Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Lawatan ke Indonesia (4) – Pertemuan dengan setiausaha agung NU, Kiai Hj Yahya Staquf

Posted on Monday, 26-09-2016Monday, 26-09-2016 by -ec-

14463093_1314620045215780_5397162326340208746_n

Rombongan DAP yang diketuai oleh YB Lim Kit Siang pernah membuat kunjung hormat dengan setiausaha Agong Jawatankuasa Tertinggi Nahdlatul Umum (NU), Kiai Hj Yahya Staquf pada hari kedua kami tiba di Jakarta.

Pertemuan ini adalah bermanfaat kepada saya dan membuka mata saya terhadap perjuangan NU, organisasi Islam yang terbesar di Indonesia ini.

Kiai Hj Yahya memberitahu kami, selepas Perang Dunia kedua, terdapat usaha untuk membentuk parti politik yang berlandaskan Islam, iaitu Masyumi. Pada mulanya, usaha ini disokong oleh NU dan Muhammadiyya, sebuah organisasi Islam yang kedua besar yang lain. Walau bagaimanapun, pemimpin utama NU kemudian menarik keluar daripada Masyumi tanpa mengumumkan alasan.

Keputusan ini telah menyebabkan Masyumi tidak dapat menang besar dan menjadi pemerintah dalam pilihanraya pada waktu itu, dan mengelakkan Perlembagaan Indonesia dijadikan Perlembagaan yang berbentuk Islam ataupun “Islamic”. Dengan kata lain, keputusan NU pada waktu itu menyumbang kepada kewujudan dasar Pancasila di Indonesia.

Kiai Hj Yahya juga berkata NU amat prihatin dengan pergolakan dan konflik dunia yang melibatkan penganut Islam dan organisasinya ingin memainkan peranan untuk mengemukakan dasar dan pandangan Islam untuk menentang ideologi ISIS. Itu sebabnya NU mengemukakan konsep “Islam Nusantara” dalam satu persidangan antarabangsa yang dianjurkan olehnya baru-baru ini.

Beliau juga berkata ulama di Indonesia telah cuba mempromosi Islam yang sederhana (moderate Islam), tetapi masalahnya ialah pada tahap global. Walaupun NU tidak setuju dengan undang-undang Syariah yang dilaksanakan di Aceh, tetapi mereka agak berhati-hati dalam isu ini untuk mengelakkan Aceh daripada keluar daripada Indonesia.

14441102_1314620028549115_8309515294719925766_n

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme