Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Penduduk kampung di Kelantan bina rakit, persediaan banjir 2015

Posted on Monday, 05-10-2015Monday, 26-10-2015 by -ec-

Fatimah Mat dan penduduk kampung terpaksa mengambil inisiatif sendiri membuat persiapan menghadapi banjir yang bakal tiba memandangkan kerajaan negeri masih belum mengambil sebarang tindakan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 5 Oktober, 2015.

Selepas hilang tempat tinggal akibat banjir besar yang melanda Kelantan, sebahagian besarnya pedalaman pada penghujung Disember lalu, penduduk Kampung Limau Kasturi di Gua Musang tidak mahu mengambil sebarang risiko dan sedang membina rakit sebagai persedian menghadapi hujan lebat susulan angin monsun timur laut yang dijangka membadai negeri itu hujung tahun ini.

Mereka mula mengumpul tong plastik, kayu dan bahan lain untuk dijadikan rakit yang boleh digunakan jika banjir besar melanda negeri itu sekali lagi tahun ini.

“Kami sudah mula mengumpul barang-barang ini untuk membina rakit,” kata penduduk kampung Fatimah Mat sambil menunjukkan tong berwarna biru yang disusun di satu kawasan di kediamannya.

Banjir tahun lepas adalah yang paling teruk dalam sejarah hingga menyebabkan lebih 100,000 orang di Kelantan terjejas. Ini termasuk 1,821 keluarga yang hilang tempat tinggal selepas rumah mereka dihanyutkan air banjir.

Fatimah, 47, dan beberapa jirannya ketika ditemui The Malaysian Insider di kampung mereka yang terletak kira-kira 40km dari Gua Musang berkata, mereka tidak menyangka akan mengalami banjir sebegitu teruk seperti itu.

“Memang pernah berlaku banjir sebelum ini tetapi masa itu air hanya berada pada paras lutut kami saja.

Alias Mohamad dari Kampung Limau Kasturi, Kelantan, khuatir kejadian banjir besar tahun lalu berulang kembali. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 5 Oktober, 2015.Alias Mohamad dari Kampung Limau Kasturi, Kelantan, khuatir kejadian banjir besar tahun lalu berulang kembali. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 5 Oktober, 2015.“Kejadian banjir besar pada Disember lepas adalah kali pertama sehingga menenggelamkan kampung kami serta menghanyutkan rumah penduduk kampung,” kata Alias Mohamad, 64.

“Jiran kami, juga sudah mula membina rakit untuk mengangkut barang-barang dan penduduk ke kawasan yang lebih tinggi sekiranya berlaku lagi tahun ini.

“Jika kita hanya bergantung kepada polis, kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa lain, matilah kita.”

Katanya, tahun lepas penduduk kampung yang membantu menyelamatkan satu sama lain, berpindah ke kawasan lebih tinggi, apabila air semakin naik di kawasan itu.

“Kampung kami berada terlalu dalam. Bantuan luar hanya akan sampai beberapa hari kemudian.”

Fatimah berkata, penduduk kampung terpaksa mengambil inisiatif sendiri apabila kerajaan negeri masih belum mengambil sebarang langkah persiapan menghadapi banjir akhir tahun ini.

“Tiada siapa yang memberitahu kami apa yang perlu dilakukan jika ia (banjir) datang lagi dan tiada siapa datang menerangkan mengenai langkah kontingensi yang perlu diambil bagi memastikan ia tidak berlaku lagi di sini,” katanya.

Seperti kebanyakan keluarga lain di kampung itu, Fatimah kini menetap di rumah sementara, selepas lebih 4 bulan tinggal di dalam khemah selepas banjir itu.

Tetapi tidak seperti orang yang lain, Fatimah dan suaminya membina rumah mereka sendiri, menggunakan bahan-bahan daripada rumah lama mereka, selepas beberapa bulan tinggal berkhemah itu.

“Kami penat hidup dalam khemah. Kami tinggal dalam khemah sampai ia koyak rabak akibat hujan dan angin,” katanya.

Mereka dijanjikan rumah baharu oleh kerajaan persekutuan dan negeri namun tiada sebarang usaha digerakkan setakat ini.

“Mereka (kerajaan negeri) kerap datang ke sini dan memberitahu kami rumah akan siap. Yang terbaru adalah pada sebelum bulan puasa. Mereka kata, kami akan dapat rumah baharu sebelum Hari Raya.

“Kedua-dua kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan sama saja,” kata Fatimah yang sudah berputus harap dengan janji yang ditaburkan kerjaaan.

“Sudah hampir setahun tetapi apa yang boleh kami buat?”

Alias kini tinggal di rumah sementara yang dibina April lalu oleh Malaysian Relief Agency dengan kerjasama Akademi Sukarelawan Briged Bakti Malaysia.

Strukturnya diperbuat daripada papan lapis nipis dan terletak hanya 50 meter dari rumah lama yang mana hanya tinggal tangga simennya sahaja.

“Kami tidak menyangka akan tinggal lama dalam khemah itu dan rumah sementara ini. Mereka sering menabur janji tetapi tiada apa-apa pun setakat ini,” kata isteri Alias, Cik Som Cik Ali, 58.

Cik Som berkata beliau bersyukur dapat tinggal di dalam khemah dan rumah sementara itu.

“Saya bersyukur dengan rumah ini tetapi apabila hujan, kita agak takut.”

Ibu Alias, Jahari Sulaiman tinggal di rumah sementara lain yang terletak tidak berapa jauh dari rumah anaknya.

Balu berusia 85 tahun itu menitiskan air mata ketika menceritakan pengalaman tinggal dalam khemah untuk beberapa bulan.

“Saya tidak pernah melihat perkara ini berlaku. Rumah saya hanyut dan saya masih belum melihat rumah baru yang dijanjikan kepada kami,” kata Jahari yang tinggal bersendirian.

“Apa pun, saya bersyukur kerana kumpulan ini sudah mendirikan rumah sebagai tempat saya berlindung. Saya tidak boleh bayangkan apa yang akan berlaku jika saya masih tinggal di dalam kemah.”

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Persekutuan Kampung Limau Kasturi Mohamad Sokani Mat berkata beliau tidak menjangkakan rumah baharu akan dibina pada bila-bila masa tidak lama lagi kerana terdapat pertikaian berhubung tapaknya.

“Tanah yang pada mulanya mereka dapat, didapati tenggelam. Oleh itu, mereka kini sedang mencari tapak yang baharu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di kampung terbabit.

“Saya fikir ia akan mengambil masa lebih setahun sebelum kita dapat menyiapkan rumah baharu.”

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh, Datuk Nozula Mat Diah berkata, kerajaan negeri sudah berjanji untuk memberikan rumah baharu kepada 113 keluarga di Limau Kasturi.

“Tetapi sehingga kini, mereka masih belum menunjukkan sebarang usaha untuk melakukan sesuatu.

“Kerajaan persekutuan berkata, mereka boleh membinanya, tetapi kerajaan negeri tidak membenarkan mereka berbuat demikian,” kata ahli Umno itu.

“Inilah masalahnya. Jadi, kalau pun Putrajaya mahu (membina rumah baharu), ia tidak dibenarkan berbuat demikian oleh kerajaan negeri Kelantan.”

Nozula berkata beliau mengesyaki kelewatan dalam membina rumah baru kerana kerajaan negeri sudah kehabisan dana untuk berbuat demikian.

“Saya katakan kepada mereka (kerajaan negeri), benarkan kerajaan persekutuan melakukannya. Berulang kali. Tetapi mereka kata, jabatan agama negeri bertanggungjawab ke atas perkara ini.

“Kami rasa mereka tidak ada duit, tetapi mereka masih berkeras untuk melakukannya sendiri,” katanya.– 5 Oktober, 2015.

Jahari Sulaiman bersyukur kerana kini mempunyai rumah sementara yang dibina beberapa kumpulan sukarelawan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 5 Oktober, 2015.Jahari Sulaiman bersyukur kerana kini mempunyai rumah sementara yang dibina beberapa kumpulan sukarelawan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 5 Oktober, 2015.

 

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme