Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Bantuan mangsa banjir Kelantan DAP berjaya walau hubungan dengan PAS putus

Posted on Sunday, 12-07-2015Wednesday, 15-07-2015 by -ec-

Penyelaras Impian Kelantan Young Syefura Othman bercakap mengenai bantuan rumah mangsa banjir di Pantai Timur ketika ditemubual The Malaysian Insider, baru-baru ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 12 Julai, 2015.

Perpecahan Pakatan Rakyat (PR) tidak menghalang Gabungan Impian Kelantan yang digerakkan DAP dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) mesra PAS menyiapkan rumah bagi mangsa banjir di Kampung Pasir Tumboh, Gua Musang menjelang Ramadan baru-baru ini.

Walaupun secara rasminya DAP sudah tidak mempunyai hubungan dengan PAS selepas muktamar bulan lalu yang menyaksikan semua pemimpin progresif tersingkir, penduduk di kampung tersebut dapat menyambut Aidilfitri dengan rumah baharu.

45 rumah mangsa banjir yang disasarkan untuk dibina dan dibaiki sebelum Ramadan berjaya disiapkan tepat pada masanya dengan peruntukan RM350,000 diperoleh daripada sumbangan orang ramai.

Selepas banjir besar melanda negeri Pantai Timur itu akhir tahun lalu, Gabungan Impian Kelantan yang dipengerusikan bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa memulakan tabung bantuan mangsa banjir dan berjaya mengumpulkan lebih RM900,000.

“Selepas habis beri bantuan makanan kepada mangsa banjir, duit lebih banyak lagi jadi kita fikir untuk mula buat rumah,” kata Penyelaras Impian Kelantan Young Syefura Othman dalam satu wawancara bersama The Malaysian Insider, baru-baru ini.

Gabungan Impian Kelantan yang dilancarkan Februari lalu terdiri daripada beberapa kumpulan seperti Impian Kelantan, Yayasan Darul Hijrah, Royalti, Cakna UT, Badan Bertindak NGO HUSM, KB Care, Kuala Krai Care, Sukarelawan Kebajikan Pasir Putih, Persatuan Perubatan Ibnu Sina, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Yayasan Amal Malaysia (Kelantan) dan Yayasan Pembangunan Ummah.

Pecahkan momok anti Melayu

Syefura berkata, bantuan diberikan DAP melalui Impian Kelantan bukan bermaksud ini persediaan mereka untuk bertanding di negeri Pantai Timur itu pada pilihan raya umum akan datang.

“Kita hendak tunjuk kepada rakyat Kelantan yang DAP ni bukan anti Melayu dan kita juga mempunyai sifat kemanusiaan,” katanya.

Katanya, walaupun sebelum ini DAP sering kali dimomokkan sebagai parti yang anti Melayu dan Islam, kerjasama diberikan penduduk setempat untuk Impian Kelantan amat mengejutkan.

“Mula dari Februari kita masuk kampung sampai sekarang, sampai siap projek tidak ada satu masalah langsung.

“Ketua kampung bekerjasama dengan kita, memang mereka mengalu-alukan NGO luar untuk membantu mereka,” katanya.

Beliau berkata, guru besar Sekolah Kebangsaan Pasir Tumboh turut memberikan kerjasama baik dan memberikan Impian Kelantan menggunakan kemudahan sekolah.

“Guru besar dia sangat baik. Saya sangat berterima kasih dengan dia,” katanya.

Selain NGO, Impian Kelantan turut bekerjasama dengan anak syarikat kerajaan negeri Syarikat Ladang Sungai Terah Sdn Bhd yang turut memberikan sumbangan sebanyak RM90,000.

Sambutan kerajaan negeri dingin

Bagaimanapun, semasa Majlis Penyerahan Rumah Kampung Pasir Tumboh selepas muktamar PAS pada 13 Jun lalu, tiada seorang pun wakil kerajaan negeri yang hadir, kata Syefura.

“Kita hantar jemputan kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, timbalan menteri besar dan exco, tapi seorang pun tak datang,” katanya.

Sukarelawan DAP bergambar di depan sebuah rumah yang diberikan kepada mangsa banjir di Kelantan menerusi projek Impian Kelantan. – Gambar The Malaysian Insider, 12 Julai, 2015.

Sukarelawan DAP bergambar di depan sebuah rumah yang diberikan kepada mangsa banjir di Kelantan menerusi projek Impian Kelantan. – Gambar The Malaysian Insider, 12 Julai, 2015.

Syefura berkata, selain bantuan mangsa banjir di Kampung Pasir Tumboh, Impian Kelantan turut mempunyai projek membina semula pasar di Kuala Krai yang musnah akibat banjir tahun lalu.

“Kita keluarkan lebih kurang RM65,000 bina almari untuk peniaga di pasar simpan barang.

“Kita baiki semula pasar tersebut supaya boleh beroperasi seperti biasa,” katanya bercerita tentang pasar di kawasan Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli.

Syefura memberitahu The Malaysian Insider, selepas ini DAP akan meluaskan program bantuan mereka ke negeri majoriti Melayu lain dipimpin Umno seperti Kedah dan Perlis.

“September ni kita akan mula ke kawasan pedalaman di Kedah dan Perlis untuk membuat program pemeriksaan kesihatan.

“Kalau masyarakat perlukan bantuan lain di Kedah dan Perlis ini, kita akan fikirkan,” katanya. – 12 Julai, 2015.

– See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bantuan-mangsa-banjir-kelantan-dap-berjaya-walau-hubungan-dengan-pas-putus#sthash.IDNfDQyF.dpuf

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme