Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

“Mana 2.6 Billion?” poster

Posted on Tuesday, 22-12-2015Wednesday, 23-12-2015 by -ec-

Pada 3.30 petang ini, ketua DAPSY Raub, Sdr Low Yong Zhao dihentikan keretanya oleh dua orang pegawai polis di Taman Midah, Cheras. Nama kedua-dua orang pegawai polis tersebut ialah Riduan dan Sharman.

Mereka mendapati beberapa poster “Mana RM2.6 billion? ” di dalam kereta Low dan mereka Minta dia pergi ke Balai Polis Cheras untuk beri keterangan di bawah Akta Hasutan. Selain itu kedua-dua polis juga kata beliau perlu buat ujian kencing.

Saya bercakap dengan salah seorang pegawai polis itu melalui telefon bimbit Low dan tanya apa salahnya dengan poster itu? Saya kata saya juga ada banyak poster ini di rumah saya dan pejabat saya, apakah polis akan siasat saya juga? Polis itu enggan bercakap dengan saya melalui telefon bimbit dan masih mahu Low ikut mereka pergi ke balai polis. Mereka juga kata ini adalah arahan daripada pihak atasan balainya.

Selepas gagal memujuk polis untuk lepaskan Low, saya dan beberapa pemimpin DAPSY Wilayah Persekutuan pun pergi ke IPD Cheras, dan saya juga jemput media datang bersama.

Bila saya tiba di IPD Cheras, Low pun keluar dari bilik siasatan kerana pegawai penyiasat kata dia tidak bersalah, dan dia dibebaskan atas arahan atasan.

Lepas itu, saya pun ingin berjumpa dengan Ketua Polis Daerah Cheras berkenaan dengan kes ini. 10 minit kemudian, P/ACP Chong Kok Sin, Ketua Polis Daerah Cheras yang sudah balik rumah pun tiba dengan keretanya.

Beliau berjumpa dengan kami di pejabatnya. Low memberitahu beliau apa yang telah berlaku padanya. P/ACP Chong berkata bahawa pemilikan poster “Mana RM2.6 billion? ” bukannya satu kesalahan. Beliau kata beliau telah marahkan anak buahnya atas tindakan mereka.beliau turut meminta maaf kepada kami. Beliau kata kedua-dua pegawai polis tersebut buat semakan rambang terhadap pemandu kereta, mereka tidak sepatutnya menyusahkan Low atas Isu poster tersebut. Kami terima permintaan maaf daripada beliau.

Kami berharap PDRM boleh beri lebih latihan undang-undang kepada pegawai polis bawahan (mata-mata), supaya kesilapan dari segi tafsiran undang-undang dan penyalahgunaan kuasa seperti dalam kes ini tidak akan berulang. Isu seperti ini bukan sahaja mendatangkan ketidaksenangan pada mangsa berkenaan, tetapi ia juga menjatuhkan imej dan nama baik polis.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Ucapan Kamar Khas: Masalah Pelaksanaan Akta A1730: Akta Juruukur Tanah Berlesen (Pindaan) 2024
  • Ucapan Kamar Khas: Kerajaan Diminta Membatalkan Pembinaan 17 Ribu Unit Rumah di Jalan Impian Indah, Bukit Jalil (27 Okt 2026)
  • Court Judgement YB Teresa Kok VS Datuk Dr Akmal
  • UCAPAN PERBAHASAN BELANJAWAN 2027 OLEH TERESA KOK (SEPUTEH) PADA 13 OKTOBER 2026
  • Ucapan Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh) dalam Perbahasan RUU Akta Makanan 1983 (8 Oktober 2026)
  • MOTAC DIMINTA MENYATAKAN PENCAPAIAN KEMENTERIAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026
  • Ucapan Teresa Kok dalam Perbahasan “Laporan Pengurusan Pelarian di Malaysia” di Dewan Rakyat pada 5 Oktober 2026
  • Rest in Peace, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali
  • 郭素沁促请隆市政局在武吉加里尔、大城堡及旧巴生路展开全面基础设施研究
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme