Kenyataan Tentang Pakai Skirt Masuk Masjid
Selepas YB Teresa dibebaskan pada hari Jumaat 19hb Sep. beliau sibuk dari siang sampai larut malam dengan berbagai program kemesraan jemputan pengundi-pengundi dan penyokong-penyokong termasuk majlis berbuka puasa di perkarangan Masjid Nurrusaadah di Cheras Baru.
Selepas dibebaskan pada pukul kira-kira 1.20 ptg, beliau tidak sempat balik ke rumah pun, apa tah lagi menukar pakaian; lagipun jemputan untuk majlis tersebut di terima pada saat-saat akhir iaitu lewat petang hari itu juga.
Dalam keadaan sedemikian, pakaian beliau adalah berpatutan dan sama sekali tidak boleh dianggap “kurang sopan” atau biadap. Skirt itu pula bukan skirt pendik dan panjangnya melepasi lutut.
Lagipun, beliau berada di perkarangan masjid dan tidak masuk ke dalam bangunan masjid.
Y W Yeoh
Setiausaha Akhbar kpd YB Teresa Kok
Utusan Online 28hb Sep 2008
Teresa kurang sopan pakai skirt di masjidKUALA LUMPUR 27 Sept. – Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Zakariah Isa menegur Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim kerana tidak berpakaian sopan ketika menghadiri majlis berbuka puasa bersama imam dan ahli jawatankuasa Masjid Nurrusaadah di Cheras Baru, baru-baru ini.
Beliau berkata, pemimpin bukan Islam seharusnya sensitif dengan mematuhi kod etika berpakaian ketika menghadiri majlis terutama yang dianjurkan oleh masjid.
Menurutnya, jika perlu, pegawai khas pemimpin berkenaan wajar memainkan peranan memberi nasihat yang baik tentang etika berpakaian.
“Memang nampak kurang manis kerana dia seharusnya memakai pakaian yang elok sedikit dan perlu menghormati masjid. Mungkin juga pembantunya terlepas pandang.
“Mungkin juga Teresa baru balik dari majlis lain dan singgah sebentar ke masjid itu untuk memenuhi jemputan berbuka,” katanya kepada Mingguan Malaysia ketika majlis khatam al-Quran dan penyampaian sumbangan hari raya di Masjid Al-Imam Al-Tirmizi di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai gambar Teresa dalam laman blognya yang memaparkan beliau hanya memakai skirt dan tidak menutup aurat semasa menghadiri majlis berbuka puasa bersama imam dan ahli jawatankuasa Masjid Nurrusaadah di Cheras Baru, baru-baru ini.
Tambah Zakariah, pihak pengurusan masjid tu juga seharusnya lebih bertanggungjawab dan prihatin terhadap pengunjung bukan Islam.
Katanya, jubah seharusnya disediakan untuk mengelakkan pengunjung bukan Islam masuk ke dalam masjid dalam keadaan tidak sopan.
Zakariah Isa is an UMNO man, of course any thing u do would be wrong unless u embraced Islam.
it is seems that you’ve step on the tail of many umnoputras, now they are creating more issues to take you down. the best way is to ignore those moron and concentrate to serve those deserved better.
kchan
Saya menentang sikap Timbalan Mufti WP Zakaria Isa berkenaan pendapat beliau terhadap YB Teresa. Kalau nak cari pasal janganlah bingung pendirian pemikiran sendiri berdepan dengan gambar –gambar sahaja. Kalau Tuan Zakaria Isa memang berada di perkarangan masjid tersebut tentulah beliau tahu yang pakaian YB melepasi lutut dan juga YB Teresa tidak memasuki bangunan masjid yang mulia dan mencemari kawasan yang suci.
Laporan ini memang akan mengacau dan mengiatkan lagi isu perkauman dan agama.
Pegawai kerajaan dan manusia yang beriman haruslah mempunyai perasaan belas kasihan dengan jadual sibuk YB, dan juga memahami keinginan beliau untuk berbuka puasa dengan umat Islam selepas beliau dibebaskan daripada tahanan ISA.
It seems that there is a concerted move to target Teresa for she represent an until now, unfamiliar political opponent – female, outspoken and attracted the biggest majority in the 12th GE. She also has a history of being in the eye of storm – the nude squat incident is one but many.
By picking on every little single word, action, photo she spoken and projected and at the same time distracted the polemic from real issues at hand – declining world economy, failing judicial reform, abuse of ISA, Ahmad Ismail’s widely supported yet divisive statements etc. I suppose tactically there is an objective to unsettle one of the key players in the Pakatan ranks.
On the same token, more serious action and words from male politicians have been let off much more easily.
If the folks at Masjid Nurrusaadah did not object your presence, I think they seemed to be more open-minded, right-thinking and tolerant.
Notice the trend and nature of the criticisms? All sensationalisation and playing on sentiment. There is none whatsoever about Teresa’s real work in administering the state of Selangor or the services she provided to the people. I suppose they can’t find any; or unable to identify any
General Walker of the US Army in 1950, once walked passed a group of reporters asking him questions without responding. His aide asked him which he did not entertain the reporters. General Walker replied, ” you can’t give smart answers to stupid questions.” There is a limit to transparency and accountability; where sometimes, ignoring cat calls and educating the public until recently have no option except state controlled media is more important.
I hope the general Malaysian public can identify which are the real issues. I hope that our political struggles should be base on debating and resolving real issues. The recent Permatang Pauh by-election saw the worse ever election themes being bandied about. Coupled with the fire bombing, police report about insulting eggs and now this, Malaysia, after nearly half a century of nationhood, is clearly on the decline.
Commenting for the sake of commenting. The worst part is, he was not even around the mosque. Just ignore this guy.IN GOD WE TRUST.
It pains me waking up every morning realising that my country is moving backwards under the UMNO leaders with their kind of mindsets and mentality that produced the same kind of people like them.
God save Malaysia.
Everyone, please ignore this kind of remarks and don’t bother to comment even when begged to. This diversion of attention to attacking YB Teresa is so transparent of the actual strategy to cage RPK.
So, the next time when you are interviewed, just use the opportunity to whack the ISA (which is the real issue). No need to be logical if the enemy is irrational. Hit them where it hurts.
Mr Lee W T
100% agree…
Mum Teresa must be the most popular or well-known personality in the world today…
Thats why all the jealous morons are trying to drag her down. Pure jealousy from blooody hipocrites.
Can U imagine when suddenly people realised that she have supporters not just from the chinese community but from all the others especially malay moslems?
Geeee, the UMNOputras must be seeething with anger seeing their grassroot supporters meeting with the new lady ministers…
This sort of thing just must be reported to the World at large.
I am still flying my state flag on my car, waiting for “independence” from the moronic government of dictators…
Now you see why I objected to the removal of the pictures of the 5 roasted pig feasting! Its better to give them straight in the face, or forever be explaining and pleading with them.
You’ll always meet small minds along the way. The majority of malays are like that. They cannot stand competition, so they ridicule and try and cut the adversary to size. Their size!
Most people fall for it, and try explaining their way out. You should just respond that if they find your taste of attire inappropriate they should not have invited you.
Muftis under BN controlled states are seem to be used when they find it useful for thier own agenda.. we never heard anything from KL’s mufti before this until the Saiful case when he suddenly spoke up..
They muftis must be fearful of God as they will have to answer later. What is 60 years of life compared to mass destruction in the hereafter
You were wearing modest knee-length skirts, not sexy mini-skirts. These BN goons are purposely out to create trouble for you. Therefore, pls tread carefully & may you be protected from these evils pretending to be pious people.
I am a Muslim woman. I also travel a lot. Sometimes during my travels, I would stop by and go into the mosque without covering my hair because my intention is to pray. So far no one has prevented me from entering the mosque to pray without my headscarf. Just because I dont carry a headscarf with me all the time, I am not allowed to enter mosque to pray?
I just dont understand the fuss. All Teresa did was to go to a buka puasa function which happened to be held at the mosque. Must she wear a jubah? Did she excite all the men present with the sight of her sexy legs?
Oh dear!
Good Morning, I have wriiten something about this in my weblog, let me paste it here:
Assalamualaikum WBT.
Saya terbaca berita tentang komen Mufti Wilayah ke atas Teresa Kok yang hadir majlis berbuka puasa di masjid dengan pakaian yang tidak menutup aurat.
Maka di sini saya pastekan tulisan Kapten Hafiz Firdaus tentang isu lawatan non-Muslim ke masjid dan antara yang disentuh ialah isu pakaian menutup aurat.
Hukum Menutup Aurat Ketika Memasuki Masjid.
Sesiapa saja yang ingin memasuki masjid wajib menutup aurat, berdalilkan ayat berikut:
يَابَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ.
Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah pada tiap-tiap kali kamu ke masjid. [al-A’raaf 7:31]
Penjelasan ayat adalah seperti berikut:
1.
“Wahai anak-anak Adam!” Permulaan ayat ditujukan kepada seluruh manusia dan bukan kepada orang Islam sahaja. Ia berbeza dengan ayat 43 surah al-Nisaa’ sebelum ini (Analisa # 2) yang ditujukan kepada orang-orang yang beriman sahaja. Bagi ayat 31 surah al-A’raaf ini, ia ditujukan kepada orang Islam dan orang bukan Islam.
Secara lebih terperinci, ayat ini turun (Asbab al-Nuzul) dalam konteks menegur tindakan orang-orang arab jahiliyah yang tawaf di Ka’bah dalam keadaan bogel. Akan tetapi perbincangan ayat ditujukan kepada semua orang tanpa terhad kepada mereka yang tawaf di al-Masjid al-Haram sahaja. al-Qurtubi rahimahullah (671H) menjelaskan hal ini:
Firman Allah Ta‘ala: “Wahai anak-anak Adam!”, ia adalah perbicaraan untuk keseluruhan (manusia di) alam (ini). Sekali pun maksud (asalnya) ialah berkenaan orang Arab yang tawaf di Baitullah dalam keadaan bogel, ia sebenarnya adalah umum untuk setiap masjid yang didirikan solat (di dalamnya). Ini kerana yang diambil adalah pengajaran yang umum dan bukan sebab yang khusus. [al-Jami’ li Ahkam al-Qur’an (Dar al-Fikr, Beirut, 1999), jld. 7, ms. 136]
2.
“Pakailah pakaian kamu yang indah…”. Tercakup dalam pengertian pakaian yang indah ialah pakaian yang menutup aurat. Mustahil Islam mengiktiraf sesuatu fesyen pakaian sebagai indah jika ia tidak menutup aurat. Muhammad Quraish Shihab hafizhahullah menerangkan:
“Pakailah pakaian kamu yang indah…”, minimum dalam bentuk menutup aurat kerana membukanya pasti buruk. Lakukan itu di setiap kali memasuki dan berada di dalam masjid. [Tafsir al-Mishbah (Lentera Hati, Jakarta, 2002), jld. 5, ms. 72]
3.
Ayat ini berbentuk perintah (fi‘il amr), maka dengan itu hukum yang dikandung olehnya ialah wajib. Maka wajib hukum bagi seluruh manusia, sama Islam atau bukan Islam, untuk menutupi aurat ketika memasuki masjid. Wahbah al-Zuhaili hafizhahullah menegaskan: “Ayat “Pakailah pakaian kamu yang indah…”menjadi dalil atas wajibnya (hukum) menutup aurat.” [Tafsir al-Munir fi al-‘Aqidah wa al-Syar‘iyyah wa al-Manhaj (Dar al-Fikr, Damsyik, 1998), jld. 7, ms. 186]
Oleh itu adalah wajib hukumnya bagi orang bukan Islam untuk menutup aurat ketika memasuki masjid. Batas aurat yang perlu ditutupi adalah sama seperti yang telah ditetapkan bagi lelaki dan wanita Islam. Ia telah saya kupas sebelum ini dalam bab Pakaian Muslimah Bertaqwa dalam buku Membongkar Aliran Islam Liberal (Jahabersa, Johor Bahru, 2007).
Dalam konteks ini, hendaklah agensi pelancongan memberi notis awal kepada para pelancong mereka untuk memakai pakaian yang menutup aurat pada hari mereka merancang untuk melawat masjid. Bagi pelancong wanita, kain selendang (scarf) adalah memadai insya-Allah memandangkan agak sukar untuk mereka memakai kain tudung yang sempurna.
Selain itu, masjid-masjid yang lazim menjadi tumpuan pelancong hendaklah juga menyediakan jubah dan selendang untuk para pelancong, seandainya mereka tidak bersiap sedia dengan pakaian yang menutupi aurat. Ini adalah satu bentuk kemudahan yang termasuk dalam pesan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:
يَسِّرُوا وَلاَ تُعَسِّرُوا وَبَشِّرُوا وَلاَ تُنَفِّرُوا.
Permudahkanlah dan jangan menyusahkan, gembirakanlah dan jangan menakutkan. [Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 69 (Kitab al-‘Ilm, Bab Nabi memilih waktu yang tepat untuk menyampaikan nasihat…].
Okey selepas membaca suruhan menutup aurat ketika ke masjid, timbul persoalan di kepala saya, apa tindakan pula yang kita nak buat kepada mereka yang hadir ke masjid dengan tidak menutup aurat.
Mahu menghalau mereka? Apakah ini satu idea yang relevan? Yang tidak menutup aurat ke masjid bukan sahaja non-Muslim seperti Teresa Kok, bahkan ramai sahaja wanita Muslimah yang mahu bersolat di masjid hadir dengan pakaian yang tidak menutup aurat, bahkan pakaian yang tidak menunjukkan ciri-ciri seorang Muslimah pun, dan mereka masuk ke masjid dengan keadaan sedemikian, cumanya apabila mereka bersolat mereka akan memakai telekung.
Jadi, apakah kita mahu halau mereka kerana mereka tidak menutup aurat. Apakah suruhan untuk menutup aurat itu memberikan satu maksud tersirat untuk kita menghalang mereka yang tidak menutup aurat daripada memasuki masjid.
Saya masih mencari fatwa-fatwa tentang isu ini, cumanya saya masih memikirkan relevannya untuk kita menghalang mereka yang tidak menutup aurat daripada memasuki masjid.
Bukankah mereka yang hadir ke masjid itu untuk membuat kebaikan. Gadis-gadis yang berpakaian ketat, seluar jeans, baju singkat, tapi apabila mereka ke masjid, mereka hadir sebab mereka mahu solat, menunaikan rukun Islam yang kedua, apakah mereka ini wajar dihalang kerana tidak menutup aurat?
Entah saya merasakan tindakan itu akan menjauhkan lagi mereka daripada Allah, mungkin solat itulah kewajipan agama yang berjaya mereka pertahankan, tiba-tiba kita menyempitkan lagi ruang mereka untuk melaksanakan kewajipan tersebut.
Saya tidak mengulas isu hukum menutup aurat kerana sudah jelas ia wajib, sesiapa mengingkarinya boleh terjerumus menjadi kafir.
Akan tetapi persoalannya apakah ada kewajaran untuk kita menghalang mereka yang tidak menutup aurat daripada memasuki masjid?
——————
Berbalik kepada isu Teresa Kok, saya mengharapkan ia satu teguran ikhlas kerana kewajipan menasihati, cuma isu ini tidaklah patut dibesar-besarkan seolah-olah ia satu jenayah yang dilakukan seorang non-Muslim kepada orang Islam. Jangan kita lupa berapa ramai pemimpin wanita hatta isteri-isteri pemimpin politik dan permaisuri atau isteri-isteri sultan yang masuk ke masjid dalam keadaan tidak menutup aurat. Beranikah kita mengeluarkan kenyatan akhbar untuk membantah mereka, atau dalam nasihat agama pun ada insan-insan terpilih yang akan dijadikan isu.
Dan saya harap orang Islam tidaklah mudah melatah dan membesar-besarkan isu ini. Umat Islam mesti bijak dan tidak tenggelam dalam emosi dan hasutan segelintir manusia. Keadilan tidak mengenal siapa, warna kulit mahupun agama.
Wallahua’lam.
(nota daripada moderator: YB Teresa Kok tidak masuk dalam masjid tersebut langsung. Sila rujuk kepada gambar yang disiarkan dalam url tersebut yang jelas menunjukkan beliau tidak pernah masuk ke dalam bangunan masjid : http://teresakok.com/2008/09/25/buka-puasa-di-masjid-nurrusaadah-kg-cheras-baru/)
Jom baca:
Blog Teresa Kok- Kenyataan Mufti Wilayah Dikesali
Utusan- Teresa Kurang Sopan Pakai Skirt Di Masjid
Hafiz Firdaus-2007 Tahun Melawat Malaysia….Kecuali Masjid
Dear Teresa,
Your press statement is extremely clear on what has transpired. After this just don’t bother to dignify any more of the silly comments from these narrow minded people. If you need to, the best strategy will be to just keep on publishing the press statement. God bless you and keep you and your family safe.
lee wee tak & Sabahfan
I also share the same view….
Rock on YB Teresa may God be guide u all the time.
and many blessing to u and yr loved ones.
Many Blessings
su akhbar yb quote “Dalam keadaan sedemikian, pakaian beliau adalah berpatutan dan sama sekali tidak boleh dianggap “kurang sopan” atau biadap.”
‘berpatutan’ upon your ‘view’ but not ‘my’ view.
boleh terima ini?
“thousand views from a single action by a thousands eyes”
saya tak cakap ‘your view’ tak betul, so kindly cakap ‘my view’ tak salah.
below is the judgement:
your view base on your knowledge and fahaman and culture.
my view is base on my knowledge and fahaman dan budaya.
2nd quote:
‘sama sekali tak boleh dianggap’:
ayat ini ‘menyuruh orang lain’ terima ‘your’ view.
mana patut.. terima la ‘my view’ too..
so, at the end there is no end..
macam mana ni? senang ma…
why not, bila ada orang tegur, cakap terima kaseh, nanti saya kasi lepair ma..
wahai semua kaum dan bangsa ‘perpaduan kamu’ adalah PERISAI dan EKONOMI negara kamu.
dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung. semua… malaysia…
RESPECT EACH OTHER.. LOVE ALL MANKIND.
ps.
PERPADUAN –
IT’S A REAL GOVERNMENT.
IT’S A REAL KING.
IT’S A REAL ARMY.
IT’S A REAL FOOD AND DRINKS.
IT’S A REAL CONCRETE ROOF.
IT’S A REAL CLOTHES.
– KILL IT? – NO
– IT’S KILLED? – NO.
We Malaysians are losing focus here. If a person sacrificed the lot for society but infringe on a particular dress code then it is a valid signal to call on arms, eh?
Grow up.
Teresa got out of unfair / outrageous detention and without even stopping to powder her face rushed to do what any DAP honcho never did (or at least I never seened before), i.e. go and reach out to muslim people and this is the feedback and brickbats.
As comparison, I might run to the nearest bar/spa so she is decent, I tell ya.
Some gratitude, eh?
When a Chinese MP does on her own initiative to foster national unity, to project an example, we get political opponents jumping on an issue to exploit oblivious of the impact of their action – trying to tear apart the nation. Don’t tell me not waving jalur gemilang is not patriotic now.
Go look into the photos, you see any disgusted muslim faces in there? Many man and woman in the street have no such narrow view. These are promoted by people with vested interest and unfortunately, a lot of people actually buy into this.
Chances are, the same people who criticise her probably cheer the molotov
bombercoward. Go consult your religous study group and decide who did the bigger sin and revert, please.We need major overhaul in education and public policies to undo this.
GOD help us. I don’t want Malaysia to become like Pakistan, Bosnia and Somalia but I can see some brainless tw#t are loving it, just loving it.
GROW UP!!!!!!!!!
Untuk pengetahuan, YB Teresa hadir ke majlis pemberian sumbangan kepada kariah masjid selepas sembahyang terawih, bukan untuk majlis berbuka puasa pada hari tersebut. Beliau hanya berada di PERKARANGAN masjid dan sama sekali tidak berada di DALAM masjid. Jika dibandigkan dengan keadaan @ situasi di masjid yang menjadi tumpuan pelancong, kebanyakan pelancong tidak berpakaian sopan dan hanya diarahkan memakai jubah apabila mereka (pelancong) ingin masuk ke DALAM dewan masjid. Jadi, bagaimana yang dikatakan ‘kurang sopan’ oleh Timbalan Mufti Wilayah??? Sama-sama kita fikirkan…
Y everthing bias to Teresa Kok?Y don’t BN?I hope this explaination can bring a clean image of her to everyone who misunderstood to her!