Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Pakatan Harapan Oppose Hike in Parking Fees by DBKL

Posted on Tuesday, 19-07-2016Thursday, 21-07-2016 by -ec-

13769405_1258725884138530_1767779403704735281_n

Today the Pakatan Harapan MPs and leaders have had a meeting with the mayor of Kuala Lumpur in DBKL HQ, to voice our strong protest against the newly implemented hike of parking fees in many parts of Kuala Lumpur.

The he mayor Datuk Seri Hj Amin agreed to meet us at 8.30am this morning after he knew that we are going to do a protest outside DBKL HQ.

We have presented our objection to the fee hike while the mayor and officers from Yayasan Wilayah Persekutuan gave their reasons of implementing the new parking system.

We have presented our views in the letter to the mayor below:–

19 Julai 2016

YBhg. Datuk Seri Hj. Mhd. Amin Nordin Bin Abdul Aziz
Datuk Bandar Kuala Lumpur
Pejabat Datuk Bandar
Tingkat 28, Menara DBKL 1
Jalan Raja laut
50350 Kuala Lumpur.

YBhg. Datuk Seri Hj. Mhd. Amin Nordin Bin Abdul Aziz

Bantahan Terhadap Sistem Parkir Baru Yang Mengenakan Kos Terlampau Tinggi di Pusat Bandar Kuala Lumpur
————————————————————————————
Merujuk kepada perkara di atas, kami, Ahli Parlimen dan pemimpin parti Keadilan, DAP dan Amanah ingin mengemukakan bantahan kami dan mewakili bantahan penduduk di Kuala Lumpur terhadap sistem parkir baru yang dilaksanakan oleh DBKL mulai 18 Julai 2016.

Mengikut laporan media, bayaran parkir di Central Business District (CBD) di bawah bidang kuasa DBKL akan meningkat daripada 80 sen sejam kepada RM2 untuk jam pertama, dan kemudian RM3 untuk setiap jam kemudian.

Selain itu, kami juga difahamkan bahawa tarif baru ini akan diperluaskan daripada kawasan CBD (Bukit Bintang, Bukit Damansara, Sri Hartamas, Desa Hartamas, Solaris Mont Kiara, TamanTun Dr Ismail dan Bangsar) ke tempat lain di Kuala Lumpur mulai 1 Ogos 2016 kemudian.

Sehubungan dengan itu, sistem parkir baru ini yang diuruskan oleh Yayasan Wilayah Persekutuan di mana 35% daripada pendapatan pengutipan fi parkir akan disalurkan kepada DBKL.

Pendirian kami adalah seperti berikut:
1) Peningkatan kadar bayaran parkir yang mendadak daripada 80sen sejam kepada RM2 dan RM3 sejam adalah amat tidak munasabah dan amat membebankan rakyat.

Peningkatan caj parkir tidak patut dilaksanakan kerana sistem pengangkutan awam di Lembah Klang masih di tahap yang amat tidak memuaskan. Banyak tempat tidak dapat mempunyai akses pengangkutan awam dan mereka yang bekerja di pusat bandar masih terpaksa memandu kenderaan.

2) Kami ingin membangkitkan persoalan mengapa pengurusan dan perlaksanaan sistem pengutipan tarif baru ini diswastakan dan diberikan kepada Yayasan Wilayah Persekutuan. Mengapa Yayasan Wilayah Persekutuan selalu menerima layanan istimewa dan tawaran projek daripada pihak DBKL?

Walaupun tujuan asal DBKL untuk meningkat bayaran parkir adalah demi mengurangkan kereta untuk keluar masuk ke pusat bandar Kuala Lumpur, tetapi pihak kami berpendapat adalah tidak wajar DBKL untuk melaksanakan sistem parkir baru ini kerana keterhubungan (connectivity) pengangkutan awam di Lembah Klang masih jauh daripada memuaskan.

Kami sebagai Ahli Parlimen dan pemimpin parti Keadilan, DAP dan Amanah ingin menggesa agar DBKL menghentikan perlaksanaan sistem parkir baru ini sehingga proses perundingan dengan wakil rakyat, persatuan penduduk dan NGO di Kuala Lumpur diadakan; dan juga sehingga sistem pengangkutan awam di Lembah Klang telah mencapai tahap yang diharap-harapkan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

YB Nurul Izzah (Ahli Parlimen Lembah Pantai, Naib Presiden Kebangsaan Keadilan)
YB Tan Kok Wai (Ahli Parlimen Cheras, Pemangku Pengerusi Kebangsaan DAP)
YB Dr Hatta Ramli (Ahli Parlimen Kuala Krai, Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan)
YB Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh, Naib Pengerusi Kebangsaan DAP)
YB Chua Tian Chang (Ahli Parlimen Batu, Naib Pengerusi Kebangsaan Keadilan)
YB Fong Kui Lun (Ahli Parlimen Bukit Bintang, Bendahari Kebangsaan DAP)
YB Lim Lip Eng (Ahli Parlimen Segambut, Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan)
YB Dr Tan Seng Giaw (Ahli Parlimen Kepong, AJK DAP Wilayah Persekutuan)
YB Dr Tan Kee Kwong (Ahli Parlimen Wangsa Maju)

13782115_1258725864138532_1735640401975354529_n13710008_1258725877471864_1915839839094235802_n

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme