Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Ministry of Home Affairs Is Lying About RELA

Posted on Thursday, 13-09-2007 by Teresa

I was very shocked when I read the Parliament reply from Home Affairs Ministry on Monday, where it said that the Ministry has never received any complaints about the abuse of power of RELA members while carrying out operation, and none of the RELA members have been brought to court.

When I read this line, I said to myself, “My God! What kind of blatant lie is this???” I then photocopied the reply and distributed it to reporters, everyone read it with the shocking open eyes.

I also showed the reply to the UMNO MP for Sri Gading, the old naughty MP, he also laughed and shaked his head. I know his expression meant he disagreed with the reply, and he expected me to “hantam” the ministry nicely in the Parliament.

I contacted Irene Fernandez and Alex Ong from Migrant Care, and reported to them about this ridiculous answer from Parliament. They both agreed to join me in the press conference which was held in the Parliament Lobby yesterday morning. They then told the reporters series of RELA abuse cases received by them in the past. Alex Ong even assisted me with various paper cuttings on the abuses of RELA officers.

I am surprised that the Ministry of Home Affairs has come to such extend to protect some RELA members that behaved like robbers and even rapist, by giving such stupid reply in the Parliament to mislead the house.

Do you remember that Karpal Singh has been suspended by the Parliament for half a year due to citing the wrong act where he was accused of misleading the house in 2004? After that the Standing Order of Dewan Rakyat has been amended where a clause of a MP shall not mislead the house has been inserted.

Hi hi…… shall I move a motion to refer the Minister of Home Affairs Datuk Radzi to the Rights & Privilege Committee (Disciplinary Committee) of Dewan Rakyat for misleading the house?

Below is my press statement on this issue:

Kenyataan Akhbar YB Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh Pada 12 September 2007 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur


Jawapan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Mengenai Penyalahgunaan Kuasa Anggota RELA Adalah Tidak Bertanggungjawab

Saya ingin merujuk kepada soalan Parlimen lisan yang saya tanya pada 10 September 2007. Soalan dan jawapan adalah seperti berikut:

Tarikh : 10.09.2007
Soalan : 20

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan bilangan aduan yang diterima berkenaan dengan anggota RELA yang melakukan kesalahan semasa menjalankan operasi pengusiran Pendatang Tanpa Izin. Berapakah di antara mereka telah pun didakwa di mahkamah dan berapakah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah.

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Untuk makluman Ahli yang Berhormat, setakat ini tidak ada aduan rasmi yang diterima berkenaan dengan anggota RELA yang melakukan kesalahan semasa menjalankan operasi. Walaubagaimanapun aduan-aduan yang diterima hanyalah dibuat secara umum melalui akhbar-akhbar yang mendakwa bahawa anggota-anggota RELA bertindak secara kasar, mengambil harta milik Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan sebagainya semasa operasi.

Setakat ini tiada seorang pun anggota RELA yang didakwa di mahkamah atas kes-kes kesalahan semasa menjalankan operasi.

————————————————————

Saya merasa amat hairan terhadap jawapan yang diberi oleh pihak Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ke atas soalan lisan saya, di mana pihak kementerian tidak menerima sebarang aduan tentang penyalahgunaan kuasa anggota RELA semasa menjalankan operasi, dan kementerian malah berkata bahawa tiada seorang pun anggota RELA yang di dakwa di mahkamah atas kes-kes kesalahan semasa menjalankan operasi.

Jawapan ini adalah amat tidak bertanggungjawab kerana ia menunjukkan pihak kementerian cuba menutup sebelah mata ke atas penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh anggota-anggota RELA. Segelintir daripada mereka malah berlagak seperti penyamun, perompak dan perogol pada waktu menjalankan tugas. Di sini saya ingin menyenaraikan kes-kes jenayah yang dilakukan oleh anggota RELA yang disiarkan dalam akhbar semasa menjalankan operasi:

1. Pada 30 Disember 2006, anggota RELA M Suresh (umur 20 tahun) , dan Norirwanshah Mat Nor (umur 21 tahun) merogol seorang gadis berusia 14 tahun di tandas awam di Taman Tasik, seksen 14, Shah Alam. Kedua-dua anggota RELA ini didakwa di Mahkamah Seksyen Shah Alam pada 28 Feb, 2007. ( Utusan Malaysia, Feb 28, 2007)

2. Pada 17 April 2007, 10 anggota RELA yang berpakaian seragam telah pecah masuk ke rumah asrama pekerja asing di Taman Botani dan Taman Soon Choon. Mereka telah merompak barangan bernilai RM 1,800 dengan senjata api. Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Jalaluddin Ibrahim kemudian mendakwa anggota RELA ke Mahkamah di bawah Kanun Keseksaan 395 atas kesalahan samun berkumpulan.

Polis juga mendapati dua daripada 10 anggota RELA berkenaan mempunyai kes jenayah dan pernah didakwa di bawah Kanun Keseksaan 379 (kecurian) sebelum ini. (Utusan Malaysia April 17, 2007)

3. Pada 4 April 2007, jam 10:30 pagi, 80 anggota RELA telah menyerbu pasar pagi Pudu. Mereka telah menangkap 200 pekerja asing, termasuk mereka yang mempunyai permit kerja 18 pemegang dokumen UNHCR. ( China Press April 4 , 2007)

4. Pada 10 April 2007, 8 orang anggota RELA mengambil makanan dan minuman tanpa membayar di Restoran Golden Seafood di Tampoi, Gemas, Negeri Sembilan. Salah seorang daripada mereka malah mencabuli penghormatan seorang pelayan perempuan. Anggota RELA tersebut telah menahan 3 orang pekerja asing yang mempunyai permit kerja. Majikan restoran tersebut kemudian menghubungi balai polis dan imigresen Seremban tetapi tidak dapat mengesan pekerja asing mereka tersebut. ( Oriental Daily 10 April, 2007)

5. Pada April 2007, seorang anggota RELA melarikan seorang pembantu rumah wanita Indonesia. Beliau kemudian merogolnya sehingga dia berhamil. Tangan dan kaki wanita itu diikat selama satu bulan di sebuah rumah kosong. Mangsa rogol ini masih di bawah perlindungan di Kedutaan Indonesia.(Malasyiakini Spetember 7, 2007)

6. Pada 16 Feb 2007, 20 anggota RELA membuat serbuan di Medan Selera Cahaya dan menahan pekerja perempuan Indonesia. Majikan mereka terpaksa membayar wang rasuah RM2,000 untuk membebaskan pekerja mereka. Kes ini juga ditegur oleh YB Dato’ Tan Chai Hoe, Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. ( The Star May 29, 2007)

Kes-kes tersebut merupakan sebahagian kecil daripada jenayah dan salahlaku anggota RELA yang telah disiarkan dalam media. Pihak Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri tidak harus menutup mata dan mengendahkan kesemua penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh anggota RELA yang telah disiarkan dalam media tanpa mengambil apa-apa tindakan.

Walaupun pihak yang terlibat tidak membuat aduan kepada pihak Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, pihak Kementerian tidak harus menganggap bahawa RELA tidak melakukan apa-apa penyalahgunaan kuasa semasa dan tidak mengambil tindakan terhadap anggota RELA yang melakukan jenayah semasa menjalankan operasi mereka.

Jawapan YB Menteri tesebut sebenarnya adalah memesongkan Dewan Rakyat dan ini merupakan kesalahan dalam Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

Akhirnya, saya juga ingin menyuarakan kebimbangan ke atas Rang Undang-Undang RELA yang dikatakan akan dibentangkan di Dewan Rakyat sebelum ini. Apakah rang undang-undang ini akan memberi lebih ruang kepada anggota RELA untuk melakukan jenayah semasa menjalankan tugas?

Saya ingin menyeru Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri untuk mengadakan rundingan dengan Ahli-Ahli Parlimen, NGO dan orang ramai sebelum membentangkan rang undang-undang tersebut, demi mengelakkan penyalahgunaan kuasa anggota RELA.

Teresa Kok

==========================

Ministry misled House on Rela

THE Home Affairs Ministry misled the Dewan Rakyat on Monday when it said it had not received any official complaints against Rela members, an opposition MP said yesterday.
Teresa Kok (DAP-Seputeh) also said it was untrue that no Rela member had ever been charged with committing a criminal offence.

“Based on news reports, there have been at least six cases where Rela members have either committed bribery, rape, theft or robbery, some of which led to prosecution in court.”

Speaking in the parliament lobby, Kok said non-governmental organisations like Tenaganita had written to the Home Affairs Ministry with complaints against Rela members.

“We regard letters of complaint to ministries as official complaints.
“How can the ministry say it has never received any official complaints?

“By saying so, the ministry has misled the Dewan Rakyat. This is wrong, based on our Standing Orders,” Kok said.

During question time on Monday, Kok had asked the home affairs minister for the number of complaints received against Rela members for wrongdoings committed during raids and how many had been charged in court.

Home Affairs Minister Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad, in a written reply, said there had been no complaints.

“I will be raising this matter in parliament,” Kok said.

Tenaganita director Dr Irene Fernandez said it was irresponsible for the ministry to respond as it did.

“Rela members have committed numerous offences in their raids against locals and foreigners.

“Rela should be disbanded,” she said.

Alex Ong, the country representative of migrant rights NGO, Migrant Care, said he had received countless complaints against Rela members.

1 thought on “Ministry of Home Affairs Is Lying About RELA”

  1. sheriff singh says:
    Friday, 14-09-2007 at 19: 48.50

    Of course Home Affairs Minister Radzi is right. There has been NO report against Rela members since LAST WEEK.

    Before last week well, thats another story all together.

    The Minister just dare not take any action against Rela members. He needs their support. He fears them. He can’t control them but has to play along with them. Otherwise he is a goner. This Rela demon has just grown too big and is now uncontrollable. Radzi is just a pipsqueak.

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石
  • Press statement by Teresa Kok, MP for Seputeh on 12 March 2026: An RCI Is the Test of Madani’s Commitment to Transparency
  • KENYATAAN MEDIA OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH (12 MAC 2026): RCI Adalah Ujian Komitmen Kerajaan Madani Terhadap Ketelusan
  • 郭素沁呼吁反贪会调查前经济部长助理蔡镇燊的方式 应避免陷“舆论公审”

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme