Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Cadangan Untuk Membina Pusat Teknologi Getah Wilayah Timur RM100 Juta di Jerantut Adalah Pembaziran Wang Oleh Ahli Politik Yang Dilantik Oleh Perikatan Nasional

Posted on Monday, 25-05-2020Tuesday, 20-10-2020 by -ec-

1. Langkah Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin “membeli” kesetiaan para Ahli Parlimen PN dengan menawarkan jawatan tertinggi di Badan Berkanun dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di samping membentuk kabinet pentadbiran yang mengandungi 70 orang Menteri dan Timbalan Menteri telah dengan sendirinya menarik perhatian ramai rakyat Malaysia. Oleh itu, saya tidak akan mengulas lebih lanjut mengenai perkara tersebut.

2. Walau bagaimanapun, sebagai bekas Menteri Industri Utama, saya ingin menyatakan bantahan terhadap cadangan Ahli Parlimen UMNO, Ahmad Nazlan Idris selaku Pengerusi Lembaga Getah Malaysia (LGM) yang ingin membina Pusat Teknologi Getah di Jerantut, Pahang, iaitu di kawasan di mana beliau sendiri memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen selama dua penggal.

3. Ahmad Nazlan baharu sahaja dilantik sebagai pengerusi LGM selama satu bulan, tetapi beliau telah mendapat kelulusan untuk menggunakan dana awam sebanyak RM100 juta bagi membina projek raksaksa di dalam kawasan Parlimennya.

4. Sejarah kini berulang sekali lagi di LGM, apabila sebelum ini bekas pengerusi LGM iaitu Ahli Parlimen UMNO di Kawasan Jasin, Datuk Wira Ahmad Hamzah melakukan perkara yang sama dengan mengarahkan projek yang bernilai RM44 juta untuk dilaksanakan dalam kawasan Parlimennya pada tahun 2010 di Jasin, Melaka. Ia akhirnya telah menjadi projek gajah putih yang tidak dapat diselamatkan. Bahkan, masih terus menelan perbelanjaan berjuta-juta ringgit dan melebihi daripada kosnya yang asal. Projek ini masih belum siap sehingga ke hari ini.

5. Terdapat beberapa projek yang tidak seharusnya diadakan dan ternyata membazirkan wang diluluskan oleh LGM di bawah kerajaan BN pada beberapa tahun yang lepas, berselindung di sebalik nama seperti Model Teknologi Getah dan Skim Pemerosesan seperti Stesen Mini Institut Penyelidikan Getah Malaysia (Rriminis) di banyak tempat di Malaysia dan Kompleks Pemprosesan Getah Secara Integrasi (IPC) pada beberapa tahun yang lepas di Kota Tinggi, Johor, yang juga telah menelan lebih RM130 juta dana Kerajaan Persekutuan dan dana rezab LGM.

Sehingga hari ini, projek-projek ini masih menghadapi ketirisan dana awam dan merupakan projek gajah putih IPC yang paling besar di Kota Tinggi. Pembinaan projek ini masih dilewatkan dan belum siap. Sebenarnya, projek-projek ini adalah tidak diperlukan dan merupakan satu pembaziran wang dan dana awam yang berterusan disalurkan.

6. Pengumuman Pengerusi LGM ini tidak menjalani Analisis Kos dan Keuntungan (cost benefit analysis) sepertimana yang sepatutnya dilakukan. Justifikasi projek ini bukan berdasarkan asas sosio ekonomi yang kukuh. Pengerusi dan anggota lantikan politik di LGM ini jelas telah sengaja mengabaikan pandangan pihak pengurusan.

7. Walaupun ekonomi negara tengah menuju ke arah krisis yang mendalam dan kemelesetan ekonomi, dan negara kita masih dalam keadaan separuh “lock down” disebabkan wabak Covid-19, Ahmad Nazlan kelihatan masih mampu mendapat persetujuan daripada Muhyiddin untuk meluluskan projek yang menelan perbelanjaan berjuta-juta ringgit yang memang tidak diperlukan di kawasan Parlimennya, walhal kerajaan Perikatan Nasional sepatutnya meletakkan keutamaan pengurusan pentadbiran mereka terhadap perkara utama yang lain.

8. Justeru, saya ingin meminta penjelasan YAB Tan Sri Muhyiddin untuk menyatakan samada beliau sedar atau tidak bahawa projek RTC raksaksa ini akan dibina di dalam kawasan Parlimen Pengerusi LGM yang baharu ini?

9. Sebagai bekas Menteri yang mengawalselia LGM, saya mesti menyatakan bahawa RTC di Jerantut ini adalah satu projek baru di bawah Kerajaan Perikatan Nasional, dan sejujur serta setuntasnya saya ingin bertanya atas alasan apakah ia perlu dibina, khususnya pada waktu di mana dana awam sepatutnya digunakan secara berhati-hati? Semasa saya memegang jawatan Menteri Industri Utama, saya telah mengarahkan moratorium ke atas semua projek pembangunan selepas saya diberi taklimat tentang penyelewengan dana dan aset yang besar oleh anggota LGM di bawah kerajaan BN sebelum itu. Selain itu, Lembaga yang dilantik oleh saya telah dapat menghentikan ketirisan dan melaksanakan pengurusan yang cermat dan hemat. Usaha ini telah berjaya menjimatkan pebih kurang RM50 juta bagi 20 bulan dalam bajet pengurusan tahunan.

10. Keterburuan Pengerusi LGM mengumumkan projek ini membangkitkan banyak persoalan, kerana sesuatu cadangan dan kajian mestilah dilakukan pada tahap LGM sebelum projek dengan saiz raksaksa ini diluluskan oleh Lembaga. Di bawah Pentadbiran PH, Kementerian Kewangan dan Kementerian saya pernah meletakkan prosedur yang ketat sebelum mana-mana projek besar diberi kelulusan. Ia biasanya akan memakan masa lebih daripada setahun. Saya pasti LGM tidak dapat menjalankan kesemua kajian yang diperlukan untuk menjustifikasi perbelanjaan RM100 juta bagi membina RTC dalam tempoh yang singkat ini. Jelas, segala prosedur fidusiari dan Kementerian Kewangan telah dicabuli dalam kes ini.

11. Saya ingin menegaskan bahawa Malaysia telah mewujud beberapa teknologi getah dan pusat kajian getah di Sg Buluh (bekas Rubber Research Institute of Malaysia (RRIM)), Tun Razak Research Centre di England dan di Kota Tinggi, Johor Baru.

12. Kesemua pusat ini menghasilkan kerja yang berkualiti dan dioperasi pada tahap optimal, malah menghadapi kelebihan kapasiti sekarang, maka sememangnya tidak wujud keperluan yang mendesak untuk membina pusat kajian yang lain pada waktu ini, khususnya dalam keadaan ekonomi sekarang. Adalah lebih penting bagi kerajaan untuk menyalurkan dana awam kepada rakyat yang menghadapi kesusahan yang mendesak, termasuk pekebun kecil getah.

13. Dalam tempoh 18 bulan saya menjalankan tugas sebagai Menteri, saya teramat kagum dengan Saintis Pertanian kita di LGM di bawah Ketua Pengarah Dato Zairossani Mohd Nor. Mereka telah menghasilkan banyak inovasi yang bertaraf dunia yang menyemarakkan industri getah secara keseluruhan, di samping menambahbaikkan kehidupan pekebun kecil getah. Selain daripada itu, industri hiliran kita juga sangat berjaya di mana kita merupakan pengeksport sarung tangan getah dan beberapa jenis produk berasaskan getah termasuk peralatan perubatan.

14. Justeru, dana LGM tidak harus disalurkan kepada pembinaan satu lagi pusat penyelidikan kerana adalah jelas bahawa negara kita telah mempunyai pusat seperti ini yang cukup. Kita memang tidak perlu membina satu lagi RTC di Jerantut ataupun di mana-mana tempat sekarang, kecuali ia dibina atas sebab politik dan bukannya atas wujudnya keperluan.

15. Adalah lebih baik bagi Ahmad Nazlan untuk menaik taraf kemudahan penyelidikan di Sg Buloh untuk menggalakkan kakitangan dan kepakarannya demi meningkatkan lebih inovasi baru. LGM memang mempunyai tanah yang besar di Sg Buloh dan di tempat lain di Lembah Klang untuk mencapai halatuju ini. Sementara Ahmad Nazlan ingin membina RTC yang baru di kawasan Parlimennya demi menarik sokongan pengundinya, tetapi kepentingan negara adalah penting daripada kepentingan politiknya dalam penggunaan dana rakyat.

16. Cara Ahmad Nazlan menggunakan dana awam untuk membuat projek mega di kawasannya secara tidak langsung menjelaskan sebab utama mengapa ramai warga Malaysia membantah pelantikan politik bagi GLC yang tidak terkawal kerana bimbang ahli-ahli politik ini akan menggunakan GLC demi agenda politik peribadi mereka.

17. Inilah sebabnya Kerajaan Pakatan Harapan hanya membuat pelantikan ahli politik di GLC dengan bilangan yang minima, dan jauh lebih rendah berbanding apa yang kita lihat dalam pentadbiran Perikatan Nasional sekarang.

18. Sebelum rampasan kuasa oleh Perikatan Nasional, saya sempat bekerjasama dengan pegawai-pegawai LGM yang berdedikasih. Dalam perkhidmatan saya selama 18 bulan, kami telah menambahbaikkan operasi LGM, mengurangkan perbelanjaan yang berlebihan dan menggunakan dana dengan cermatnya. Akhirnya, LGM dapat berdikari dan tidak memerlukan peruntukan daripada Putrajaya. Di bawah Pakatan Harapan, LGM dapat beroperasi secara berkesan, khususnya dengan menggunakan kadar bunga yang diperolehi daripada deposit tetap RM1.5 bilion.

19. LGM beroperasi secara berkesan dan selesa. LGM tidak rugi ataupun bergantung kepada dana persekutuan dan menuju ke arah yang betul secara fiskal.

20. Daripada kenyataan Ahmad Nazlan, saya bimbang terdapatnya golongan “burung nasar” yang bertujuan untuk mengeringkan deposit tetap LGM. Penggunaan RM100 juta untuk menjalankan satu projek yang tidak diperlukan mungkin adalah langkah permulaan bagi golongan ini demi menjalankan agenda politik mereka yang sempit dan bukannya demi kepentingan rakyat.

*TERESA KOK*
Ahli Parlimen Seputeh
Mantan Menteri Industri Utama

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme