Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

DAP melawat Jordan, Mesir

Posted on Thursday, 16-04-2015Monday, 20-04-2015 by -ec-

Rombongan Ahli Parlimen DAP yang diwakili Liew Chin Tong, Steven Sim, Zairil Khir Johari dan saya mengadakan lawatan ke Jordan dan Mesir mulai 12 April 2015. Rombongan ini diketuai oleh YB Lim Kit Siang, ketua Parlimen DAP.

Dalam beberapa hari yang lepas, rombongan kami telah mengunjungi beberapa organisasi dan ahli akademik yang pakar dalam politik Islam, dan juga bertemu dengan pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di universiti di Jordan.

Ini merupakan lawatan pertama pemimpin DAP ke dunia Arab. Sebelum kami bertolak ke Jordan, kami telah menulis surat kepada Menteri Luar untuk minta bantuan Wisma Putra bagi membolehkan kami melawat kem Zaatari yang menempatkan pelarian perang Syria. Selain itu kami juga memohon temu janji untuk berjumpa dengan Duta Malaysia di Jordan.

Pegawai kedutaan Malaysia di Jordan menjawab surat dengan mengatakan Duta Malaysia yang mempunyai temu janji yang lain tidak dapat berjumpa dengan kami.

Di samping itu kedutaan Malaysia tidak memberi kelulusan bagi kami untuk melawat kem pelarian Syria atas.alasan isu keselamatan dan penyakit H1N1 dalam kem tersebut.

Sebaliknya pihak UNHCR dan kerajaan Jordan menyatakan tiada apa-apa bahaya. Mereka membenarkan kami melawat kem pelarian Syria tersebut. Malah kami diberi taklimat rasmi.

Saya juga gembira dapat berjumpa dengan pelajar Malaysia, tetapi merasa sedih kerana difahamkan bahawa mereka dilarang dan diberi amaran oleh pegawai kerajaan tertentu supaya tidak menghadiri perjumpaan dengan kami, walaupun kehadiran kami sebagai Ahli Parlimen Malaysia memang diketahui oleh pihak kedutaan. Jadi saya tidak siarkan gambar dengan pelajar demi permintaan daripada sesetengah mereka.

Selama ini saya ingat hanya pelajar di universiti tempatan kurang kebebasan untuk anjurkan aktiviti bersama pemimpin politik, tetapi sekarang saya mendapati pelajar Malaysia yang belajar di negara asing, khususnya mereka yang mendapat biasiswa daripada kerajaan, juga hilang kebebasan mereka untuk bertemu dengan wakil rakyat Malaysia di luar negara. Ini amat menyedihkan.

Rombongan kami hanya 5 orang Ahli Parlimen bersama dengan beberapa staf ibu pejabat DAP, tetapi ada pihak merasa amat takut dengan kehadiran kami sehingga sanggup menabur fitnah.

Fakta lawatan kami telah pun diputar-belitkan oleh satu kumpulan pelampau kaum kononnya kami mahu rekrut dan memanipulasikan Melayu muda di luar negara. Seolah-olah negara Arab pun menjadi milik mereka.

Kebimbangan pihak pihak tertentu ini membayangkan kecetekan fikiran mereka. Sikap mereka telah menghina minda dan kebijaksanaan pelajar kita, dan menjadikan kami rasa sangat “powerful”!

Mungkin ada pihak takut bahawa DAP dapat menembusi kubu UMNO di luar negara. Mungkin mereka takut anak muda Melayu di Asia Barat akan tertarik dengan idea progresif DAP.

Jadi lebih kuat fitnah mereka, lebih gigih DAP akan berusaha mendekati masyarakat pelbagai kaum Malaysia, termasuk mereka yang berada di Asia Barat.

 

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Ucapan Kamar Khas: Masalah Pelaksanaan Akta A1730: Akta Juruukur Tanah Berlesen (Pindaan) 2024
  • Ucapan Kamar Khas: Kerajaan Diminta Membatalkan Pembinaan 17 Ribu Unit Rumah di Jalan Impian Indah, Bukit Jalil (27 Okt 2026)
  • Court Judgement YB Teresa Kok VS Datuk Dr Akmal
  • UCAPAN PERBAHASAN BELANJAWAN 2027 OLEH TERESA KOK (SEPUTEH) PADA 13 OKTOBER 2026
  • Ucapan Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh) dalam Perbahasan RUU Akta Makanan 1983 (8 Oktober 2026)
  • MOTAC DIMINTA MENYATAKAN PENCAPAIAN KEMENTERIAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026
  • Ucapan Teresa Kok dalam Perbahasan “Laporan Pengurusan Pelarian di Malaysia” di Dewan Rakyat pada 5 Oktober 2026
  • Rest in Peace, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali
  • 郭素沁促请隆市政局在武吉加里尔、大城堡及旧巴生路展开全面基础设施研究
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme