuk menyertai ataupun memasuki sekolah untuk menyertai program. Namun, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM telah menetapkan bahawa semua majlis rasmi di sekolah yang melibatkan majlis perasmian oleh orang-orang kenamaan atau individu-individu tertentu, hendaklah mendapat kebenaran daripada KPM melalui Pengarah Pelajaran Negeri masing-masing terlebih dahulu bagi memastikan majlis yang dianjurkan bukan untuk bertujuan politik serta tidak menganggu pengajaran dan pembelajaran murid. Adalah tidak wajar institusi pendidikan dipengaruhi mana-mana ideologi politik di Negara kita.”
Jawapan ini menunjukkan fikiran sempit Kementerian Pelajaran kita. Kementerian Pelajaran dan Menteri Pelajaran menganggap wakil rakyat Pakatan Rakyat menghadiri majlis ataupun program sekolah adalah untuk menyebarkan ideologi politik dan bercakap tentang isu politik, dan kehadiran kami akan mendatangkan pengaruh buruk terhadap pihak guru dan pelajar, walhal kehadiran ahli politik Barisan Nasional akan mendatangkan kebaikan kepada pihak guru dan murid-murid sekolah. Sebenarnya, arahan Kementerian Pelajaran yang berunsur diskriminasi ini telah mendatangkan impak yang negatif di kalangan rakyat, kerana ramai orang menganggap perintah ini menunjukkan Barisan Nasional ini angkuh.
Saya merasa hairan reaksi Timbalan Menteri Pelajaran ke atas kritikan yang dilemparkan oleh Ketua Pembangkang Parlimen di SJKC Sin Ming baru-baru ini. Beliau menafikan pihak beliau dan Kementerian Pelajaran pernah mengeluarkan perintah untuk menghalang ahli politik Pakatan Rakyat. Apakah reaksi beliau menunjukkan perintah melarang pemimpin Pakatan Rakyat untuk masuk ke sekolah ini tidak diberitahu kepada beliau atau beliau tidak setuju atas perintah ini?
3) Cadangan Penjanak Kuasa Arang batu di Sandakan
Datuk Yang diPertua, saya terpanggil untuk membangkitkan satu isu yang menghantui penduduk di Sandakan Sabah atas desakan daripada penduduk di kawasan tersebut. Memandangkan Ahli Parlimen Sandakan telah menjadi Timbalan Menteri MITI dan beliau tidak dapat membangkitkan isu ini, maka saya menawarkan diri untuk menjadi saluran suara bagi penduduk di kawasannya.
Pada tahun 2008, sebuah penjanak eletrik arang batu dicadangkan dibina di Lahad Datu, Sabah. Cadangan ini diketepikan selepas banyak pihak membuat bantahan terhadap penjanak kuasa tersebut atas alasan perlindungan alam sekitar.
Malangnya, kerajaan kelihatan telah sedar tentang ancaman penjanak eletrik arang batu terhadap binatang dan hutan di Danum Valley di Lahad Datu, tetapi kerajaan anggap penjanak eletrik arang batu ini adalah sihat bagi manusia yang duduk di Sandakan yang merupakan bandar yang kedua besar di Sabah, sehingga mereka ingin bercadang penjanak kuasa ini didirikan di Sandakan. Lokasi yang dicadangkan untuk mengadakan penjanak eletrik arang batu ini hanyalah 12 km radius dari pusat bandar Sandakan, 10 km radius daripada tempat kediaman yang utama seperti Kampung Batu Sapi (2.5 km), Taman Mawar and Sibuga (4 km), Karamunting, Taman IJM dan Taman Indah (7.5 km), Taman Tyng, Taman Fajar and Lapangan Terbang (10 km) dan lain lain.
Saya terima banyak aduan daripada penduduk di Sandakan yang telah membuat siri kempen membantah penubuhan penjanak kuasa arang batu tersebut. Mereka faham usaha kerajaan untuk mengatasi masalah kekurangan aliran eletrik di Sabah, tetapi mereka berharap pihak kerajaan berusaha untuk menghasilkan eletrik melalui tenaga yang bersih dan hijau seperti hidro dari Empangan Bakun di Sarawak dan juga gas asli dari Kimanis di Sabah.
4) Kooperatif
Pergerakan Kooperatif Malaysia mempunyai lebih 6,000 kooperatif dan lebih daripada 6 juta ahli. Tetapi kesalnya, hanya 20% daripada kooperatif ini adalah aktif. Keadaan ini menjadikan sector ekonomi yang ketiga besar ini telahpun turun menjadi enjin pembangunan ekonomi yang keempat.
Perletakan jawatan Ungku Aziz sebagai Pengerusi ANGKASA telahpun membuka mata orang ramai tentang isu ketidaktelusan yang berlaku di kooperatif. Aduan ramai ahli kooperatif termasuk: sumbangan kepada Dana Amanah Pendidikan tiada ketelusan ataupun akauntabiliti yang ditubuhkan sejak tahun 1948; tiada ketelusan ataupun akauntabiliti terhadap sumbangan kepada Central Liquidity Funds yang ditubuhkan sejak 1994. Saya difahamkan bahawa berjuta-juta ringgit yang disumbangkan kepada dua dana ini telahpun diselewengkan dan malah tidak diaudit oleh Audit Negara.
Persoalannya, cara kerajaan menghendaki kooperatif untuk menyumbang berbilion-bilion ringgit kepada dana tersebut adalah amat tidak wajar, kerana kebanyakan ahli kooperatif adalah golongan daripada kelas menengah dan kelas bawahan.
Selain itu, banyak tuduhan juga dilemparkan kepada Jabatan Kooperatif di mana pihak jabatan ini dikatakan telah menyalahgunakan dana yang disumbang oleh persatuan kooperatif. Sehubungan dengan itu, segelintir pegawai kerajaan juga dituduh menerima elaun daripada sesetengah kooperatif. Keadaan ini menyebabkan RM500 juta yang dilabur oleh kooperatif telah menjadi RM230 juta sehingga hari ini.
Di sini saya ingin mencadangkan pihak SPRM memandang serius tentang aduan ahli-ahli kooperatif terhadap penyelewengan yang berlaku di jabatan Kooperatif, kooperatif-kooperatif dan juga ANGKASA, dan jangan tumpukan siasatan terhadap isu remeh-temeh seperti isu kereta dan lembu yang berkisar pada Menteri Besar Selangor.
5) Peruntukan Bajet Mini Haruslah Disalurkan di Kawasan Perindustrian
Datuk Yang diPertua, memandangkan kerajaan akan membentangkan bajet mini pada minggu yang akan datang, saya berharap kerajaan akan menyalurkan lebih peruntukan ke kawasan perindustrian.
Mengikut perangkaan Kementerian Perindustrian dan Perdagangan, Negeri Selangor mendapat pelaburan sebanyak RM11.8 billion dalam sektor pelaburan pembuatan perindustrian, iaitu tempat nombor 2 di seluruh Malaysia. Tetapi kesalnya, walaupun Negeri Selangor menarik begitu banyak pelaburan asing ke Malaysia, tetapi banyak kawasan perindustrian di Negeri Selangor berada dalam keadaan yang teruk dan infrastruktur yang kurang memuaskan, khususnya di kawasan perindustrian dekat Kuala Kubu Baru, Pulau Indah, Telok Gong dan sebagainya. Jadi, adalah penting bagi kerajaan untuk menyalurkan dana untuk menaik-taraf infrastruktur di kawasan perindustrian supaya pelabur asing kita tidak pindah pelaburan mereka ke luar negeri.
Teresa Kok
Hi Teresa,
On behalf of everyone in Sandakan, I would like to express my thankfulness to your good self for helping us to bring the Coal Fire Plant issue to Parliament.
You’re a truly helpful person. As long as you’re still with DAP, in future, my votes in all elections will belongs to nobody but DAP. I’m going to tell all my friends that how approachable & helpful you are. Keep it up..!! You deserve a big applause. Thank and have a nice weekend 🙂
Regards,
Pak Hang
“…. a MACC officer came to me and asked for details on the issues that I mentioned in my speech….”
– dear officer, I hope your department can glean the relevant information from the blog and take action on the right people
under normal circumstance I might suggest that rather than to dismiss the officer in such a curt manner, YB should take a step back, to be courteous to the officer who is trying to do his job and be helpful
but then the way MACC been conducting their business, I rest my case.
Question
why MACC does not look into the envelope case highlighted by Teo Nie Ching and the house purchase by Toyo mentioned by Tan Seri Khalid?
Answer
MACC’s jurisdiction is as far as cows and cars
I beleive we understand you are a busy lady with a tremendrous amount of responsibility upon your shoulder. It aint easy. I will repeat that I and the rakyat appreciate your sacrifices and labor.
Coming back to this MACC bum who approached you on your parliament speech. Either this bum do not know what he was doing (which is not surprising at all) or have no brain. Another amazing example that the new MACC is either run by a bunch of bums running around like a headless chickens.
Next time, I hope you give bums like this a piece of your mind. But you being good nature, you will not do it.