Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Perbahasan dalam bajet peringkat jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri.

Posted on Tuesday, 17-11-2015Wednesday, 18-11-2015 by -ec-

Hari ini saya menyertai perbahasan dalam bajet peringkat jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri. Perbahasan pada peringkat ini membolehkan Ahli Parlimen untuk membahas isu yang spesifik tentang sesuatu kementerian. Isu-isu yang saya bangkitkan adalah seperti berikut:

Butiran 050000 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
——————————————————————————
Saya ingin tanya tentang Indeks Syariah Malaysia yang dilancarkan oleh Perdana Menteri pada Februari tahun ini, yang mana kerajaan akan beri penilaian syariah dalam 8 bidang: Penghakiman, Politik, Ekonomi, Kesihatan, Pendidikan, Budaya, Infrastruktur, Alam-sekitar dan Sosial.

Persoalan saya ialah, macam manakah kerajaan memberi penilaian dan adakan indeks pada 8 bidang ini? Apakah ini merupakan langkah untuk mengubah asas Perlembagaan Persekutuan dan asas penubuhan Malaysia sejak kemerdekaan?

Sehubungan dengan itu, saya juga ingin tanya tentang Meja Bulat “Penghormonian Undang-undang Kajian Undang-undang Bertulis” pada 18 – 19 November 2015 yang dianjurkan oleh Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) yang menjemput wakil NGO untuk hadir. Apakah kedudukan IKIM di dalam JAKIM atau di dalam kerajaan Persekutuan? Kenapakah kita Ahli Parlimen tidak dijemput untuk menghadiri perbincangan satu isu yang begitu penting ini?

Ramai orang bimbang samada seminar anjuran IKIM mempunyai tujuan untuk meminda undang-undang Malaysia tanpa melalui Parlimen?

Butiran 310000 SUHAKAM dan Butiran 320000 Institut Integriti Malaysia
———————————————————————————–
Peruntukan untuk SUHAKAM pada tahun 2015 ialah RM10,986,200 tetapi ia dikurangkan ke RM5,509,400 bagi tahun 2016.

Sehubungan dengan itu, peruntukan bagi Institut Integriti Malaysia (IIM) juga dikurangkan daripada RM11,738,000 ke RM6,026,900 pada tahun 2016

Apakah pengurangan peruntukan sebanyak 50% yang begitu drastik ini menunjukkan kerajaan tidak lagi mementingkan promosi hak asasi manusia dan integriti di negara kita? Macam mana SUHAKAM dan IIM menjalankan program pada tahun depan?
Sehubungan dengan itu, apakah fungsi Bahagian Penjenamaan Negara (butiran 480000)? Peruntukannya dipotong daripada RM15 juta pada tahun ini kepada RM10 juta pada tahun 2016. Kalau agensi ini tidak lagi penting bagi negara kita, mungkin adalah lebih baik bagi kerajaan untuk menutup agensi ini.
Butiran 370000 Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU)

Peruntukan bagi PEMANDU dikurangkan daripada RM142 juta kepada RM29 juta. Apakah pengurangan bajet yang begitu drastik ini menunjukkan peranan PEMANDU ini tidak lagi penting bagi kerajaan? Selain itu, apakah peranan Dato’ Seri Idris Jala masih pegang jawatan ketua PEMANDU kerana beliau tidak lagi pegang jawatan senator dan Menteri cabinet.

Butiran 010000 SURUHANJAYA PILIHANRAYA (SPR)
————————————————————————-
Peruntukan bagi SPR meningkat daripada RM1,420,000 pada tahun ini kepada RM2,326,000. Apakah sebab peningkatan bagi SPR? Pendaftaran pemilih baru sejak Mei 2013 hingga Mei 2015 ini hanyalah 373,467, satu angka yang begitu kurang sekali, dan ini menunjukkan kegagalan SPR untuk mendaftar pemilih baru.
Saya ingin tahu apa yang berlaku pada persempadanan kawasan Parlimen? Apakah kita akan bertanding PRU 14 dengan kawasan Parlimen yang sediada ataupun kawasan Parlimen yang baru? Saya ingin minta Menteri jawab.

Butiran 010000 Khidmat Korporat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
——————————————————————————–
Peruntukan dikurangkan daripada RM15,031,900 pada tahun ini kepada RM8,632,800 pada tahun hadapan. Apakah ini menunjukkan kerajaan tidak mementingkan peranan SPRM?

Saya ingin tahu apakah bentuk perkhidmatan pegawai SPRM?
Apakah ia mengamalkan “close service” dan pegawai SPRM tidak boleh dialihkan keluar daripada agensi ini dan pegawai agensi luar tidak boleh dialihkan masuk. Saya ingin tahu kenapakah 2 pegawai kanan SPRM boleh dialih keluar daripada SPRM pada waktu bila siasatan terhadap skandal 1MDB berada pada tahap paling hangat dan lepas itu mereka dipindah balik ke SPRM?

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Ucapan Kamar Khas: Masalah Pelaksanaan Akta A1730: Akta Juruukur Tanah Berlesen (Pindaan) 2024
  • Ucapan Kamar Khas: Kerajaan Diminta Membatalkan Pembinaan 17 Ribu Unit Rumah di Jalan Impian Indah, Bukit Jalil (27 Okt 2026)
  • Court Judgement YB Teresa Kok VS Datuk Dr Akmal
  • UCAPAN PERBAHASAN BELANJAWAN 2027 OLEH TERESA KOK (SEPUTEH) PADA 13 OKTOBER 2026
  • Ucapan Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh) dalam Perbahasan RUU Akta Makanan 1983 (8 Oktober 2026)
  • MOTAC DIMINTA MENYATAKAN PENCAPAIAN KEMENTERIAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026
  • Ucapan Teresa Kok dalam Perbahasan “Laporan Pengurusan Pelarian di Malaysia” di Dewan Rakyat pada 5 Oktober 2026
  • Rest in Peace, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali
  • 郭素沁促请隆市政局在武吉加里尔、大城堡及旧巴生路展开全面基础设施研究
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme