Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Kafir harbi: Adakah mufti Pahang jahil fekah semasa?

Posted on Wednesday, 29-06-2016 by -ec-

“Bagaimana jika sebentar lagi ada mana-mana orang yang terjumpa mana-mana ahli DAP dan membunuh mereka kerana mengikut hukum yang dikeluarkan oleh Mufti Pahang ini?” soal Omar.


PETALING JAYA: Kenyataan Mufti Pahang bahawa ‘DAP tergolong kafir harbi yang wajar ditentang’ dianggap bukan sahaja merbahaya malah suatu tuduhan amat berat yang mana implikasinya boleh menyebabkan pertumpahan darah, kacau bilau dan menggugat ketenteraman awam serta negara.

Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali mengecam kenyataan Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman yang boleh mengancam keselamatan negara.

“Bagaimana jika sebentar lagi ada mana-mana orang yang terjumpa mana-mana ahli DAP dan membunuh mereka kerana mengikut hukum yang dikeluarkan oleh Mufti Pahang ini?” soal Omar yang juga Graduan Usuluddin Akademi Pengajian Islam UM.

Mufti Pahang dalam sebuah laporan di akhbar Utusan Malaysia berkata, penentangan DAP terhadap pelaksanaan hukum hudud dan Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016 jelas membenci Islam dan berdosa besar bagi umat Islam bekerjasama de­ngan mereka.

“Kami amat kecewa kerana Mufti Pahang gagal mengemukakan fakta dan bukti kukuh untuk dijadikan hujah yang boleh disandarkan ke atas tuduhan berat ‘kafir harbi’ tersebut.

“Bahkan kenyataan yang dikeluarkan seolah-olah beliau gagal menekuni fiqh muassirah (fekah semasa) yang giat diperbahaskan ulama’ dan para sarjana lewat hari ini seperti Dr Yusuf Al-Qardhowi dan sebagainya!” katanya.

Omar Ali terus menyelar Mufti Pahang dengan diminta buktikan DAP membeci Islam dan jika ia hanya berpandu kepada hukum hudud, beliau persoal pendiriannya terhadap ahli UMNO yang turut menentang pelaksanaan hukum tersebut.

Kesal dengan sentimen politik yang dikeluarkan oleh seorang mufti sehingga boleh menyebabkan kebencian sesama sendiri, Omar Ali menyifatkan kenyataan Abdul Rahman tidak menggambarkan ilmu dan akhlak Islam malah menjatuhkan imej Islam sebagai agama yang mudah melabel tanpa fakta dan bukti.

Keratan dari: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/06/25/kafir-harbi-adakah-mufti-pahang-jahil-fekah-semasa/

 

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme