Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Mengapa ada segelintir manusia sanggup memfitnah pada bulan Ramadan yang suci?

Posted on Tuesday, 06-08-2013Tuesday, 06-08-2013 by Teresa Media

Pada tahun 2008, selepas saya menjawat Exco Kerajaan Selangor, saya menghadapi banyak tohmahan daripada Utusan Malaysia dan UMNO.  Dalam bulan September tahun 2008 itu, fitnah disebar dalam internet yang mengatakan saya mengajak penduduk di Puchong melarang azan di sebuah masjid baru di Bandar Kinrara 5. Selain itu, saya dituduh memberi arahan kepada masjid untuk memperlahankan nada azan di Masjid Kota Damansara, serta tuduhan-tuduhan yang lain.

 

Selepas khabar angin palsu tersebut disebarkan, saya ditahan di bawah ISA selama 7 hari. Bayangkan hanya dengan fitnah tersebut, tanpa sebarang bukti sahih dan jelas, pihak berkuasa sanggup menahan saya tanpa bicara! Selepas saya dibebaskan, saya pun menyaman PDRM, Utusan Malaysia, Kerajaan Malaysia dan lain-lain. Kes saman malu saya terhadap Utusan Malaysia dan pengarang kanannya Zaini Hasan baru didengar dalam tahun ini.

 

Saya ingat ini menjadi pengajaran kepada golongan yang suka menabur fitnah. Rupa-rupanya sangkaan baik saya telah meleset. Lima tahun kemudian, taktik kotor fitnah terhadap saya diulangi oleh musuh politik upahan.

Ia bermula dalam satu artikel di dalam internet yang mendakwa saya menafikan Islam sebagai agama rasmi Malaysia dalam perbicaraan saman malu saya terhadap Zaini Hasan dan Utusan Malaysia di Mahkamah Tinggi. Dua hari yang lepas, satu lagi artikel menuduh saya minta wang zakat diberi kepada orang Cina. Artikel itu muncul dalam laman web yang berkempen untuk Barisan Nasional sewaktu pilihanraya kecil Kuala Besut.

 

Dalam usaha nak fitnah saya, penulis itu nampaknya tidak buat “home work” kerana dia tidak tahu atau tidak sedar bahawa saya tidak lagi menjadi ADUN Kinrara dan tidak lagi memegang jawatan Exco Selangor. Penulis dan kumpulannya menghantar banyak mesej melalui twitter kepada saya berkenaan artikel ini untuk menarik perhatian saya. Semuanya ini adalah satu lagi komplot yang ingin menuduh saya menghina Islam.

Saya rasa kesal fitnah terhadap saya berlaku dalam bulan Ramadhan lagi, sama seperti dalam tahun 2008. Saya juga manusia beragama yang percaya dan beriman kepada Tuhan. Saya diberitahu oleh rakan-rakan Muslim saya bahawa fitnah, dalam ajaran Islam, adalah lebih teruk daripada membunuh.

 

 

Oleh itu, saya tidak faham kenapakah penulis tersebut sanggup melakukan kerja terkutuk itu, terutamanya dalam bulan Ramadhan yang suci ini.

* Apakah pembuat fitnah itu dan penyokong-penyokong mereka rasa bahawa fitnah dan dusta dalam bulan suci ini menggembirakan Tuhan?

 

* Apakah ini akan menambah pahala penulis dan kumpulannya?

* Apakah imej Islam yang mahu ditonjolkan oleh golongan penyebar fitnah ini?

 

Saya amat menghormati agama Islam sebagaimana saya menghormati agama-agama lain. Saya yakin Islam hanya mengajar kebaikan semata-mata. Cuma segelintir golongan tertentu yang cuba mencemar kesucian Islam terutamanya pada bulan yang suci ini. Ini adalah sesuatu yang amat menyedihkan.

Walau apa pun, saya sudah rujuk kes ini kepada peguam saya. Tunggulah tindakan seterusnya. Saya yakin kebenaran pasti terserlah akhirnya.

2 thoughts on “Mengapa ada segelintir manusia sanggup memfitnah pada bulan Ramadan yang suci?”

  1. iammalaytoo says:
    Tuesday, 06-08-2013 at 13: 31.49

    Tell them, dalam Islam dosa-dosa orang yang kena fitnah (i.e. you) akan ditanggung mereka di Akhirat nanti selagi you tak maafkan.

  2. Hussin says:
    Wednesday, 07-08-2013 at 11: 46.48

    YB,

    In any religion there will be “idiots” claiming to profess that religion and their actions are supposed to be acts of defending their religion when in fact they are the ones that should be kept away from tarnishing the image of that religion.

    The problem is that there are other “inncocent” bystanders who are too lazy to search for the truth and believe these “idiots”.

    Semoga YB dapat terus berkhidmat untuk semua rakyat walaupun selalu diganggu oleh anasir-anasir yang tidak bertanggungjawab.

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme