Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Tuan Ibrahim tegaskan PAS tidak akan pikul ‘biawak hidup’

Posted on Saturday, 12-12-2015Monday, 14-12-2015 by -ec-

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man terus mempertahankan pendirian parti yang tidak akan sesekali menerima tawaran kerjasama dengan Umno yang disifatkannya hanya mahu mengalih perhatian daripada isu sebenar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Disember, 2015.

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengatakan parti Islam itu tidak akan bekerjasama dengan Umno walaupun presiden parti Melayu itu, Datuk Seri Najib Razak mempelawa.

Timbalan presiden PAS itu berkata, sebaliknya mereka akan terus mendesak dan memperjuangkan agar syariat Islam diperkukuhkan dalam pentadbiran negara.

“PAS tidak akan bersekongkol ‘memikul biawak hidup’ sebagaimana yang diucapkan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang,” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, perdana menteri tampil dengan cadangan gagasan pembinaan negara berteraskan syariat kerana mahu mengalih perhatian daripada isu sebenar.”Najib terus lemas di dalam jawapan-jawapan yang semakin mengelirukan mengenai penderma RM2.6 bilion di akaun peribadi beliau sama ada daripada penderma, para penderma atau wakil-wakil penderma,” katanya.

Menurut Tuan Ibrahim, Umno adalah musuh tradisi PAS kerana prinsip syarak bukan kerana nama atau diri ahli parti itu.

“Umno mempunyai tanggungjawab akidah dan syariat di atas pundaknya kerana ia diberi amanah dan kekuasaan pemerintahan. Amanah ini akan dipertanggungjawabkan di akhirat,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata, akibat perbezaan dasar kedua parti, PAS dan ahlinya terus menerima tekanan dan penindasan, terutamanya di tangan Umno.

“Ribuan kakitangan awam yang menderita ditukar dan dikenakan pelbagai tindakan kerana mereka menyokong PAS.

“Kelantan terus menderita dan ditindas dengan teruk sejak Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi menteri besar Kelantan pada 1990.

Timbalan presiden PAS itu berkata, sistem federalisme diperkosa dan tidak dipraktikkan secara adil.

Tuan Ibrahim turut membangkitkan kerjasama dengan DAP dahulu yang menyebabkan parti sekular itu sudah boleh diterima orang Melayu.

“Meskipun bukan mudah bagi PAS menghadapi suasana tersebut di mana PAS dituduh menjadi barua DAP, kuda tunggangan dan pengkhianat Melayu.

“Bahkan lebih jauh dari itu, Datuk Onn Jaafar yang mengasaskan Umno diterima sebagai sekutu PAS bersama Parti Negara. Inilah semua menjadi sejarah panjang perjuangan PAS,” kata Tuan Ibrahim yang menegaskan matlamat PAS adalah untuk menyelamatkan manusia dan negara daripada kerosakan. – 12 Disember, 2015.

– See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tuan-ibrahim-tegaskan-pas-tidak-akan-pikul-biawak-hidup#sthash.PBjRBl6e.dpuf

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Ucapan Kamar Khas: Masalah Pelaksanaan Akta A1730: Akta Juruukur Tanah Berlesen (Pindaan) 2024
  • Ucapan Kamar Khas: Kerajaan Diminta Membatalkan Pembinaan 17 Ribu Unit Rumah di Jalan Impian Indah, Bukit Jalil (27 Okt 2026)
  • Court Judgement YB Teresa Kok VS Datuk Dr Akmal
  • UCAPAN PERBAHASAN BELANJAWAN 2027 OLEH TERESA KOK (SEPUTEH) PADA 13 OKTOBER 2026
  • Ucapan Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh) dalam Perbahasan RUU Akta Makanan 1983 (8 Oktober 2026)
  • MOTAC DIMINTA MENYATAKAN PENCAPAIAN KEMENTERIAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026
  • Ucapan Teresa Kok dalam Perbahasan “Laporan Pengurusan Pelarian di Malaysia” di Dewan Rakyat pada 5 Oktober 2026
  • Rest in Peace, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali
  • 郭素沁促请隆市政局在武吉加里尔、大城堡及旧巴生路展开全面基础设施研究
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme