Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

For BN, it’s still half-past-six in morning

Posted on Tuesday, 07-11-2006Tuesday, 07-11-2006 by Teresa

The PM’s department oversees a lot of important government agencies.

Many MPs participate in the debate at the committee’s stage especially the PM’s Department. As such, each MP would be allocated 10 minutes to speak.

Parliament resumed sitting yesterday after a six-week break. The first item on the agenda was the debate on the budget allocation to PM’s Department.

Kit Siang was the first to stand up. He took one and a half hour in the debate. He touched mainly on the methodology of the calculation of the Bumi equity in the country. He spoke till lunch break at 1pm.

Sitting resumed at 2.30pm with MP for Jasin speaking on some trivial matters. After his speech, I stood up, and to my surprise, none of the BN guys troubled me. The Speaker said I could proceed and I have to deliver a half-written speech which I thought I could only deliver today. 🙁

I think BN MPs were still in holiday mood and snoozing. They were not ready to make any speeches. Besides, MCA and Gerakan MPs dared not take up sensitive issues like Bumi equity or Zakaria’s case. The DAP MPs had a field day yesterday. If it was one-day cricket, BN, sitting on 200, had to chase 300 with one wicket left.

As the Speaker did not set a time limit, I managed to speak for about half an hour. None of the BN guys rebut me or intervened while I spoke. Unfortunately, nothing of what I have delivered appeared in the press today. Hence I blog about it instead!

Below is my speech and some pointers of my speech yesterday.

****************************************

Ucapan YB Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh Dalam Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri Dalam Rang Undang-undang Perbekalan 2007 Pada 6 November 2006

Saya ingin rujuk kepada

02000 Unit Perancang Ekonomi

03000 Unit Penyelarasan Pelaksanaan

04000 Bahagian Keselamatan Negara

180000 Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah

23000 SUHAKAM

24000 Institut Integriti Malaysia

Sistem Pilihan Raya

Sistem pilihanraya kita yakni First-Past-The-Post atau Single Member Plurality haruslah dikaji semula untuk memastikan peratusan undi rakyat yang dibuang oleh rakyat kepada parti politik yang berlainan boleh serasi dengan peratusan kerusi dalam Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.

Sistem Frist-Past-The Post yang dipraktikkan sekarang menyebabkan bilangan kerusi yang dipegang oleh parti bukan pemerintah jauh kurang daripada parti pemerintah. Mengikut pengiraan yang dibuat oleh seorang Pengkaji politik Wong Chin Huat dalam pilihanraya 2004, sekiranya kita membuat satu pengiraan dari segi undi yang diperolehi oleh parti politik yang berlainan dengan kerusi Parlimen, maka 1 kerusi BN bersamaan dengan 22 ribu undi, 1 kerusi DAP dengan 58 ribu, 1 kerusi PAS diperolehi dengan 177 ribu dan 1 kerusi Parti Keadilan haruslah diperolehi dengan 625 ribu undi. Ini bermaksud nilai seorang pengundi BN adalah 3 kali ganda daripada pengundi DAP, 8 kali pengundi PAS dan 28 kali pengundi Parti Keadilan.

Saya menyeru kerajaan untuk menubuhkan satu Suruhanjaya untuk mengkaji semula sistem pilihan raya kita. Sistem pilihan raya kita sekarang juga tidak akan menggalakkan perwakilan wanita dan golongan terpinggir seperti orang asli, orang cacat dan sebagainya untuk dipilih menjadi wakil rakyat untuk memperjuangkan nasib golongan mereka.

Jadi saya mencadangkan supaya kita boleh menggubal sistem pilihanraya yang lebih adil seperti Mixed Member Proportionate di Negara German, sistem pilihan raya di Korea Selatan dan sebagainya yang mempraktikkan sistem “party list”, yang mana setiap pengundi boleh membuang dua undi, iaitu satu undi untuk calon kawasan pilihanraya manakala undi kedua untuk parti politik.

Sistem seperti ini pun akan memastikan perwakilan di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri menjadi lebih adil, balanced dan saksama, dan membayangkan kehendak rakyat.

— Kerajaan Harus Memberi Peruntukan Tahunan Kepada Parti Politik Sebagai Langkah Membasmikan Politik Wang

— Peruntukan Pembangunan Tahunan RM 2 Juta Hanya Diberi Kepada Ahli Parlimen BN Adalah Ketidakadilan dan Seolah-oleh Menggalakkan Politik Wang di Kalangan Wakil Rakyat BN

Misalnya: Ahli Parlimen Kota Kinabalu menggunakan peruntukan pembangunan tahunannya untuk membuat kerusi di tepi longkang yang termaktub namanya di Kota Kinabalu. Ini adalah satu

Urusan Parlimen

— Siapakah Setiausaha Dewan Rakyat yang baru? Siapakah orang yang paling berkuasa di Parlimen kita? Apakah perbezaan di antara kuasa Ketua Pentadbir dan Setiausaha Dewan Rakyat? Kenapakah Web-casting Sidang Parlimen yang dicadangkan oleh Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) pada dua tahun yang lepas masih belum dilaksanakan? Apakah yang dibimbang oleh kerajaan BN tentang web-casting sidang Parlimen?

Pulihkan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan Untuk mengelakkan korupsi dan penyelewengan di agensi kerajaan tempatan

Rumah Bagi Mangsa Setinggan Projek KL Linear City Yang Terbengkalai

Datuk yang diPertua, saya juga ingin tanya Menteri dan Timbalan Menteri Kementerian Wilayah Persekutuan bilakah kerajaan akan menunaikan janjinya dengan membina rumah kos rendah untuk diberi kepada setinggan KL Linear City? Lebih kurang 200 keluarga setinggan ini masih menunggu rumah yang dijanjikan oleh bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan juga Datuk Bandar pada tahun 2002, janji dibuat oleh mereka ialah kerajaan akan mencari tapak dan membina rumah kos rendah kepada mereka seperti yang termaktub dalam Perjanjian Jualbeli yang dimeterai di antara syarikat KL Linear City dengan mereka. Saya membangkitkan isu ini hampir tiap-tiap sidang, saya berharap YB Menteri dan Timbalan Menteri yang baru ini boleh menyelesaikan masalah yang telah lama ini untuk membuktikan kerajaan mengotai janji.


Bilakah Pindaan Rang Undang-undang Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Keseksaan Dilaksanakan?

Saya difahamkan bahawa YDP Agong telahpun menyetujui dan menandatangani rang undang-undang Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Keseksaan yang telah diluluskan di Parlimen pada 27 September dan diwartakan pada 5 Oktober, kenapakah kedua-dua rang undang-undang ini masih tidak dilaksanakan? Apabila berlakunya satu lagi kematian di lokap di balai polis, iaitu mendiang Suresh Kunasekaran pada dua minggu yang lepas, ramai orang tanya kenapakah undang-undang yang dipinda oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen dan diluluskan oleh Parlimen kita masih tidak dilaksanakan?

Saya berharap YB Menteri yang menjaga hal ehwal undang-undang boleh memberi satu penjelasan di dewan yang mulia ini.


SUHAKAM

Apakah peranan yang dikehendaki oleh kerajaan terhadap SUHAKAM? Banyak cadangan dan komen SUHAKAM terhadap undang-undang yang meminggirkan hak asasi manusia dan sesetengah praktis itu tidak diambil-kira oleh kerajaan, tetapi sedihnya ahli suruhanjaya dan juga pekerja SUHAKAM yang membuat kritikan lantang tidak disambung kontrak mereka. Ini menyebabkan sesetengah pekerja yang mencintai hak asasi manusia meletakkan jawatan. Apakah SUHAKAM hanya dijadikan “window dressing” oleh kerajaan?

Saya juga merasa kesal bahawa Pengerusi SUHAKAM sekarang, Tan Sri Abdul Talib tidak begitu vokal terhadap hak asasi manusia seperti Tan Sri Musa Hitam, selain daripada beberapa isu yang berkaitan dengan undang-undang, beliau berdiam-diri terhadap banyak kes dan isu yang berkaitan dengan hak asasi manusia. Apakah ini kriteria bahawa beliau boleh dilanjutkan kontraknya sebagai Pengerusi SUHAKAM selama ini?

Saya berharap kerajaan boleh memberi satu jawapan yang memuaskan tentang pendirian dan peranan yang dihendaki terhadap SUHAKAM dalam dewan yang mulia ini.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁呼吁反贪会调查前经济部长助理蔡镇燊的方式 应避免陷“舆论公审”
  • MACC is urged to restore public confidence and review its manner of investigating James Chai
  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa memulihkan keyakinan awam dan menilai semula cara siasatan terhadap James Chai Jin Shern
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkenaan statistik perkahwinan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun bagi 2023,2024 dan 2025
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkenaan jumlah pendaftaran yang diterima oleh Lembaga Jurukur Tanah
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkenaan rumah perlindungan bagi mangsa keganasan rumah tangga
  • Ucapan Kamar Khas: Apakah Respons dan Halatuju Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Terhadap Syor PAC Terhadap Pemberimilikan Tanah Kerajaan di Kuala Lumpur (2 Mac 2026)
  • Ucapan Teresa Kok (Seputeh) Dalam Perbahasan Penyata Jawatankuasa Pilihan Kesihatan: Pemantapan Dasar Pemakanan dan Intervensi Nutrisi di Malaysia Pada 25 Februari 2026
  • Kes Pecah Kereta di Taman Persekutuan Bukit Kiara
  • “Gema 1MDB: Satu Lagi Pasukan Petugas yang Ditakdirkan untuk Gagal?” (14 Feb 2026)
  • “Echoes of 1MDB: Another Task Force Destined to Fail?” (14 Feb 2026)
  • 郭素沁:嘉玛若再违庭令,将采取法律行动
  • [Media Statement] Response to Recent Remarks by Datuk Jamal Yunos
  • [Kenyataan Media] Respons terhadap Kenyataan Terkini Datuk Jamal Yunos
  • [PARLIMEN] Adakah Kementerian akan menyemak dan menghapuskan keperluan kelulusan suami bukan warganegara dalam permohonan kewarganegaraan anak-anak di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan demi memastikan ibu Malaysia mempunyai hak yang sama untuk memohon kewarganegaraan bagi anak yang dilahir di luar negara.

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme