Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Bahagian II Ucapan Parlimen dalam Perbahasan Menjunjung Kasih YDP Agong:

Posted on Monday, 23-03-2015 by -ec-

Pembangunan yang Terlalu Pesat Tanpa Ambilkira Kesesakan Trafik di Kuala Lumpur

———————————————————————————–
Datuk yang diPertua, Kuala Lumpur telah menjadi semakin sesak sekarang dan pengangkutan awam seperti bas jarang dinampak. Ini dibuktikan dengan kesesakan yang kita semua alami semasa kita datang ke Parlimen pada waktu pagi.

Saya telah banyak kali menyuarakan isu kelulusan projek pembangunan yang mempunyai kepadatan yang tinggi tanpa ambil kira trafik. Dalam satu mesyuarat di antara Ahli Parlimen Kuala Lumpur dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur, kami diberitahu bahawa Kerajaan ingin meningkatkan penduduk di Kuala Lumpur kepada 2 juta, jadi DBKL dikehendaki meluluskan projek perumahan yang mempunyai densiti yang tinggi demi mencapai objektif ini.

Persoalan saya ialah, kenapakah kerajaan ingin menetapkan 2 juta penduduk sebagai sasaran DBKL? Apakah kebaikan untuk mengumpulkan penduduk sehingga 2 juta tanpa menambahbaikan pengangkutan awam di Kuala Lumpur, sehingga semua penduduk, pekerja dan pelancong di Kuala Lumpur selalu terpaksa terperangkap dalam situasi kesesakan trafik di jalanraya?

Datuk yang diPertua, dalam mesyuarat dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur tersebut, saya berpeluang tahu tentang satu projek 8 blok pangsapuri yang mempunyai 2,000 unit rumah mampu milik di kawasan Bukit Jalil. Kononnya projek ini adalah di bawah PRIMA dan akan dijual kepada pegawai kerajaan dengan harga RM150K.

Saya amat terkejut untuk lihat projek raksaksa ini didirikan di Bukit Jalil kerana saya tidak dapat membayangkan betapa sesaknya keadaan di semua jalan di Bukit Jalil apabila 2 hingga 3 ribu pegawai kerajaan keluar dari rumah pangsa tersebut dengan kereta tiap-tiap pagi?

Bukit Jalil sekarang mengalami pembangunan yang pesat, selalunya sekiranya terdapat program ataupun permainan bola sepak di stadium ataupun padang Bukit Jalil, kesemua jalan di Bukit Jalil, Sri Petaling dan malah Puchong akan menjadi sesak. Begitu juga keadaan dalam bulan Ramadhan. Apa yang akan berlaku di Bukit Jalil sekiranya DBKL meluluskan lagi pangsapuri PRIMA yang mempunyai 2,000 unit tersebut?

Saya ingin merayu kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan boleh mengurangkan densiti projek tersebut, kalau tidak, rumah pangsa itu akan menjadi tempat yang menyeksa pegawai kerajaan yang duduk di rumah pangsa tersebut.

Sehubungan dengan itu, saya juga ingin cadangkan supaya bahagian SPAD yang menguruskan trafik di Kuala Lumpur diletakkan di bawah DBKL, supaya pihak DBKL boleh mengawal kesesakan trafik di Kuala Lumpur.

Di Manakah Jiwa “1 Malaysia”?
——————————————-

Datuk yang diPertua, sejak YAB Pekan pegang jawatan Perdana Menteri, beliau telah keluarkan satu slogan yang menarik, iaitu “1 Malaysia”. Selepas itu, kerajaan juga menggunakan berjuta-juta ringgit untuk mempromosi slogan “1 Malaysia” ini. Tetapi kesalnya, pemimpin BN termasuk menteri kabinet sendiri yang merosakkan jiwa perpaduan dan slogan “1 Malaysia” ini.

Dua bulan yang lepas, seluruh masyarakat Malaysia terkejut bila Menteri Pertanian, YB Bera mengeluarkan kenyataan dalam facebook yang minta orang Melayu boikot syarikat Cina seperti Old Town Café yang kononnya dimiliki oleh YB Taiping dan YB Beruas, satu dakwaan yang memang tidak betul.

Kami merasa kesal seorang Menteri kabinet yang mengeluarkan kenyataan yang begitu rasis ini tidak memohon maaf dan tidak tarik balik kenyataannya.

Walaupun Ketua Polis Negara telah mengarahkan siasatan ataupun rakaman kenyataan atas beliau, tetapi kita semua lihat “double-standard” diamalkan oleh PDRM. Pihak polis menahan YB Lembah Pantai yang mengkritik hakim di Dewan yang mulia ini selama satu hari semalam di bawah Akta Hasutan, yang mana ucapan Ahli Parlimen sepatutnya ada imuniti dalam ucapan kami di Dewan Rakyat, tetapi polis tidak kenakan layanan yang sama terhadap Menteri YB Bera yang mana tulis kenyataan yang rasis dalam facebooknya yang mana tiada imuniti. Bukankah ini “double standard” dan ketidakadilan oleh pihak polis?

Pelan Pengubahsuaian/Rennovation di Bangunan Parlimen
——————————————————————————–
Datuk yang diPertua, saya ingin tanya apakah pelan pengubahsuaian Parlimen sekarang? Bila Ahli Parlimen diminta pindah dari bangunan lama ke Dewan Rakyat ini pada tahun 2010/2011, kami diberitahu bahawa projek pengubahsuaian bangunan Parlimen ini akan ambil 5 tahun sahaja. Sekarang kita telah masuk ke tahun 2015, dan kita lihat tidak banyak progres dijalankan, tetapi sekarang tempat letak kereta lebih kurang dan lebih ketidaksenangan dialami oleh kita semua.

Kesian kepada Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara, kesian kepada semua pegawai kerajaan yang berkhidmat di Parlimen ataupun mereka yang berkhidmat dalam sidang Parlimen. Apakah yang sebenarnya berlaku, kenapakah progress pengubasuaian begitu lambat, berapakah “Variation Order” sekarang dan apakah kos pengubahsuaian telah meningkat …….bilakah pengubasuaian akan siap?

Saya minta pihak Menteri JPM YB Arau untuk jawab di dewan yang mulia ini.

Sekian, terima kasih.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme