Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Call on the Prime Minister to set up a Committee of Inquiry comprising independent and eminent Malaysians to conduct a full probe into the Orang Asli school children tragedy

Posted on Tuesday, 13-10-2015Monday, 26-10-2015 by -ec-

It was reported that following the tragic deaths of five of seven runaway Orang Asli school children in Kelantan, the Education Ministry had two days ago announced the set up of a special committee to look into the case and issues involving Orang Asli children who live in school hostels.

The director-general of education, Khair Mohamad Yusof said the committee would look into development, safety, welfare and health issues and would be chaired by a deputy director-general.

Malaysians are still shocked at how a missing incident that had happened on Aug 23 could end up in such an unbelievable tragedy. There are many questions that require answers from the authorities and they include questions like how efficient and serious were the search efforts, why were the children so frightened to return to school after so many days, even at the cost of their lives.

There must therefore be a full scale inquiry into the whole issue and the committee set up by the Education Ministry is inadequate. There must be total transparency and accountability.

I have therefore yesterday written to the Prime Minister Datuk Seri Najib Razak to urge the Cabinet to discuss the tragic incident and to set up a Committee of Inquiry comprising independent and eminent persons.

I have also proposed that the Committee’s findings be submitted to Parliament for debate as well as made public to Malaysians.

The tragic incident is a national shame and such tragedy must never ever happen again in any school.

Attached herewith my letter to the Prime Minister.

12 Oktober 2015

Kepada
YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak
Perdana Menteri Malaysia.

YAB Dato’ Seri,

Cadangan Kepada Kabinet Untuk Menubuhkan Jawatankuasa Khas yang Terdiri Daripada Tokoh Yang Berkaliber Untuk Menyiasat Kes Kehilangan 7 Orang Budak Orang Asli Yang Belajar di SK Tohoi dan Dijumpai 43 Hari Kemudian
————————————————————————————-

Merujuk kepada perkara di atas, dengan hormatnya saya ingin minta YAB Dato’ Seri memandang serius pada kes kehilangan 7 orang budak orang asli yang belajar di SK Tohoi di Gua Musang sejak 23 Ogos 2015. Bila mereka dijumpai 43 hari kemudian, 5 orang telah didapati mati dan 2 orang yang masih hidup berada dalam keadaan fizikal yang amat lemah.

Apa yang mengejutkan masyarakat umum adalah, budak-budak ini dijumpai di kawasan hutan di dalam lingkungan jarak 1km daripada Sekolah Kebangsaan Tohoi, iaitu sekolah asrama mereka. Ini menimbulkan soalan tentang apakah usaha telah dilakukan oleh pihak polis dan pasukan penyelamatan untuk mencari kanak-kanak orang asli ini, dan kenapakah pasukan penyelamatan gagal mencari mereka yang sebenarnya berada di tapak yang begitu dekat dengan SK Tohoi.

Untuk makluman YAB Dato’ Seri, terdapat laporan media yang melaporkan bahawa ibubapa kanak-kanak tersebut mengadu kepada SUHAKAM bahawa usaha mencari kanak-kanak yang hilang ini hanya bermula 5 hari selepas mereka dilaporkan hilang.

Selain itu, orang ramai juga ingin tahu apakah yang sebenarnya telah berlaku pada budak-budak ini di sekolah tersebut. Terdapatnya laporan media yang mengatakan budak-budak orang asli ini mendapat layanan yang buruk di SK Tohoi. Mereka dipaksa tidur di atas lantai simen dan selalu dipukul oleh guru mereka, sehingga mereka selalu takut untuk pergi ke sekolah. Apakah ini benar?

Sehubungan dengan itu, apakah laporan bahawa 7 orang budak-budak orang asli ini dipecat oleh pihak sekolah pada keesokan hari selepas mereka hilang adalah benar? Selain itu, ibubapa kanak-kanak juga mengadu kepada SUHAKAM bahawa mereka tidak pernah diberitahu secara rasmi oleh pihak sekolah tentang anak-anak mereka yang hilang tersebut.

Kematian 5 orang kanak-kanak orang asli ini telah menarik perhatian dan simpati seluruh masyarakat Malaysia. Rakyat berhak tahu samada kesemua dakwaan oleh NGO, media dan ibubapa orang asli tersebut tentang kelalaian agensi-agensi kerajaan ini adalah benar.

Saya mencadangkan supaya kes ini dibincangkan dalam mesyuarat kabinet yang akan datang dalam minggu ini. Memandangkan isu ini melibatkan beberapa agensi di bawah kementerian yang berlainan, saya juga ingin mencadangkan YAB Dato’ Seri untuk menubuhkan jawatankuasa khas yang bebas yang terdiri daripada tokoh yang berwibawa dan berkaliber untuk mendengar dan menyiasat kes ini.

Jawatankuasa ini haruslah membentangkan hasil siasatan tentang kes ini kepada Parlimen dan orang ramai, di samping memberi cadangan kepada kerajaan tentang langkah yang harus diambil oleh kerajaan untuk membetulkan segala kelemahan yang wujud dalam kes ini, supaya ia tidak berulang pada masa hadapan.

Semoga cadangan saya ini diterima baik oleh YAB Dato’ Seri dan kabinet.

Sekian terima kasih.
Yang benar,

Teresa Kok
Ahli Parlimen Seputeh

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Ucapan Kamar Khas: Masalah Pelaksanaan Akta A1730: Akta Juruukur Tanah Berlesen (Pindaan) 2024
  • Ucapan Kamar Khas: Kerajaan Diminta Membatalkan Pembinaan 17 Ribu Unit Rumah di Jalan Impian Indah, Bukit Jalil (27 Okt 2026)
  • Court Judgement YB Teresa Kok VS Datuk Dr Akmal
  • UCAPAN PERBAHASAN BELANJAWAN 2027 OLEH TERESA KOK (SEPUTEH) PADA 13 OKTOBER 2026
  • Ucapan Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh) dalam Perbahasan RUU Akta Makanan 1983 (8 Oktober 2026)
  • MOTAC DIMINTA MENYATAKAN PENCAPAIAN KEMENTERIAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026
  • Ucapan Teresa Kok dalam Perbahasan “Laporan Pengurusan Pelarian di Malaysia” di Dewan Rakyat pada 5 Oktober 2026
  • Rest in Peace, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali
  • 郭素沁促请隆市政局在武吉加里尔、大城堡及旧巴生路展开全面基础设施研究
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme