Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jawapan Parlimen berkenaan Penambahbaikan Taman Bukit Kiara di Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur

Posted on Thursday, 19-05-2016Tuesday, 31-05-2016 by -ec-

Tajuk Ucapan : Apa Yang Berlaku Pada Penambahbaikan Taman Bukit Kiara di Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur

Tarikh Ucapan: 19 Mei 2016 (Khamis)

Kementerian : Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk yang diPertua, kawasan lapang dan taman bagi penduduk di Kuala Lumpur untuk bersenam telah semakin berkurangan. Salah satu taman yang amat disukai oleh pelari dan orang yang bersenam ialah Taman Bukiti Kiara di Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur.

Saya selalu bersenam di Taman Bukit Kiara, saya mengalu-alukan taman ini diletakkan di bawah pengurusan dan penyelenggaraan Jabatan Landskap Negara. Saya juga mengalu-alukan usaha Jabatan Landskap Negara untuk menaiktaraf jalan dan perlengkapan di taman ini sejak akhir tahun lepas, tetapi ramai pelari dansaya rasa amat kesal atas kerja naik taraf taman ini kerana ia tidak mengikut jadual yang dipaparkan di taman tersebut.

Mengikut jadual penaiktarafan yang dipaparkan di taman tersebut, kesemua kerja naiktaraf jalan akan siap pada 31 Mac 2016, tetapi sehingga hari ini, kerja penqetaran jalan dan pembuatan parit kelihatan dihentikan. Jalan yang telah dikorek di taman ini menjadi Iebih rosak dan penuh dengan abu dan habuk.

Saya ingin tanya, apakah sebab kerja nenaiktarafan ini berhenti dan dilewatkan? Apakah ini disebabkan Jabatan Landskap Neqara gagal bayar kontraktor atau pegawai kurang melakukan pemantauan ke atas projek ini? Kami cuba menghubungi nombor telefon Jabatan Landskap Negara yang dipaparkan di pintu masuk taman, iaitu: 03-40470000, nombor itu tidak dapat dihubungi.

Saya ingin minta Kementerian memberi maklumat tentang keseluruhan projek ini dan juga kos vanq terlibat. Apakah projek penaikantaraf ini akan membina tandas bagi pelari dan pesenam? Apakah projek ini termasuk pembesaran jalan masuk ke taman ini yang sempit di Changkat Abang Openg yang selalu digunakan sebagai tempat letak kereta bagi pengguna taman?

Selain itu, ramai ahli Bukit Kiara Equestarian Club yang selalu masuk ke taman melalui pintu kecil di belakang kelab itu amat berharap Jabatan Landskap Negara boleh melewatkan waktu penutupan pintu kecil itu daripada pukul 7 malam ke 8.30 malam supaya mereka yang bekerja boleh bersenam lebih lama di taman tersebut.

Akhirnya, apakah tarikh baru penyiapan projek penambahbaikan taman ini?

Teresa Kok
=======================================

Jawapan YB Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan kerajaran tempatan:–

Tuan Yang Dipertua,

Saya berterima kasih di atas keprihatinan Yang Berhormat Seputeh yang membangkitkan mengenai Taman Persekutuan Bukit Kiara.

Untuk makluman Taman Persekutuan Bukit Kiara merupakan Taman Persekutuan yang pertama dilaksanakan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui Jabatan Landskap Negara. la dibangunkan bagi menyediakan kemudahan rekreasi dan juga merupakan
muzium hidup yang menjadi tempat koleksi pokok-pokok yang ditanam mengikut rekabentuk senibina lanskap berasaskan hutan semulajadi.

Apabila siap kelak, taman ini dapat memberi manfaat kepada orang ramai untuk beriadah, berekreasi, pembelajaran dan juga penyelidikan. la juga berfungsi sebagai green lung bagi kawasan persekitarannya yang padat.

Kawasan seluas 380 ekar yang sedang dibangunkan ini merupakan bekas Iadang getah dengan bentuk mukabumi yang bercerun tinggi yang mana 60% berada pada tahap berkecerunan melebihi 25 darjah. Sesuai dengan keadaan tersebut, Jabatan Landskap Negara sedang melaksanakan pembangunan secara berperingkat-peringkat tanpa menghalang akses kepada penduduk untuk berekreasi di kawasan berkenaan.

Jabatan Landskap Negara dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang melaksanakan kerja-kerja menurap semula jalan termasuk membina semula 6 kilometer jalan servis yang mengintegrasikan laluan berjogging. Komponen pembangunan naiktaraf jalan ini juga merangkumi kerja-kerja sivil iaitu pembaikian cerun, kerja-kerja memperbaiki system saliran, pemasangan kabel untuk penggantian Iampu dan pemasangan paip bekalan air untuk tujuan ‘hydrant’.

Memandangkan kawasan ini boleh digunakan oleh orang ramai semasa kerja-kerja tapak berlansung, penutupan secara berperingkat terpaksa dilaksanakan di mana tarikh yang tercatat pada papan tanda 31 Mac 2016 adalah merupakan tarikh akhir penutupan Zon Fasa 1A — Sub Zon 2 yang terlibat dan bukannya tarikh siap seperti yang didakwa Yang Berhormat.

Kos keseluruhan bagi Cadangan Kerja Naiktaraf dan Menurap Semula Jalan Taman Persekutuan Bukit Kiara Fasa 1A adalah berjumlah RM 9.23juta (RM 9,275,313.00). Tarikh siap sebenar bagi kerja-kerja menaiktaraf jalan dan infrastruktur adalah pada Julai 2016 sepertimana yang tertera pada papan tanda projek. Buat masa ini, kemajuan kerja-kerja di tapak adalah mendahului jadual sebanyak 1.03%.

Berhubung dengan keperluan membina tandas, jalan masuk di Changkat Abang Openg dan keperluan-keperluan Iain, ia akan diambilkira dalam fasa seterusnya bagi kemudahan penguniung.

Berhubung jadual waktu penutupan pagar melalui Kelab Equistrian Bukit Kiara, Jabatan menetapkan supaya ia ditutup pada jam 7.00 malam, setelah mengambilkira factor keselamatan pengunjung.

Kementerian akan meneruskan pembangunan Taman Persekutuan ini secara berperingkat-peringkat. Pemantauan kerja-kerja di tapak dilaksanakan oleh pegawai Jabatan Landskap Negara setiap hari. Kami telah menetapkan tempoh pembangunan selama 5 tahun termasuk tempoh penanaman untuk menggantikan pokok-pokok getah tua dengan spesis pokok berkayu sesuai dengan konsep pembangunan sebagai

“Park & Arboretum”.

Berkenaan talian am Jabatan Landskap Negara yang gagai dihubungi YANG BERHORMAT, untuk makluman talian berkenaan sedang menqhadapi masalah kerosakan peralatan. Pihak Jabatan sedang dalam proses untuk memperbaiki talian berkenaan. Sehubungan itu, untuk sebarang maklumat lanjut, YANG BERHORMAT dan juga pihak-pihak yang berkenaan, buat sementara waktu bolehlah merujuk
kepada Iaman web Jabatan Landskap Negara di jln.kpkt.gov.my atau menghantar emel kepada [email protected].

Sekian, terima kasih.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme