Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Lawatan Ke Indonesia (1) – Keterbukaan masyarakat Indonesia

Posted on Friday, 23-09-2016Monday, 26-09-2016 by -ec-

14448816_1313268338684284_816142959350665443_n

Rombongan kecil Ahli Parlimen DAP yang diketuai oleh YB Lim Kit Siang telah mengadakan lawatan ke Indonesia untuk belajar tentang politik Islam di Negara itu. Kami bertolak pada 19 September dan balik pada 23 September 2016. Rombongan ini termasuk YB Zairil Khir Johari, YB Steven Sim, Cik Foo Yueh Chuan dan saya.

Dalam beberapa hari ini, kami mengadakan kunjung hormat kepada beberapa tokoh organisasi Islam, akademik dan aktivis Islam daripada pelbagai aliran di Jakarta dan Yogjakarta.

Lawatan ini membuka mata saya terhadap politik Islam di Indonesia. Saya amat kagum untuk melihat sikap keterbukaan masyarakat Islam di Indonesia yang mempunyai populasi sebanyak 220 juta orang, di mana 87% daripada populasinya adalah penganut Islam.

Daripada pertemuan di antara rombongan kami dengan beberapa tokoh aktivis dan tokoh agama, saya diberitahu bahawa wujudnya trend konservativism, khususnya dari segi pakaian di kalangan masyarakat Indonesia (misalnya, bilangan wanita yang berpakaian tudung telah meningkat berbanding dengan 20 tahun yang lepas), tetapi fikiran kebanyakan penganut Islam di Indonesia tetap terbuka. Mereka menghormati kebebasan pengamalan agama lain kerana mereka berpegang teguh pada konsep Pancasila yang merupakan dasar asas pembentukan Indonesia.

Kami pernah masuk ke sebuah kedai buku di Jakarta, saya merasa hairan untuk melihat buku Islam dan Quran diletak bersama dengan buku-buku agama bukan Islam. Kebanyakan buku agama bukan Islam ini adalah dalam Bahasa Indonesia. Ini adalah perkara yang tidak akan berlaku di Malaysia.

Di hotel kami, saya dapat menonton program dakwah agama Islam dan juga program dakwah Kristian oleh Pastor Stephen Tong dalam Bahasa Indonesia 24 jam sehari dalam televisyen kabel. Keterbukaan media ini juga menghairankan saya.

14445961_1313268555350929_8486834384953163014_n 14463067_1313268545350930_8728147865454831917_n

 

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme