Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jawapan Parlimen berkenaan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam menangani banjir besar di Pantai Timur pada akhir tahun Disember 2014

Posted on Thursday, 19-03-2015Thursday, 26-03-2015 by -ec-

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN                    :               LISAN

DARIPADA                          :               YB PUAN TERESA KOK SUH SIM

TARIKH                                 :               18 MAC 2015 (RABU)

SOALAN                               :               74

 

YB Puan Teresa Kok Suh Sim [SEPUTEH] minta PERDANA MENTERI menyatakan kelemahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam menangani banjir besar di Pantai Timur pada akhir tahun Disember 2014 dan langkah Kerajaan untuk mengatasi kelemahan MKN dalam menangani malapetaka. Nyatakan sebab Kerajaan tidak mengumumkan darurat semasa banjir besar berlaku supaya lebih banyak agensi Kerajaan boleh menyertai misi menyelamat.

 

JAWAPAN:          YB DATO’ SERI DR. SHAHIDAN BIN KASSIM

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

 

Tuan Yang di-Pertua,

Majlis Keselamatan Negara telah mengeluarkan Arahan MKN No. 20: Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara pada 30 Mac 2012 dan ianya masih relevan. Arahan ini menggariskan satu dasar pengurusan dan bantuan bencana di darat secara menyeluruh berkenaan pengurusan bencana meliputi pengendalian peringkat sebelum, semasa dan selepas bencana.

Mekanisme pengurusan bencana dilaksanakan mengikut tiga (3) tahap jawatankuasa pengurusan iaitu di Daerah, Negeri dan Pusat yang mana masing-masing dipengerusikan oleh Pegawai Daerah, Setiausaha Kerajaan Negeri dan YB Menteri yang dilantik oleh YAB Perdana Menteri. Jawatankuasa- jawatankuasa tersebut juga dianggotai dari pelbagai Kementerian, Jabatan dan Agensi di ketiga-tiga peringkat pentadbiran termasuklah penglibatan Penghulu dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Dalam hal ini, MKN bertindak selaku urus setia kepada setiap jawatankuasa-jawatankuasa tersebut.

Bagi memperincikan kaedah pengurusan bencana, MKN telah mengeluarkan Peraturan Tetap Operasi (PTO) Pengendalian Bencana Banjir sebagai panduan pelaksanaan tugas secara lebih khusus. Susulan arahan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) yang dipengerusikan YAB Timbalan Perdana Menteri pada 3 Januari 2014, PTO yang diterbitkan pada tahun 2001 itu telah disemak serta ditambah baik dengan mengambil kira pengendalian banjir dalam situasi ekstrem.

PTO tersebut telah dibentangkan kepada semua agensi di mana peranan dan tindak balas pihak yang terlibat dalam pengurusan bancana telah diperincikan. Kandungan PTO berkenaan telah dimaklumkan kepada semua agensi berkaitan melalui jentera Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat Negeri dan Daerah yang dipengerusikan oleh Setiausaha-Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai-Pegawai Daerah. Selain memperincikan peranan agensi pada fasa tindak balas, PTO tersebut juga turut telah mengambil kira pengurusan perkara yang perlu dilaksanakan oleh setiap agensi dan jawatankuasa berkaitan pada setiap fasa sebelum (Pencegahan dan Kesiapsiagaan Bencana), fasa semasa (Tindak Balas Bencana) dan fasa selepas (Pemulihan Pasca Bencana)

PTO yang telah disemak semula ini turut menggariskan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan pada setiap peringkat, antaranya adalah penyediaan Pelan Tindak Balas Bencana Tempatan di peringkat Negeri dan Daerah. Pegawai Daerah dan YB Setiausaha Kerajaan Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana perlu menyediakan rancangan kesiapsiagaan dan tindak balas yang bersesuaian dalam pengurusan bencana. Persediaan menghadapi bencana hendaklah diperinci dan didokumenkan di dalam satu pelan tindakan supaya setiap petugas mengetahui dan boleh merancang dengan lebih berkesan tindakan-tindakan yang perlu diambil pada peringkat sebelum dan semasa bencana berlaku.

Pengurusan bancana di daerah adalah peringkat paling penting memandangkan segala tindakan pelaksanaan pengurusan bencana akan dilaksanakan di peringkat ini. Manakala pengerusan di peringkat negeri dan pusat member focus kepada koordinasi pelan tindakan operasional yang harus dilaksanakan di peringkat daerah selain member bantuan keperluan asset dan personel.

Berhubung dengan pengisytiharan darurat, seperti yang telah dinyatakan oleh YAB Perdana Menteri di Dewan Rakyat baru-baru ini bahawa pengisytiharan darurat tidak perlu dilakukan kerana semua agensi pengurusan bencana termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Tentera Malaysia dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia telah pun digembling sepenuhnya

 

Sekian Terima Kasih

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Ucapan Kamar Khas: Masalah Pelaksanaan Akta A1730: Akta Juruukur Tanah Berlesen (Pindaan) 2024
  • Ucapan Kamar Khas: Kerajaan Diminta Membatalkan Pembinaan 17 Ribu Unit Rumah di Jalan Impian Indah, Bukit Jalil (27 Okt 2026)
  • Court Judgement YB Teresa Kok VS Datuk Dr Akmal
  • UCAPAN PERBAHASAN BELANJAWAN 2027 OLEH TERESA KOK (SEPUTEH) PADA 13 OKTOBER 2026
  • Ucapan Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh) dalam Perbahasan RUU Akta Makanan 1983 (8 Oktober 2026)
  • MOTAC DIMINTA MENYATAKAN PENCAPAIAN KEMENTERIAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026
  • Ucapan Teresa Kok dalam Perbahasan “Laporan Pengurusan Pelarian di Malaysia” di Dewan Rakyat pada 5 Oktober 2026
  • Rest in Peace, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali
  • 郭素沁促请隆市政局在武吉加里尔、大城堡及旧巴生路展开全面基础设施研究
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme