Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Soalan Parlimen – Sebab warga negara Malaysia memerlukan kelulusan daripada Jawatankuasa Pelaburan Asing (FI) untuk membeli hartanah yang melebihi RM 10juta.

Posted on Monday, 03-11-2008Tuesday, 04-11-2008 by DAP Seputeh

Tarikh : 30 Oktober 2008

Soalan : 20

Puan Teresa Kok Suh sim meminta Perdana Menteri menyatakan kenapakah warganegara Malaysia yang membeli hartanah yang melebihi RM10juta diwajibkan untuk mendapatkan kelulusan daripada Jawatankuasa Pelaburan Asing (FI). Apakah fungsi FIC dalam Unit Perancang Ekonomi.

Jawapan:

Tuan Yang Di-Pertu,

1. Di bawah Garispanduan FIC, perolehan hartanah yang memerlukan kelulusan FIC oleh kepentingan tempatan diklasifikasikan seperti berikut:

i) Perolehan hartanah yang bernilai RM 10 juta dan kurang daripada RM 20 juta oleh kepentingan bukan Bumiputera atau oleh kepentingan tempatan daripada kepentingan Bumiputera; Atau

ii) Perolehan hartanah yang bernilai RM 20 Juta dan ke atas oleh kepentingan tempatan.

2. Kawalselia dan pemantauan perolehan hartanah ini adalah perlu, antara lain, kerana:

i) Hartanah adalah dikategorikan sebagai kepentingan negara;

ii) Memastikan hartanah milik Bumiputera/Agensi Kerajaan diurus, diniaga atau dibangunkan dengan baik  dan sempurna;

iii) Hartanah yang dikategorikan sebagai strategik tidak terjual dan terlepas kepada kepentingan asing; dan

iv) Atas dasar keselamatan negara.

3. Kerajaan menubuhkan FIC pada tahun 1974 sebagai salah satu mekanisme untuk mempercepatkan pencapaian objektif Dasar Ekonomi Baru (DEB). FIC dianggotai oleh pegawai-pegawai Kanan Kerajaan yang dilantik oleh Kerajaan dan buat masa ini FIC dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (UPE). Untuk tujuan tersebut Urusetia FIC telah ditubuh dan ditempatkan di UPE. Fungsi FIC adalah seperti berikut:

a) Menggubal Garis Panduan mengenai dasar pelaburan oleh kepentingan tempatan dan asing dalam semua sektor ekonomi untuk mencapai objektif Dasar Pembangunan Nasional;

b) Menimbang dan menyelaras perolehan kepentingan, hartanah, penggabungan dan pengambilalihan syarikat dan usahasama oleh kepentingan tempatan dan asing.

c) Membangunkan pangkalan data dan mengumpul maklumat mengenai cadangan perolehan kepentingan, hartanah, penggabungan dan pengambilalihan syarikat dan usahasama oleh kepentingan tempatan dan kepentingan asing.

d) Memantau dan mengawalselia perolehan kepentingan, hartanah, penggabungan dan pengambilalihan syarikat dan usahasama oleh kepentingan tempatan dan kepentingan asing.

e) Menyelaras dan memberi nasihat kepada pelanggan, iaitu kementerian dan agensi Kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri, pihak swasta dan orang awam mengenai perkara-perkara berhubung dengan pelaburan asing.

f) Bertindak sebagai Urusetia FIC.

Sekian.

  • Parliament
  • 3 thoughts on “Soalan Parlimen – Sebab warga negara Malaysia memerlukan kelulusan daripada Jawatankuasa Pelaburan Asing (FI) untuk membeli hartanah yang melebihi RM 10juta.”

    1. ventura says:
      Tuesday, 04-11-2008 at 01: 40.11

      I believe the objective of the FIC since 1974 will need to be revamped, change and alter. To more cater to “Rakyat Bangsa Malaysia” rather than focus on certain group privileges that more succumb to further corruption, cronyism and nepotism.

      Since we are all Malaysia and have fair bit share the wealth amongst ourselves through agreed effort of the forefathers since May 13, 1969. We believe it is time that the individual race should gain “own independence” amongst themselves to gain competitiveness rather that incompetence always igniting out their privileges instead of hard work and practice fairness and democracy.

      We don’t see there is a need to get approval from FIC should there to practice fairness and equality treatment towards the citizen of Malaysia on it right to purchase land and property.

      The need is arrived as a “result of the dilution” of the “Rakyat Bangsa Malaysia” within the authority and governing of the people administration.

      The mind of the leader should be set right first before the governing policies be apprehended.

      Think about it!

    2. morrison says:
      Tuesday, 04-11-2008 at 17: 15.01

      It boggles my mind how a body with the name “FOREIGN INVESTMENT Committee” (emphasis mine) can be given the task of approving locals investing locally.

    3. lee wee tak says:
      Tuesday, 04-11-2008 at 22: 56.38

      One of the problem is semantics. If a non-bumi has to purchase a property of the prescribed value, he has to go to FIC, does that mean he is not Malaysian? He has lost his “nationality” albeit “semantically”. I always wonder about this.

      Anyway, as on many occassion, we do not see the result of the BN administrative endeavour. WHAT has FIC done for the nation apart from being an additional layer of bureaucracy?

      I am sure the charter meant well but the tax payers have not been told what has FIC contributed to the nation bearing in mind FCI consumes tax payers’ money. By the way, since 1974, how much money has been utilised by FIC in its operation? What have we gotten in return for money not diverted into healthcare and education, for instance?

    Comments are closed.

    About

    Teresa Kok

    About Teresa

    Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

    Learn More

    Recent Articles

    • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
    • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
    • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
    • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
    • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
    • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
    • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
    • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
    • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
    • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
    • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
    • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
    • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
    • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石
    • Press statement by Teresa Kok, MP for Seputeh on 12 March 2026: An RCI Is the Test of Madani’s Commitment to Transparency

    Article Archives

    © 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme