Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Ucapan Perbahasan Bajet 2016 – Bahagian Pertama

Posted on Wednesday, 28-10-2015Thursday, 29-10-2015 by -ec-

Hari ini saya menyertai perbahasan Bajet 2016. Bahagian pertama ucapan saya adalah berkenaan dengan penurunan pelancong asing ke Malaysia.

“Datuk yang diPertua, Bajet 2016 dibentangkan dalam tempoh kegawatan ekonomi, tetapi kesalnya bajet ini gagal mengatasi banyak masalah di negara kita, khususnya masalah persepsi yang banyak menjejaskan pelaburan dan kedatangan pelancong ke negara kita.

 

Penurunan Pelancong Asing ke Malaysia
================================
Datuk yang diPertua, nilai mata wang Ringgit yang lemah berbanding negara jiran kita sepatutnya menggalakkan lebih ramai pelancong untuk melawat negara kita, tetapi mengikut laporan yang disiarkan dalam The Malay Mail pada 21 Oktober 2015, Malaysia tengah mengalami penurunan pelancong asing pada kali pertama dalam beberapa dekad. Menurut laman web Tourism Malaysia, ketibaan pelancong asing pada bulan Januari pada tahun ini telah jatuh 6.4 peratus berbanding dengan tahun lepas, ini diikuti dengan penurunan sebanyak 8 peratus pada bulan Februari dan 11 peratus pada bulan Mac.

Penurunan kedatangan pelancong asing yang berlaku pada tahun ini selepas kempen “Visit Malaysia Year 2014” dan kempen “Malaysia Year of Festivals 2015 (MyFEST)” dengan slogan “Endless Celebrations” yang fokus pada kepelbagaian perayaan dan kebudayaan di Malaysia. Ini menunjukkan usaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan ini tidak mendatangkan impak yang kekal di kalangan pelancong asing, sehingga kita lihat penurunan pelancong asing pada tahun ini.

Mengikut laman web Tourism Malaysia, penurunan pelancong dari negara China adalah paling serius sekali, kadar kejatuhan pelancong dari Negara China ialah 28.5 peratus berbanding dengan penggal yang sama pada tahun lepas. Keadaan ini adalah amat membimbangkan, kerana pelancong dari Negara China merupakan pelancong yang paling banyak beli-belah ataupun “shopping” berbanding dengan pelancong dari negara lain.

Mengikuti akhbar The Straits Times, walaupun negara Thai mengalami pergolakan politik yang berikutan dengan rampasan kuasa oleh pihak tentera dalam Mei 2014, tetapi Thailand merekodkan peningkatan pelancong asing sebanyak 29.5 peratus dan seramai 14.8 juta pelancong pada penggal pertama tahun 2015.

Saya berpendapat sebab pelancong asing tidak datang ke Malaysia adalah kerana:
i) Imej tentang keselamatan di Malaysia

4 kes penculikan pada awal tahun 2014 dan pembunuhan anggota polis di pantai timur di Sabah menimbulkan persoalan tentang keselamatan bagi pelancong yang ingin melawat Sabah.

Sehubungan itu, Himpunan Rakyat Bersatu ataupun perhimpunan baju merah yang menyebarkan mesej yang penuh dengan baur perkauman dan ugutan terhadap keselamatan orang Cina pada 16 September tahun ini juga telah menghantar mesej bahawa Malaysia adalah tidak selamat bagi pelancong asing, khususnya terhadap pelancong dari Negara China.

Selain itu, kenyataan yang berbaur perkauman yang dibuat oleh menteri kabinet seperti YB dari Kawasan Bera menyalahkan peniaga Cina yang menipu pelanggan Melayu di Low Yat Plaza, Timbalan Menteri YB dari kawasan Pasir Salak yang kata ingin menampar orang Cina yang buat complain di luar negara dan juga siri kenyataan yang lain yang telah menjejaskan slogan “Malaysia Truly Asia” dan imej Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan harmoni.

Saya memuji YB Menteri Pelancongan mengambil langkah yang pro-aktif untuk berjumpa dengan Duta Negara China selepas Duta China membuat lawatan di Petaling Street dalam bulan September. Saya percaya beliau faham tentang persepsi warga di Negara China terhadap Malaysia selepas berlakunya kehilangan kapalterbang MH370 pada 8 Mac 2014, siri penculikan pelancong di Sabah, skandal 1MDB, Himpunan Rakyat Bersatu ataupun perhimpunan baju merah yang mengeluarkan ugutan yang berunsur keganasan terhadap orang Cina di Malaysia, dan juga siri laporan yang negatif terhadap Malaysia oleh media antarabangsa, termasuk media di Negara China.

Saya berharap YB Menteri Pelancongan dan Kebudayaan dan anggota kabinet yang lain boleh menasihati rakan-rakan kabinet tentang kenyataan yang berbaur perkauman mereka, dan juga “double-standard” PDRM terhadap perhimpunan orang ramai, di mana perhimpunan baju merah yang main isu perkauman diberi kebenaran oleh pihak polis manakala pihak polis menafikan kelulusan bagi perhimpunan Bersih 4 yang menuntut pilihanraya dan pentadbiran yang bersih dan tulus. Kesemua ketidakadilan dan arahan yang “double-standard” ini pun menjejaskan imej kerajaan dan namabaik Malaysia di masyarakat antarabangsa.

ii) Masalah bagi Pelancong Negara China Untuk Mendapatkan Visa Pelancong ke Malaysia

Menurut Pengerusi Lembaga Promosi Perlancongan Malaysia, pelancong dari negara China juga dikenakan caj servis untuk visa ke Malaysia, manakala banyak negara jiran di rantau ASEAN mengenakan dasar tanpa visa bagi pelancong dari Negara China. Selain itu, pusat sehenti (One-Stop-Centre) bagi pelancong asing, seperti Ultra Kinrara di Beijing hanya mempunyai 10 kakitangan untuk memproseskan 1,500 permohonan visa setiap hari. Keadaan ini pun mengecewakan ramai pelancong Negara China sehingga mereka pilih melancong ke negara jiran kita dan bukannya Malaysia.

Saya ingin tanya apakah langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini, kerana nampaknya Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan berusaha menarik kemasukan pelancong dengan bersungguh-sungguh tetapi agensi kerajaan yang lain tidak memberi kerjasama dalam usaha ini.

Sehubungan dengan itu, saya juga cadangkan Kerajaan menyahut seruan daripada Presiden Malaysian Association of Tour and Travel Agents Datuk Hamzah Rahmat yang menyeru kerajaan memberi potongan cukai kepada agensi pelancongan yang mampu membawa masuk 700 pelancong asing ataupun 1,000 pelancong tempatan. Saya berpendapat inilah cadangan yang harus diambil perhatian oleh kerajaan supaya lebih insentif diberi kepada agensi pelancongan di negara kita untuk menarik masuk pelancong asing.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Ucapan Kamar Khas: Masalah Pelaksanaan Akta A1730: Akta Juruukur Tanah Berlesen (Pindaan) 2024
  • Ucapan Kamar Khas: Kerajaan Diminta Membatalkan Pembinaan 17 Ribu Unit Rumah di Jalan Impian Indah, Bukit Jalil (27 Okt 2026)
  • Court Judgement YB Teresa Kok VS Datuk Dr Akmal
  • UCAPAN PERBAHASAN BELANJAWAN 2027 OLEH TERESA KOK (SEPUTEH) PADA 13 OKTOBER 2026
  • Ucapan Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh) dalam Perbahasan RUU Akta Makanan 1983 (8 Oktober 2026)
  • MOTAC DIMINTA MENYATAKAN PENCAPAIAN KEMENTERIAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026
  • Ucapan Teresa Kok dalam Perbahasan “Laporan Pengurusan Pelarian di Malaysia” di Dewan Rakyat pada 5 Oktober 2026
  • Rest in Peace, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali
  • 郭素沁促请隆市政局在武吉加里尔、大城堡及旧巴生路展开全面基础设施研究
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme