Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Bahagian 1 Ucapan Parlimen Dalam Perbahasan Menjunjung Kasih Yang Dipertuan Agong Pada 17 Mac 2015

Posted on Monday, 23-03-2015 by -ec-

Apakah Rasional Kerajaan Memperkenalkan MYEG?

————————————————————————–
Pada tahun lepas, Menteri Pengangkutan YB Bentong daripada MCA menjadi menteri yang paling banyak dikritik kerana penguatkuasaan ke atas plet nombor kenderaan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan.

Tetapi pada permulaan tahun ini, Menteri Dalam Negeri, YB Bagan Datok pula menjadi Menteri yang paling banyak dikritik disebabkan pembaharuan permit pekerja asing melalui laman web diikuti dengan penghentian perkhidmatan pembaharuan permit di kaunter imigresen, satu tindakan yang amat tidak adil dan kurang bijak.

Kementerian Dalam Negeri kemudian membuka kaunter imigresen berikutan kritikan hebat daripada orang ramai, tetapi tiada siapa yang tahu bilakah perkhidmatan permohonan pekerja asing di kaunter imigresen akan ditutup lagi.

Menteri Dalam Negeri haruslah jawab banyak soalan tentang penswastaan perkhidmatan ini, khususnya soalan kenapakah beliau membenarkan perkhidmatan ini dimonopoli oleh MYEG.
Soalan pertama ialah kenapakah MYEG mengenakan bayaran tambahan RM38 setiap permohonan sementara majikan masih dikehendaki membayar RM125 bayaran pemerosesan (processing fees) di bawah struktur fi untuk membaharui permit pekerja asing.

Soalan kedua ialah kenapakah perkhidmatan ini mesti diswastakan ataupun “outsource”?

Pada 2 Mac, Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Ayer Hitam membuat kenyataan yang disiarkan dalam akhbar Cina bahawa keinginan kerajaan untuk melaksanakan pembaharuan permit melalui MYEG ialah demi mengawal bilangan pekerja asing di negara kita melalui mendapat statistic kemasukan dan keluaran pekerja asing yang berkesan.

Kenyataan YB Ayer Hitam yang mempertahankan MYEG ini adalah amat tidak menyakinkan dan tidak masuk akal. Sekiranya kerajaan perlukan sistem online demi mendaftar dan membaharui permit pekerja asing, ini boleh dilakukan oleh jabatan imigresen, dan kerajaan tidak perlu swastakan perkhidmatan ini.

Pada 10 Januari 2015, Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan kenyataan menyatakan tujuan kerajaan untuk membaharui pekerja asing melalui MYEG ialah demi menyemak penyalahgunaan pelbagai pihak dan demi memendekkan proses permohonan kepada satu atau dua hari berbanding dengan dua hingga empat minggu, dan demi mengurangkan kesesakan di kaunter Jabatan Imigresen.

Kementerian Dalam Negeri tidak sebut alasan yang dibangkitkan oleh YB Ayer Hitam. Jadi kenapakah YB Ayer Hitam tiba-tiba keluarkan penerangan barunya sendiri?

YB Ayer Hitam juga dilaporkan berkata bilangan pekerja asing telah melebihi populasi kaum India di negara kita, dan jika kerajaan tidak mempunyai sistem yang baik untuk memantau dan mengawal bilangan pekerja asing, maka bilangan pekerja asing mungkin akan melebihi populasi kaum Cina di negara kita.
Saya pernah keluarkan kenyataan akhbar dan menanya YB Ayer Hitam kenapakah bangkitkan keperluan mengawal populasi pekerja asing daripada sudut kaum? Tetapi beliau menuduh saya memutar-belitkan kenyataannya melalui media yang dikawal oleh MCA walaupun beliau tidak berani menuduh akhbar Cina salah dalam laporan mereka.

Saya ingin mengingatkan kerajaan bahawa objektif utama apa-apa bentuk penswastaan perkhidmatan haruslah dilakukan dengan menyediakan perkhidmatan yang lebih murah dan lebih berkesan kepada orang ramai.

Kerajaan seharusnya dengar suara dan sungutan majikan dengan menghapuskan RM38 yang dikenakan oleh MYEG dan membenarkan pembaharuan permit pekerja asing terus diadakan di kaunter imigresen.

Apakah Kerajaan Meluluskan Penggunaan Pekerja Hamba Abdi Korea Utara?
————————————————————————————

Datuk yang diPertua, letupan yang berlaku di lombong batu arang di Selatik di Seri Aman, Sarawak pada 22 November 2014 yang menyebabkan kematian 3 orang pekerja asing, termasuk seorang dari Korea Utara. Insiden ini membuka mata kepada orang ramai bahawa terdapatnya pekerja dari Korea Utara, satu negara Komunis yang bekerja di Malaysia.

Saya ingin tahu apakah Kerajaan Malaysia mempunyai perjanjian dengan Kerajaan Korea Utara yang membenarkan pekerja Korea Utara untuk bekerja di Malaysia?

Saya difahamkan bahawa terdapat 300 pekerja Korea Utara hamba abdi bekerja di lombong Sarawak dan terdapatnya rancangan untuk menggunakan 5,000 pekerja Korea Utara dalam pembinaan Janakuasa Tenaga Bintulu (Bintulu Power Station) di Sarawak.

Malaysia sekarang ialah anggota dalam Majlis Keselamatan PBB. Korea Utara yang mengancam keamanan dunia dengan program nuclear dan missile dan kesemua ini merupakan isu dalam Majlis Keselamatan PBB. Jadi mengimport lebih pekerja Korea Utara dan memberi bayaran kepada syarikat milikan Korea Utara mencabuli resolusi Majlis Keselamatan 2094 (2013) dan menjejaskan namabaik Malaysia di dunia antarabangsa.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Ucapan Kamar Khas: Masalah Pelaksanaan Akta A1730: Akta Juruukur Tanah Berlesen (Pindaan) 2024
  • Ucapan Kamar Khas: Kerajaan Diminta Membatalkan Pembinaan 17 Ribu Unit Rumah di Jalan Impian Indah, Bukit Jalil (27 Okt 2026)
  • Court Judgement YB Teresa Kok VS Datuk Dr Akmal
  • UCAPAN PERBAHASAN BELANJAWAN 2027 OLEH TERESA KOK (SEPUTEH) PADA 13 OKTOBER 2026
  • Ucapan Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh) dalam Perbahasan RUU Akta Makanan 1983 (8 Oktober 2026)
  • MOTAC DIMINTA MENYATAKAN PENCAPAIAN KEMENTERIAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026
  • Ucapan Teresa Kok dalam Perbahasan “Laporan Pengurusan Pelarian di Malaysia” di Dewan Rakyat pada 5 Oktober 2026
  • Rest in Peace, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali
  • 郭素沁促请隆市政局在武吉加里尔、大城堡及旧巴生路展开全面基础设施研究
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme