Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Memo of DAP FT MPs to PM at DBKL

Posted on Friday, 01-06-2007 by Teresa

The Prime Minister today paid a one day visit to Kuala Lumpur. He started off with y a welcome programme, meaning speeches in DBKL auditorium.

Unfortunately and regrettably the four DAP MPs in FT were not invited to the eventl. But the four of us went to DBKL prior to the arrival of PM and we presented our memo to him when he walked pass and shook hands with us.

We then left DBKL when the whole group of them went into the auditorium for speeches and briefings.

In this 3-page memo, we highlighted to the PM a few pertinent issues related to DBKL and the people of Kuala Lumpur.

This is the content of our memo:

DAP Wilayah Persekutuan 直轄區民主行动党

c/o: 28-3A, 4th floor, Sri Desa Entrepreneur’s Park.

Jalan 1/116B, Off Jalan Kuchai Lama.

58200 Kuala Lumpur.

Tel: 603-79836768 , Fax: 603-79837576

1 Jun 2007

Kepada

YAB Dato’ Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi

Perdana Menteri Malaysia

YAB Dato’ Seri,

Memorandum Berkenaan Dengan Masalah dan Permintaan Penduduk Kuala Lumpur

Kami sebagai wakil rakyat di Kuala Lumpur mengalu-alukan lawatan YAB Dato’ Seri ke Kuala Lumpur. Di sini kami ingin mengambil kesempatan lawatan YAB Dato’ Seri untuk membentangkan masalah dan permintaan penduduk di Kuala Lumpur untuk rujukan dan tindakan YAB Dato’ Seri.

Permintaan Yang Paling Mendesak & Perlu Tindakan Segera

1) Membatalkan Cadangan Mengenakan Bayaran Masuk Ke Pusat Bandar Kuala Lumpur (Congestion Pricing) & Menjamin Cadangan Ini Tidak Akan Dilaksanakan

“Congestion Pricing” mungkin sesuai dilaksanakan di bandar di negara lain kerana Bandar-bandar tersebut mempunyai sistem pengangkutan yang effisien dan lengkap. Memandangkan sistem pengangkutan awam di Kuala Lumpur dan Lembah Klang masih amat tidak memuaskan, maka adalah amat tidak sesuai dan tidak munasabah bagi DBKL untuk melaksanakan “congestion pricing”.

Cadangan ini hanya sesuai diamalkan sekiranya kadar penggunaan pengangkutan awam di Lembah Klang mencapai 70%, tetapi kadar penggunaan pengangkutan awam kita hanya mencapai 16% sahaja, jadi pengenaan “congestion pricing” akan lebih menyusahkan orang ramai, dan ia seolah-olah akan menjadi bayaran tol yang kedua yang membebankan rakyat.

2) Mempercepatkan Penjualan Unit PPR Kepada Penduduk

Kami mengalu-alukan cadangan kabinet untuk menjual unit PPR kepada penduduknya yang sedia ada. Ini bukan akan meringankan beban DBKL terhadap PPR di Kuala Lumpur, ia juga akan menguatkan kepertanggungjawapan penduduk PPR terhadap komuniti mereka.

Kami bercadang supaya kesemua penyewa unit PPR yang telah bermastautin di PPR akan diberikan tawaran penjualan, dan kesemua bayaran sewa yang telah dibayar oleh mereka pada tahun-tahun yang lepas haruslah dianggap sebagai bayaran harga jualan unit PPR mereka.

Sehubungan dengan itu, kami juga ingin menyeru Kerajaan boleh menunaikan

janjinya untuk menjual rumah kos rendah kepada penduduk setinggan yang

dipaksa untuk membuka jalan untuk pembangunan projek KL Linear City pada

tahun 1996/1997. Para setinggan KL Linear City ini telah menunggu rumah

mereka selama 10 tahun, tetapi mereka masih belum mendapat rumah mereka

sehingga hari ini walaupun isu ini telah dibangkitkan di Parlimen berpuluh-puluh

kali oleh Ahli Parlimen Seputeh. Kami berharap Kerajaan boleh menunaikan janji

kepada golongan setinggan ini dengan secepat mungkin.

3) Menawarkan Tapak Alternatif Kepada Pengurus Industri Kecil & Sederhana Yang Beroperasi di Tanah Kerajaan

DBKL tengah menjalankan operasi pembersihan setinggan kediaman dan setinggan Industri Kecil Sederhana (IKS) di tanah kerajaan di seluruh Kuala Lumpur demi mencapai objektif “setinggan sifar”. Walaupun DBKL menawarkan unit PPR kepada penduduk setinggan kediaman, tetapi ia tidak memberi tapak alternatif kepada tuanpunya IKS yang beroperasi di tanah kerajaan. Keadaan ini menyebabkan ramai pengurus dan pekerja IKS menghadapi masalah ekonomi dan menganggur selepas bengkel mereka dirobohkan oleh DBKL.

Memandangkan IKS memang memainkan peranan yang penting dalam ekonomi negara, ia juga telah membekal peluang pekerjaan kepada orang ramai di samping merupakan pembayar cukai kepada DBKL dan kerajaan. Jadi kami bercadang supaya DBKL menangguhkan perobohan setinggan IKS sekiranya tempat itu tidak digunakan untuk mengadakan projek pembangunan. Selain itu, kami bercadang supaya DBKL boleh memperuntukkan tapak alternatif kepada IKS yang menduduki tanah kerajaan tersebut, sebagai langkah untuk membantu pengurus IKS yang kebanyakannya merupakan golongan yang kurang berada.

Isu-isu Lain Yang Penting

1) Mengadakan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan di Kuala Lumpur Demi Meningkatkan Keberkesanan Perkhidmatan dan Menghapuskan Korupsi di DBKL

Memandangkan banyak tuduhan tentang penyalahgunaan kuasa, korupsi dan penyampaian urusan yang lambat telahpun dilempar oleh orang ramai terhadap kerajaan tempatan, termasuk DBKL, dan memandangkan para pembayar cukai kepada kerajaan tempatan dan DBKL telah dilupuskan hak untuk memilih Datuk Bandar dan anggota majlis perbandaran mereka, kami mencadangkan supaya kerajaan memulihkan pilihan raya kerajaan tempatan yang telah digantung lebih daripada 41 tahun, memulangkan hak pemilihan Datuk Bandar dan anggota majlis perbandaran kepada para pembayar cukai kerajaan tempatan sebagai langkah untuk mengadakan pembaharuan, meningkatkan keberkesanan, akauntabiliti dan integriti dalam kerajaan tempatan kita, termasuk DBKL.

Memandangkan perbelanjaan tahunan dan bajet DBKL adalah terbesar di kalangan majlis perbandaran di seluruh negara, dan perbelanjaan tahunannya (lebih kurang RM2 bilion setahun) malah lebih tinggi daripada bajet Kerajaan Negeri Selangor (lebih kurang RM1 billion), jadi kami bercadang supaya pilihan raya kerajaan tempatan diadakan di ibu kota Kuala Lumpur terlebih dahulu, sebelum ia diikuti oleh majlis perbandaran di negeri-negeri lain.

2) Meningkatkan Keselamatan di Kuala Lumpur Dengan Menggunakan Anggota Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan DBKL Untuk Menjalankan Rondaan dan Menjaga Keselamatan

Memandangkan kadar jenayah di Kuala Lumpur telah meningkat dengan mendadak dan mengakibatkan keselamatan penduduk di Kuala Lumpur terancam, kami mencadangkan supaya anggota Direktorat Penguatkuasaan DBKL boleh dihantar untuk menjaga keselamatan penduduk di sekitar Kuala Lumpur, sebagai langkah untuk mencegah jenayah.

3) Menambah SRJK(C) & SRJK (T) di Kuala Lumpur Untuk Memenuhi Kehendak Penduduk Pelbagai Kaum di Kuala Lumpur

Memandangkan semakin ramai ibu-bapa ingin menghantar anak-anak mereka ke SRJK(C) dan SRJK(T) sehingga kebanyakan sekolah rendah aliran ini menghadapi masalah kekurangan bilik darjah dan guru di Kuala Lumpur, kami ingin meminta kerajaan menambahkan pembinaan SRJK(C) dan SRJK(T) di Kuala Lumpur demi memenuhi kehendak penduduk di ibu kota ini.

4) Melarang Parti Komponen Barisan Nasional Untuk Mendirikan Pejabat Cawangan Mereka di Tanah Kerajaan dan Tanah Hijau

Banyak cawangan parti komponen Barisan Nasional di Kuala Lumpur menyalahgunakan kuasa mereka dengan mendirikan pejabat cawangan mereka di tanah hijau dan tanah kerajaan. Tindakan ini bukan sahaja bercanggah dengan dasar kerajaan untuk mencapai objektif “setinggan sifar”, ia selalunya juga merampas hak orang ramai terhadap tanah hijau, malah menjejaskan projek pembangunan DBKL, seperti apa yang dilakukan oleh UMNO Seputeh di Jalan Kuchai Lama.

Oleh itu, kami menyeru YAB Dato’ Seri supaya menurunkan perintah untuk menegah semua parti komponen Barisan Nasional di Kuala Lumpur untuk menghentikan penyalahgunaan kuasa seperti ini dan menyerah balik tanah kerajaan yang diduduki oleh mereka kepada DBKL, sebagai langkah untuk menunjukkan integriti mereka dan menjalankan kepemimpinan melalui teladan.

5) Menghormati Kebebasan Beragama dan Menghentikan Perobohan Tempat Sembahyang Hindu dan Buddha

Perobohan tempat sembahyang orang bukan Islam, khususnya penganut Hindu dan Buddha telah menjadi satu isu yang sensitif dan menyakitkan hati ramai penganut agama. Kami bercadang supaya YAB Dato’ Seri mengarahkan DBKL untuk menghentikan tindakan perobohan tempat sembahyang bukan Islam ini, tetapi memberi tempat alternatif kepada para tuanpunya tempat sembahyang ini sebelum tindakan perobohan dijalankan.

Kami juga mencadangkan supaya DBKL boleh mengadakan perancangan yang lebih rapi di Kuala Lumpur dengan mengambil kira keperluan penganut semua agama bukan Islam di Kuala Lumpur. Kami juga bercadang supaya DBKL menetapkan tempat sembahyang alternatif bagi kesemua agama sebelum apa-apa projek pembangunan rumah yang besar diluluskan.

Yang benar,

YB Dr Tan Seng Giaw, Ahli Parlimen Kepong; YB Tan Kok Wai, Ahli Parlimen Cheras; YB Fong Kui Lun, Ahli Parlimen Bukit Bintang, YB Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh [signed]

5 thoughts on “Memo of DAP FT MPs to PM at DBKL”

  1. sheriff singh says:
    Friday, 01-06-2007 at 23: 31.46

    He’ll sleep on it and get back to you in his dreams.

    But if he does, please let us know.

  2. sheriff singh says:
    Saturday, 02-06-2007 at 00: 21.41

    By the way, I think the PM is PM of the whole country, not merely of BN constituencies. By excluding Opposition MPs and constituencies, City Hall and the government is saying you all do not belong to the country. Perhaps you should all just declare independence.

    I find it shocking that the PM did not deem it fit to invite you all to stay for his function. But then he is very absent-minded dont you think, not capable of thinking clearly or straight? Not as sassy as you. Ah well, he’s what we got.

  3. Koss says:
    Saturday, 02-06-2007 at 18: 34.30

    Theresa,

    You do have some degree of spunk in what you attempt to do by raising your profile with this blog for instance. However expecting to be invited to a function where the prime minister officated and taking offence to the absence of an invitation or exclusion is not the end of the world.

    Your own contituents would expect you to be more resilient, less dependent on invitation and following an agenda of your political opponent.

    If you were in government it is more likely that you would have resorted to a similar practice. he represents a majority. It is his (and his advisors) discretion to exclude whoever they want including Mother Theresa.

    You should continue with your proporals and your own agenda regardless of whether or not the PM is on your side. That is politics.

    It may be more difficult being on the outer, but you know the old saying, “If you can’t stand the heat then get out of the kitchen”. This is not trivial pursuit. It is about manipulation, opportunism and producing the result you want and not the result others are necessarily going to be satisfied with. You can’t please all the people all the time.

    And if so offended by Islam and the Muslim ideology and wanting to preserve what you and your follwoers see as a secular state, then stop quoting Luke, Mark, Matthew or John. It is offensive and really not what politics should be made of if secular.

  4. sheriff singh says:
    Monday, 04-06-2007 at 02: 25.33

    The PM and his minders are just being childish and immature by excluding some people but not others.

    Proper protocols require a certain standard of behaviours and even courtesy and they just don’t understand or appreciate this. Surely all basic religious beliefs also encourage and promote this.

    If you wish to leave out the opposition constituencies, then avoid passing through them and only use roads in BN areas.

    It looks like there are still many who are easily offended or are narrow minded. Pity.

  5. lee wee tak says:
    Monday, 04-06-2007 at 18: 15.15

    SS, agree with you.

    The BN government has a immature view of democracy whereby opposition MPs are still MPs but yet I feel that they treat opposition as if they are enemies of the state. When I watch the parliment debate in UK, they refer each other as “esteemed gentleman” and they never use childish, insulting remarks. When I watch LIMITED shots in YouTube, our August House exchange is full of pasar-like exchange….and unfortunnately most of these come from BN MPs (since they do have most of the seats but it seems that DAP chaps speak with more reasons, relatively speaking).

    Even KJ said his duty is to “weaken the opposition”. To me that is a disservice to the nation. Rather than channelling resources to positive usage, he openly advocate for disruptive or damaging course of action.

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Pertandingan Congkak dan Dam di Apartment Sri Rakyat (18 Mei 2025)
  • Semarak Hari Belia Negara Peringkat Kawasan Seputeh (15 Mei 2025)
  • Blessed Mother’s Day to My Mother and to all the Mothers in the World
  • Mother’s Day Distribute Flowers to all the Mothers (11 May 2025)
  • Kejadian Tanah Runtuh di Sri Petaling berlaku pada 23 April 2025 dan Tindakan seterusnya
  • Sambutan Hari Ibu X Dapur Seputeh (10 Mei 2025)
  • Happy Mother’s Day 母亲节快乐
  • Kejadian Tanah Runtuh di Jalan Sri Petaling 5 berlaku pada 23 April 2025
  • Hari Terbuka Pelan Tindakan KL 2040
  • Sidang Parlimen Khas berkenan tindakan Amerika Syarikat mengenakan tarif timbal balas ke atas semua import ke negara tersebut dan kesannya ke atas ekonomi Malaysia
  • Jamuan Raya Aidilfitri Taman LTAT Bukit Jalil (3 Mei 2025)
  • Melawat Nurul Dahyatul, mangsa simbah asid yang menjalani pemasangan Tissue Expander di HKL
  • Rest In Peace- Papa Francisco
  • Program Celik AI secara atas talian dengan kerjasama Pepper Labs dan Microsoft
  • Pelancaran Pemakaian Lencana Bendera pada Pakaian Seragam Murid (21 April 2025)

Article Archives

© 2025 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme