Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Siapa wira di sebalik kejayaan paralimpik Malaysia?

Posted on Friday, 16-09-2016Monday, 19-09-2016 by -ec-

oleh-ahmad-zahid-amran

Oleh Ahmad Zahid Amran

“A great teacher can inspire hope, ignite the imagination, and instill a love of learning” – Brad Henry.

Larian 100 meter dalam masa 12.07 saat meletakkan Ridzuan Puzi sebagai jaguh dunia paralimpik. Menjadi punca bergemanya lagu ‘Negaraku’ di Rio De Janeiro buat pertama kalinya. Namun, di sebalik kejayaan luar biasa ini, di belakangnya juga ada guru yang luar biasa. Itulah dia R. Jegananthan.

2015 ialah tahun duka buat Jegananthan. Beliau terlibat dengan kemalangan. Hampir 3 bulan lumpuh. Hanya mampu berkerusi roda. Apakan tidaknya, cedera tulang belakang dan patah tulang pinggul.

Beliau jatuh dan tangga pula menimpa. Dalam keadaan terlantar, mendapat berita kematian anak didik harapannya, Azlan Mat Lazim (pemenang 3 pingat emas Sukan Para Asian 2014).

Seluruh usahanya ranap begitu saja. Azlan digilap untuk menawan dunia dan cita-cita itu terhenti. Azlan meninggal dunia kerana terlibat dengan kemalangan.

Kita ke mana dalam situasi seperti ini agaknya?

Namun, beliau sedar masih ada lagi anak didik yang perlu terus dibimbing. Itulah dia Ridzuan yang mengalami ‘Celebral Palsy’ sejak kecil. Setelah sembuh beliau terus melatih Ridzuan. Terus bekerja keras melatih.

Oktober 2015 adalah hasil tuaian awal usaha keras Jegananthan melatih. Ridzuan dengan gemilangnya meraih pingat emas di Kejohanan Olahraga Dunia IPC Doha, Qatar. Acara yang dimenangi adalah Trek 100 meter kategori T36.

Ridzuan layak ke Sukan Paralimpik Rio secara merit (berkedudukan 15 terbaik dunia). Ridzuan awal lagi sudah menjadi prospek pingat emas negara. Ridzuan benar-benar tidak mengecewakan Jegananthan. Tanggal 10 September 2016, Stadium Olimpik Engenhão menjadi saksi pelukan Jegananthan dan anak didiknya ketika meraikan kemenangan larian emas 12.07 saat milik Ridzuan.

Kejayaan Ridzuan adalah kejayaan Jegananthan. Jurulatih berbangsa India dan anak didiknya Melayu. Jika masih ada yang bersifat rasis, sedarlah wahai anak Malaysia. Kejayaan kita adalah kejayaan semua bangsa di Malaysia. Kita semua sudah berjanji.

Izinkan aku menulis sebegini pada perenggan akhir ini.

Berilah Jegananthan suatu pengiktirafan. Pengiktirafan setaraf Datuk Misbun, Datuk K. Rajagobal dan Datuk Ong Kim Swee. Bukan kerana kita bangsa gila gelaran. Tapi, bernilainya jiwa seorang pendidik tulen bernama R. Jegananthan. Tiada galang ganti.

Ahmad Zahid Amran ialah pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal UTHM.

Di atas kepercayaan kebebasan bersuara tanpa wasangka, FMT cuba untuk berkongsi pandangan dengan pihak ketiga. Artikel yang disiarkan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mempunyai kaitan dengan FMT.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme