Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Ucapan Parlimen (Bhgn. 1) – Undang-Undang Rogol dan Rogol Satutori Seharusnya Dipinda

Posted on Thursday, 11-10-2012Thursday, 11-10-2012 by Teresa Kok's Office

Ucapan Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh Dalam Perbahasan Bajet 2013 di Dewan Rakyat Pada 11 Oktober 2012


Rogol Statutori

Datuk yang diPertua, keputusan Mahkamah terhadap 2 kes rogol statutori yang melibatkan pemain bowling negara Noor Afizal Azizan dan tukang eletrik Chuah Guan Jiu telah menakjubkan masyarakat kita. Dalam kes Noor Afizal, beliau dikehendaki ikat janji bon RM25,000 dan janji tingkah laku baik selama 5 tahun; manakala dalam kes Chuah Guan Jiu, Chuah dihukum ikat janji bon RM25,000 dan janji tingkah laku 3 tahun, berdasarkan Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah

Bila masyarakat umum melemparkan kritikan terhadap keputusan mahkamah tersebut, kami juga harus melihat undang-undang kita yang sedia ada sekarang. Definisi rogol di bawah seksyen 375 Kanun Keseksaan merangkumi kesemua kesalahan rogol termasuk hubungan seks dengan gadis bawah 16 tahun dengan persetujuan atau tanpa persetujuan ataupun dikenali sebagai rogol statutori.

Di bawah Seksyen 376 (1) dalam Kanun Keseksaan, kesemua kesalahan rogol,  termasuk kesalahan persetubuhan dengan gadis di bawah umur 16 tahun dan lebih daripada 12 tahun dengan persetujuan, akan dikenakan tempoh penjara maksima 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Dalam seksyen 376 (2), persetubuhan dengan seorang gadis di bawah umur 16 tahun tanpa persetujuannya, dan persetubuhan dengan gadis di bawah 12 tahun tanpa kira dapat persetujuan ataupun tanpa persetujuan, hukumannya ialah penjara minima 5 tahun dan maksima 30 tahun dan boleh dikena sebatan.

Undang-undang tersebut menunjukkan ia tidak begitu terperinci khususnya dalam kes yang berkaitan dengan kes hubungan seks “suka sama suka’ di antara remaja.

Pemansuhan Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 (APWG 1973) pada tahun 2001 dan digantikan dengan Akta Kanak-kanak telah menjadikan kesemua hubungan seks dengan gadis di bawah umur 16 tahun sebagai kesalahan rogol statutori yang boleh dikenakan dengan hukuman yang disebutkan di atas.

Di bawah Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973,  kesalahan persetubuhan dengan gadis di bawah umur 16 tahun membawa hukuman penjara kurang daripada 5 tahun dan pesalah berulang boleh dikenakan sebatan ataupun tempoh penjara yang lebih lanjut.  Dengan kata lain, Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 yang dimansuhkan itu membezakan darjat kesalahan seksual yang merupakan “suka sama suka” ataupun “consensual sex” dengan rogol yang menggunakan paksaan dan menggunakan keganasan.

Undang-undang berkenaan dengan rogol statutori Di Negara Maju Adalah Lebih Terperinci

Undang-undang Berkenaan Rogol di Virginia, Amerika Syarikat

Hubungan seks dengan seorang kanak-kanak di bawah umur 13 tahun, pesalah akan dihukum 5 tahun hingga penjara seumur hidup;

Hubungan seks dengan kanak-kanak di antara umur 13 dan 15 tahun, pesalah akan dihukum penjara daripada 2 – 10 tahun;

Hubungan seks dengan kanak-kanak di antara umur 13 – 15 tahun walhal pesalah ialah seorang “minor” ataupun bawah umur dan mangsa berkenaan adalah 3 ataupun muda lebih tahun, pesalah akan dihukum penjara daripada 1 hingga 5 tahun;

Hubungan seks dengan kanak-kanak di antara umur 13 hingga 15 tahun bila pesalah ialah seorang “minor’ ataupun bawah umur dan mangsa ialah 3 tahun lebih muda,  pesalah akan dikenakan denda $250.

 

Undang-undang di Victoria, Australia

Mengikut undang-undang Victoria di Australia, pembelaan oleh tertuduh terhadap hubungan seks dengan kanak-kanak hanya wujud sekiranya mangsa tersebut lebih daripada 10 tahun, iaitu di antara umur 10 sehingga 16. Dengan izin, saya ingin baca undang-undang berkenaan ini:

The defences to the offence of sexual penetration with a child arise when the victim is over the age of 10 (between age of 10- 16), where the victim consented to the sexual penetration, and where the accused:

(i)           can establish on the balance of probabilities that he or she believed on reasonable grounds that the child was aged 16 or over; or

(ii)         can establish on the balance of probabilities that he or she believed on reasonable grounds that he or she was married to the child (for example, a marriage valid under the laws of another country); or

(iii)       was not more than two years older than the child.

These defences are not applicable in circumstances where the victim is aged under 10, even if the victim ‘consented’ to the sexual penetration.

Datuk yang diPertua, sekiranya kita meneliti undang-undang berkenaan dengan persetubuhan dengan gadis bawah umur 16 tahun di luar Negara, samada Australia ataupun Amerika Syarikat, kita akan mendapati bahawa undang-undang di Negara-negara ini adalah amat terperinci.

Datuk yang diPertua, saya sebagai seorang bekas anggota Jawatankuasa Pilihan Khas yang mengkaji Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah yang ditubuhkan di Parlimen pada tahun 2006, kami pernah memungut pandangan orang ramai berkenaan dengan rogol di banyak bandar di seluruh Negara. Walaupun Parlimen kemudian menerima cadangan untuk membatalkan hukuman “minima 5 tahun” dalam fasal 376(1) dalam Kanun Keseksaan dalam kes persetubuhan dengan gadis di bawah umur 16 tahun yang dipersetujui oleh gadis berkenaan, supaya hakim boleh membuat keputusan mengikut keadaaan kes berdasarkan kebijaksanaannya, tetapi kita haruslah meminda undang-undang berkenaan dengan rogol statutori dengan lebih lanjut demi menangani kes hubungan seks di kalangan remaja telah semakin meningkat. Ini dibayangkan dengan kes buangan bayi yang dilahirkan oleh gadis bawah umur yang semakin meningkat, dan juga peningkatan kes rogol statutori.  Kita juga tidak harus lupa banyak lagi kes tersebut tidak dilaporkan kepada polis.

Mengikut jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri kepada YB Kawasan Simpang Renggam pada 25 September 2012, terdapat 925 kes rogol pada tahun 2005 manakala 1,652 kes rogol berlaku pada tahun 2011, iaitu peningkatan sebanyak 78.59% dalam tempoh 6 tahun.  Adalah dipercayai bahawa di antaranya, terdapat banyak kes adalah kes rogol statutori.

 

Undang-Undang Berkenaan Dengan Rogol Haruslah Lebih Terperinci

Sehubungan dengan itu, saya juga ingin cadangkan supaya fasal berkenaan rogol dalam Kanun Keseksaan dipinda supaya menjadi lebih spesifik. Saya ingin ambil undang-undang di luar Negara sebagai contoh.

 

Michigan, Amerika Syarikat 

Hubungan seks dengan perempuan di bawah umur 13 di anggap sebagai “jenayah seksual darjah pertama” (first degree criminal sexual conduct), hukumannya ialah sehingga penjara seumur hidup (up to life in prison);

Hubungan seks dengan gadis di antara umur 13 dan 16 tahun dianggap sebagai “jenayah seksual darjah ketiga (third degree criminal sexual conduct), hukumannya ialah sehingga 15 tahun penjara (up to 15 years in prison).

 

Undang-undang di England

Di England, Negara itu tidak meletakkan kesalahan rogol di bawah Kanun Keseksaan tetapi ia menggubalkan satu akta yang khusus untuk menangani kesalahan seks.

Sexual Offence Act 2003 yang dilaksanakan di England merupakan undang-undang yang lebih komprehensif dan extensif di mana ia memberi perlindungan yang lebih menyeluruh kepada kanak-kanak lelaki dan perempuan, mahupun orang ramai daripada pelbagai kesalahan seks.

Di bawah Sexual Offence Act 2003:

 

Kesalahan Hukuman Maksima
Umur Perihal Kesalahan   
Kanak-Kanak(di bawah umur 13 tahun)  Rogol kanak-kanak (perempuan dan lelaki) di bawah umur 13 tahun. Penjara seumur hidup
Serangan kanak-kanak (perempuan dan lelaki) di bawah umur 13 tahun secara persetubuhan / penetration Penjara seumur hidup
Serangan seks ke atas kanak-kanak (perempuan dan lelaki) di bawah umur 13 tahun Penjara 14 tahun
Menyebab / menghasut kanak – kanak (perempuan dan lelaki) di bawah umur 13 tahun untuk menyertai aktiviti-aktiviti seks Penjara seumur hidup atau 14 tahun
Kanak-Kanak (di bawah 16 tahun) Melakukan aktiviti seks dengan kanak-kanak (perempuan dan lelaki) di bawah umur 16 tahun Penjara 14 tahun
Menyebab/ menghasut kanak-kanak (perempuan dan lelaki) di bawah umur 16 tahun untuk menyertai aktiviti-aktiviti seks Penjara 14 tahun
Di bawah jagaan, penyeliaan atau kawalan Melakukan aktiviti seks dengan kanak-kanak (perempuan dan lelaki) di bawah umur 18 tahun – in position of trust Penjara 5 tahun
Menyebab/ menghasut kanak-kanak (perempuan dan lelaki) di bawah umur 18 tahun untuk menyertai aktiviti-aktiviti seks – in position of trust Penjara 5 tahun

 

Sexual Offences Act 2003 di England juga meletakkan kanak-kanak lelaki sebagai mangsa dalam kesalahan seks. Ini adalah penting kerana kita telah lihat memang terdapat juga kes di mana kanak-kanak lelaki menjadi mangsa dalam kesalahan seks.  Dalam satu kes di Singapura, di mana seorang guru wanita menjemput murid lelakinya untuk mengadakan hubungan seks dengannya. Jadi adalah perlu bagi undang-undang kita untuk merangkumi kanak-kanak lelaki sebagai mangsa kesalahan seks juga.

Seksyen 294 dalam Kanun Tatacara Jenayah Haruslah Dikaji Semula &Lebih Terperinci  

Selain itu, saya ingin katakan hukuman yang ringan yang diberikan oleh Mahkamah ke atas pemain bowling negara Noor Afizal Azizan dan tukang eletrik Chuah Guan Jiu tersebut berdasarkan Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah adalah tidak rasional dan tidak munasabah sekali.  Keputusan seperti ini tidak diterima oleh masyarakat Malaysia kerana telah menyampaikan satu mesej yang salah bahawa persetubuhan dengan gadis dibawah umur 16 tahun adalah tidak serius. Oleh itu saya ingin mencadangkan bahawa Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah  dan/atau Kanun Keseksaan dipinda supaya ia tidak boleh digunapakai dalam kes rogol ataupun rogol statutori.

Jadi, saya ingin cadangkan supaya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk memanggil mesyuarat yang melibatkan pelbagai pihak, seperti wakil rakyat, Hakim, Timbalan Pendakwa Raya, NGO wanita, kaunselor, peguam dan lain untuk membincangkan pindaan undang-undang berkenaan dengan rogol dalam Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah, supaya undang-undang berkenaan dengan rogol statutori di Negara kita lebih terperinci, dan mencontohi undang-undang di Australia, Amerika Syarikat dan Britain, dengan tujuan mengadakan undang-undang yang lebih menepati perkembangan masyarakat.

– Teresa Kok –

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁呼吁反贪会调查前经济部长助理蔡镇燊的方式 应避免陷“舆论公审”
  • MACC is urged to restore public confidence and review its manner of investigating James Chai
  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa memulihkan keyakinan awam dan menilai semula cara siasatan terhadap James Chai Jin Shern
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkenaan statistik perkahwinan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun bagi 2023,2024 dan 2025
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkenaan jumlah pendaftaran yang diterima oleh Lembaga Jurukur Tanah
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkenaan rumah perlindungan bagi mangsa keganasan rumah tangga
  • Ucapan Kamar Khas: Apakah Respons dan Halatuju Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Terhadap Syor PAC Terhadap Pemberimilikan Tanah Kerajaan di Kuala Lumpur (2 Mac 2026)
  • Ucapan Teresa Kok (Seputeh) Dalam Perbahasan Penyata Jawatankuasa Pilihan Kesihatan: Pemantapan Dasar Pemakanan dan Intervensi Nutrisi di Malaysia Pada 25 Februari 2026
  • Kes Pecah Kereta di Taman Persekutuan Bukit Kiara
  • “Gema 1MDB: Satu Lagi Pasukan Petugas yang Ditakdirkan untuk Gagal?” (14 Feb 2026)
  • “Echoes of 1MDB: Another Task Force Destined to Fail?” (14 Feb 2026)
  • 郭素沁:嘉玛若再违庭令,将采取法律行动
  • [Media Statement] Response to Recent Remarks by Datuk Jamal Yunos
  • [Kenyataan Media] Respons terhadap Kenyataan Terkini Datuk Jamal Yunos
  • [PARLIMEN] Adakah Kementerian akan menyemak dan menghapuskan keperluan kelulusan suami bukan warganegara dalam permohonan kewarganegaraan anak-anak di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan demi memastikan ibu Malaysia mempunyai hak yang sama untuk memohon kewarganegaraan bagi anak yang dilahir di luar negara.

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme