Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Isu penjualan tanah komersial di persimpangan Jalan Klang Lama dan Jalan Kuchai Lama dalam perbahasan bajet Kementerian Wilayah Persekutuan di Dewan Rakyat 14 Disember 2020

Posted on Monday, 14-12-2020Monday, 14-12-2020 by -ec-

Saya bangkitkan isu penjualan tanah komersial di persimpangan Jalan Klang Lama dan Jalan Kuchai Lama dalam perbahasan bajet Kementerian Wilayah Persekutuan di Dewan Rakyat hari ini.

Ucapan saya adalah seperti berikut:-

Datuk Pengerusi, saya ingin merujuk kepada Butiran 030000 Perancangan dan Pembangunan.

1. Saya ingin bangkitkan kes penjualan tanah oleh DBKL yang amat diragui di kawasan Parlimen saya, iaitu lot PT 15358 di persimpangan Jalan Klang Lama dan Jalan Kuchai Lama.

2. Pada tahun 2002, lot tanah tersebut diambil-alih oleh JKR dengan tujuan penglebaran Jalan Klang Lama dan membina jejantas di tapak berkenaan, tetapi projek ini tidak dijalankan dan kerajaan pun sewakan tapak itu kepada syarikat yang mengelola pusat penjaja.

3. Dalam Mac 2017, JKPTG menyewa tanah tersebut selama 3 tahun kepada bekas pemilik lot tanah tersebut, tetapi penyewaan ini dibatalkan dalam November 2017 dan pemilikan tanah tersebut dipindah daripada JKPTG kepada DBKL.

4. Selepas tanah tersebut dipindah kepada DBKL, ia terus dijual kepada Kunchi Muhibbah. Perjanjian Jual Beli tanah dibuat di antara Datuk Bandar Kuala Lumpur dengan syarikat Kunchi Muhibbah, anak syarikat Aset Kayamas.

5. Bos Aset Kayamas tengah disiasat oleh SPRM dan kerajaan atas banyak kes penjualan tanah yang diragui di Kuala Lumpur di bawah pemerintahan BN. Penjualan tanah tersebut telah dihentikan di bawah pentadbiran kerajaan PH tetapi ia diteruskan di bawah kerajaan PN sekarang.

6. Persoalan saya adalah seperti berikut:- i) kesemua transaksi tanah Kerajaan Persekutuan mesti mendapat kelulusan kabinet. Apakah penjualan tanah lot PT15358 diluluskan oleh kabinet?

7. II) Penjualan lot PT15358 ini dilakukan dan didaftarkan pada 23 Jun 2020, iaitu 4 bulan selepas kerajaan Pakatan Harapan dijatuhkan oleh PN. Mengikut amalan biasa, transaksi tanah seperti ini biasanya mengambil sekurang-kurangnya 3 bulan untuk menjalankan “land survey”, tetapi sekarang transaksi tanah tersebut dijalankan begitu pantas dan malah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) di mana banyak pejabat kerajaan dan swasta diarahkan tutup. Kenapakah lot tanah ini dijual oleh DBKL secara terburu-buru?

8. Iii) Pada tahun 2002, lot tanah dengan keluasan 4.2 ekar ini dibeli atau diambil-alih oleh kerajaan dengan harga RM14 juta, iaitu RM161 satu kaki persegi. Tetapi anehnya, 18 tahun kemudian, tanah ini dijual dengan harga RM80 kaki persegi. Harga jualan ini adalah sangat aneh. Macam mana DBKL boleh jual tanah di Kuala Lumpur dengan harga yang jauh lebih rendah daripada harga pembelian pada tahun 2002 kepada syarikat Kunchi Muhibbah??

9. Saya difahamkan harga semasa lot tanah tersebut ialah RM600 satu kaki persegi dan memang bukan RM80 kaki persegi sebagaimana apa yang dijualkan oleh DBKL dalam Jun tahun ini. Penjualan dengan “di bawah harga pasaran” Ini menyebabkan kerajaan rugi RM95.8 juta. Selain itu, lot tanah itu adalah tanah komersial, biasanya pemaju akan bayar lebih RM10 juta untuk membayar tanah komersial seperti ini. Ini bermaksud, kerajaan mengalami kerugian sebanyak RM106 juta.

10. Mana ada kerajaan di dunia ini jual tanah kepada pihak swasta dengan diskaun istimewa (special discount) 50% lebih?? Dan kenapa kepada syarikat Aset Kayamas yang begitu kontroversial yang melibatkan banyak transaksi yang diragui dan di bawah siasatan di bawah kerajaan BN?

11. Isu penjualan tanah ini telah banyak diwar-warkan di media sosial kerana syarikat yang mengelola pusat penjaja tersebut pernah mengadakan protes dan melaporkan penjualan lot tanah ini kepada SPRM dan ia telah luas dilaporkan di media dan media sosial.

12. Saya ingin minta YB Menteri Wilayah Persekutuan memberi penjelasan kepada Dewan yang mulia ini tentang penjualan tanah ini.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme