Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Flooding and over-development

Posted on Monday, 18-06-2007 by Teresa

Parliament sitting resumed today.

YB Fong Kui Lun, MP for Bukit Bintang moved an emergency motion on flood that happened on 10th June 2007. To our surprise, the speaker allowed the motion to be passed and debated in the lower house.

The fact the speaker allowed it to be debated shows floods and the SMART Project are causing uneasiness among BN ministers and MPs and they are now forced to use Parliament as the forum to address the issue.

In my speech, I argued that the major reasons of floods in Klang Valley is due to the “over-development” of Klang Valley. The people in KL don’t face the problem of under-development, but they face the problem of over-development and development without proper planning.

I mentioned that in year 2003, YB Fong Kui Lun has raised the similar emergency motion on serious flood in KL in Dewan Rakyat too. It was replied by Datuk Pandikar Amin, the then Minister in PM’s Department, but today it was replied by Azmi Khalid, Minister of Natural Resources and Environment.

This shows that the issue of Environment involves many government agencies. In some other countries, environment issues are one of the main agenda of a country’s development, but in Malaysia, environment issue has been put down on the list and environment agency is not given the responsibility to control and monitor development in Klang Valley. So, if the root cause of flood is not properly addressed, the government will continue to, in years to come, spend more money to build flood prevention projects that will not work.

Ucapan YB Teresa Kok Dalam Perbahasan Usul Tergempar Mengenai Masalah Banjir di Kuala Lumpur Pada 18 Jun 2007

Datuk yang diPertua, banjir telah menjadi satu fenomena biasa di Lembah Klang. Pagi ini, saya nampak terdapat satu soalan lisan yang dikemukakan oleh YB Hulu Rajang mengenai samada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sedar bahawa pokok-pokok kayu besar yang berada di sekitar Bandar Raya dipotong dengan sewenang-wenangnya untuk memberi ruang kepada pembangunan baru seperti projek jalan raya dan pembinaan bangunan, tetapi kesalnya YB Hulu Rajang tidak hadir pada pagi ini sehingga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang hadir pagi ini tidak berpeluang untuk menjawab isu yang penting ini.

Datuk yang diPertua, kalau kita lihat kekerapan banjir di Lembah Klang dalam 10 tahun yang lepas dan juga pembangunan pesat di Lembah Klang, kita akan mendapati ia adalah disebabkan oleh masalah pembangunan yang tidak dirancang baik dan kurang tumpuan terhadap penjagaan alam sekitar, khususnya atas pemeliharaan kawasan hijau dan pokok-pokok di kawasan Lembah Klang.

Datuk yang diPertua, saya boleh kata pembangunan bandar di kawasan Kuala Lumpur dan Lembah Klang memang tidak dirancang dengan baik. Pihak kerajaan tempatan kelihatan lebih berminat untuk meluluskan semua permohonan projek pembangunan daripada pemeliharaan tanah hijau dan penanaman pokok-pokok. Misalnya, di kawasan kediaman seperti Taman Desa, Taman Gembira dan Taman Overseas Union, hampir setiap inci tanah digunakan untuk pembangunan rumah dan kondominium. Sekiranya kita lihat kawasan hijau di selatan Kuala Lumpur, misalnya Cheras, Ampang dan Kajang, kita juga mendapati banyak pokok telahpun ditebang demi membina lebuhraya dan kawasan kediaman. Jadi bila berlakunya hujan, air di kawasan-kawasan ini pun mengalir deras ke pusat bandar Kuala Lumpur sehingga berlakunya banjir di pusat bandar kita.

Datuk yang diPertua, sebagai wakil rakyat di Kuala Lumpur, masalah yang dihadapi oleh penduduk di Kuala Lumpur bukanlah kekurangan pembangunan ataupun tiada pembangunan, sebaliknya masalah yang dihadapi oleh kami ialah pembangunan yang tidak terkawal dan tidak terancang, sehingga kami sentiasa membantah projek pembangunan bersama dengan penduduk di kawasan kami.

Perancangan yang kurang rapi ini bukan menyebabkan kesesakan trafik di kawasan Lembah Klang, tetapi ia sebenarnya menyumbang kepada kekerapan banjir di kawasan saya. Akibatnya, kerajaan terpaksa mengeluarkan banyak peruntukan untuk menyalurkan air banjir dari pusat bandar ke sungai.

Kekurangan perancangan pembangunan di Lembah Klang dan kesedaran kerajaan terhadap penjagaan alam sekitar yang rendah juga menyebabkan orang ramai amat sangsi terhadap segala projek tebatan banjir, khususnya Terowong SMART. Kerajaan memang tidak harus membenarkan Terowong SMART dibuka sebelum bahagian saluran air banjir itu sedia untuk diguna. Selain itu, kita mendapati air telahpun meresap masuk di banyak bahagian di Terowong SMART, kenapakah ini berlaku? Datuk yang diPertua, Terowong SMART mula dibina sebelum laporan EIA dikeluarkan. Sebab Terowong SMART disegerakan adalah kerana ia telah dianggap sebagai satu-satunya cara untuk mengelakkan banjir, tetapi kerajaan kelihatan langsung tidak mempunyai rancangan lain menebat dan mencegahkan banjir. Orang ramai pun merasa sangsi samada Terowong SMART itu selamat ataupun tidak.

Datuk yang diPertua, usul tergempar mengenai banjir di Kuala Lumpur yang dibangkitkan YB Bukit Bintang dijawap oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga urusan Wilayah Persekutuan, tetapi kali ini usul tergempar ini dijawab oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Ini menunjukkan isu berkaitan dengan alam sekitar melibatkan banyak agensi kerajaan.

Di negara-negara maju, isu alam sekitar merupakan agenda yang amat penting dalam pembangunan negara, tetapi di Malaysia, isu berkenaan alam sekitar amat tidak dipentingkan, dan Jabatan Alam Sekitar sebenarnya tidak diberikan kuasa untuk campurtangan dalam perancangan bandar dan pemeliharaan kawasan hijau.

Sekiranya, asal-usul (root cause) banjir di Kuala Lumpur atau Lembah Klang tidak ditangani, maka kerajaan mungkin perlu membelanjakan lebih wang untuk membina projek tebatan banjir seperti Terowong SMART dan banjir juga akan turut berlaku lagi.

3 thoughts on “Flooding and over-development”

  1. lee wee tak says:
    Monday, 18-06-2007 at 18: 52.31

    pointing out the obvious but what can we do?

    i think we have to deepen the 2 rivers running through KL city centre and strictly enforce anti-litterbug rules. we need more drainage.

    future development should be away from city centre.

  2. lee wee tak says:
    Monday, 18-06-2007 at 19: 25.31

    the real solution, perhaps,is revive local authority elections.

  3. glokaltower says:
    Wednesday, 20-06-2007 at 15: 53.48

    A senior project manager of a listed property developer once told me, he can calculate the diameter of the drainage duct that is necessary to carry the flow of water from the housing estate and rain flow. But, he was forced to use smaller diameter because his boss want to save cost. The reason to level all hills is because it is easier to build houses this way. So, part of the reason for flooding is the enforecement problem by the relevant authority. They either do not have enough technical knowledge or choose to close one eye. With the global climate change, flooding will be a regular feature all over Malaysia. This will be the sign of downfall of BN since water can float a boat, it also can upside-turn a boat. I see all the big and small announcement of funding for flood prevention projects, the flooding has turn into cash-cow for those well-connected individuals. Our Prime Minister is day-dreaming about 2057 in his palace in Putrajaya, he has totally lost touch with reality and also completely defeated by the BN corrupted system. I see all the big government funding go to his crony to buy support to prelong his political life. Also, Dato Najib is going to be even worse Prime Minister. If DAP can improve and innovate just likes Toyota, one day it can field a Prime Minister candidate.

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁呼吁反贪会调查前经济部长助理蔡镇燊的方式 应避免陷“舆论公审”
  • MACC is urged to restore public confidence and review its manner of investigating James Chai
  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa memulihkan keyakinan awam dan menilai semula cara siasatan terhadap James Chai Jin Shern
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkenaan statistik perkahwinan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun bagi 2023,2024 dan 2025
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkenaan jumlah pendaftaran yang diterima oleh Lembaga Jurukur Tanah
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkenaan rumah perlindungan bagi mangsa keganasan rumah tangga
  • Ucapan Kamar Khas: Apakah Respons dan Halatuju Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Terhadap Syor PAC Terhadap Pemberimilikan Tanah Kerajaan di Kuala Lumpur (2 Mac 2026)
  • Ucapan Teresa Kok (Seputeh) Dalam Perbahasan Penyata Jawatankuasa Pilihan Kesihatan: Pemantapan Dasar Pemakanan dan Intervensi Nutrisi di Malaysia Pada 25 Februari 2026
  • Kes Pecah Kereta di Taman Persekutuan Bukit Kiara
  • “Gema 1MDB: Satu Lagi Pasukan Petugas yang Ditakdirkan untuk Gagal?” (14 Feb 2026)
  • “Echoes of 1MDB: Another Task Force Destined to Fail?” (14 Feb 2026)
  • 郭素沁:嘉玛若再违庭令,将采取法律行动
  • [Media Statement] Response to Recent Remarks by Datuk Jamal Yunos
  • [Kenyataan Media] Respons terhadap Kenyataan Terkini Datuk Jamal Yunos
  • [PARLIMEN] Adakah Kementerian akan menyemak dan menghapuskan keperluan kelulusan suami bukan warganegara dalam permohonan kewarganegaraan anak-anak di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan demi memastikan ibu Malaysia mempunyai hak yang sama untuk memohon kewarganegaraan bagi anak yang dilahir di luar negara.

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme